Perak Vs Kelantan | Test Match

Jumaat 26 Disember 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45 petang

Perlawanan ‘test match’ kelima dan terakhir pasukan Perak adalah menentang pasukan liga premier yang dinaik taraf secara teknikal ke liga super iaitu Kelantan di Stadium Perak untuk perlawanan sebelah malam yang kedua selepas di Shah Alam tempohari.

Penolong jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi mengulas “Kekalahan dengan Selangor mendedahkan beberapa kelemahan penting pada bahagian tengah dan pertahanan pasukan dan kita perlu perbaikinya sebelum tirai liga super bermula Januari nanti.”

“Kita bercadang untuk menurunkan kesebelasan utama pasukan Perak menjelang ‘test match’ terakhir menentang pasukan Kelantan nanti” jelasnya kepada wakil seladang.net ketika dihubungi sebentar tadi.

Peminat bolasepak Perak dijemput hadir menyaksikan perlawanan ini.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Perak Vs Kelantan | Test Match

  1. miez3

    Keep it up...teruskan perjuangan yang baru bermula...jangan gentor...fasa pertama baru bermula..tunggu sahajalah penyudahnya di penghujung musim...teman rasa Perak akan menjadi seperti negeri jiran kita jugak iaitu Kedah...Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. san

    Kelantan dulu dengan sekarang dah berbeza yob.. tak silap sean, last game kite dengan kelantan ialah perlawanan piala FA..

    dan selaku juara piala emas raja-raja semestinya pasukan ini sudah bersedia mengharungi liga super, dan ini peluang terbaik untuk pasukan Perak menjalani TEST MATCH sekiranya betul-betul ingin mengetahui tahap prestasi pemain-pemain perak.

    Pemain seperti Abdul Latif Jusoh, mohd badri, khairul zal dan mungkin beberapa bekas pemain perak turut bermain pada perlawanan itu.

    so.. apa tunggu lagi!! moh ler kite pegi stadium.. free kome.. mana ada free dalam dunia ni lagi, selain friendly team perak!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. kia_dgreat

    salam...admin...teman nak confirm game ni pukul 4.45 ptg ker 8.45 mlm??sebab sebelum ni biasa game pukul 4.45 ptg..semangat teman nak balik ni...dari johor...
    kejor yob kejor.....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Yob, mana-mana berita yang keluar pada bahagian artikel adalah berita yang benar, tepat dan muktahir. Seladang.net tidak akan mengeluarkan berita yang masih samar, khabar angin atau tidak disahkan lagi oleh pihak yang berkaitan.

      Jika ada sebarang perubahan akan kita maklumkan secepat yang mungkin. Harap yob dapat baca Info | 9 Rules at seladang.net termasuk FAQ.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. hilmi

    teman hari ni free jadi tgk game free le mlm ni. hari tu kat shah alam teman pergi, byk juga pelajaran yg team perak dapat cuma teman harap player kita hendaklah lebih berani & jgn terlalu hormat sangat pada team lawan. ayuh buktikan yg kita tidak ketandusan pemain yg berkualiti dan semangat seladang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. gibauk

    Khalid Jamlus dan Indra Putra main jugak ke malam ni? Nak tengok juga perform mereka bila sarung jersi Cik Siti Wan Kembang nih..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.