Perak Vs Kelantan | Test Match (result)
December 27th, 2008 by webmaster
Jumaat 26 Disember 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45 petang
Perak 2 - 2 Kelantan
Dua gol jaringan dari Mohd Razali Umar membuktikan beliau tidak ketandusan idea untuk mencipta gol pada perlawanan ‘test match’ terakhir pasukan Perak malam tadi menentang pasukan dari pantai timur, Kelantan di Stadium Perak.
Namun nasib tidak menyebelahi pasukan Perak apabila pada minit-minit akhir permainan pasukan lawan berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat keputusan seri 2 - 2 akibat dari kealpaan dibenteng pertahanan.
Penolong jurulatih, Raja Azlan Shah ketika dihubungi berkata “Secara amnya pasukan Perak telah mempunyai barisan kesebelasan utama untuk menentang Kuala Muda Naza pada perlawanan pembukaan liga super di Stadium Perak pada 3 Januari 2009 nanti.”
“Kita mempunyai kira-kira seminggu lagi untuk memperkemaskan beberapa kelemahan yang ketara di dalam pasukan. Penekanan akan lebih tertumpu untuk mempertajamkan lagi jentera serangan yang diterajui oleh Razali Umar dan Shahrizal Saad”
“Jumlah penonton yang hadir hari ini cukup baik berbanding perlawanan yang lalu walaupun dikenakan bayaran tiket RM3. Kita berharap penonton datang memberikan sokongan padu pada perlawanan pertama kita nanti” jelasnya kepada wakil seladang.net.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Perak Vs Kelantan | Test Match
- Perak Vs Perlis | Test Match (result)
- Selangor Vs Perak | Test Match (result)
- Perak Vs PKNS FC | Test Match (result)
- Perak Vs TLDM | Test Match
6 Responses to “Perak Vs Kelantan | Test Match (result)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

tahniah Yob…teruskan usahe. Teman menyokong sepenohnya dari setiap sudut. Perbaiki kesilapan lalu, majukan bola sepak kita…PERAK NO 1.
salam…sempat juga teman pegi tengok pasukan kita main..aritu..overall ok la…cuma dari segi sistem agak kurang lagi tapi idea sudah ada…cuma deme kena lebih tenang sikit bila dalam game.tapi yang paling seronok teman tengok semangat deme betul2 tinggi dan stamina pulak cukup power.insyaallah kalo ikut semua perancangan mesti boleh pegi jauh.cuma bahagian pertahanan terlalu bertenang kadang2.lagi satu goalkeeper kiter kener jaga2 sebab teman kurang yakin sikit dengan megat.tapi teman harap dia boleh lagi cuba perbaiki kelemahan dia.harap takda dah bola lepas celah kangkang macam 1 gol kelantan…..aritu..per2 pun teman tetap yakin ngan pasukan ni.
kejor yob kejor…..
salam..secara overall ok la..cuma teman risau tgk goalkeeper lepas bola….harap megat dpt perbaiki kelemahan ngan kecuaian dia.bahagian pertahanan byk peningkatan dgn menunjukkan kematangan masa ke semasa cuma mental perlu kukuh bila hadapi serangan bertubi2 pihak lawan yg berpengalaman…..
teman yakin deme boleh……..
salam,
selepas game bertemu kelantan, sean yakin perak mampu mencabar team-team lain yang ada dalam kumpulan liga super.
Separuh masa pertama pemain telah menunjukkan komitmen 110%, bahagian tengah menemui rentak untuk bahagian serangan mencari peluang dan hasilnya 2 gol yang dicari dijelmakan..
Untuk separuh masa kedua, pemain kite mudah mendabik dada setelah mendahului 2 gol, kecuaian pertahanan dan kelekaan penjaga gol mudah untuk indra putra menjaringkan gol pertama kelantan.. kerana masih bersikap ’selesa’ mendahului, pemain perak bagaikan tidak ‘bernafsu’ lagi untuk mencari gol sebaliknya banyak bermain antara pertahanan dan kerana itu kite dikejutkan lagi untuk jaringan penyamaan.. 15 minit terakhir, perak bagaikan kehilangan rentak… hampir 80% permainan dikawal oleh kelantan..
tolong!! bangun!! kite main 90 minit yob!! bukan 70 minit..
sean respek penyokong kite yang hadir, RM3 rasanya berbaloi untuk menonton perlawanan berkualiti seperti itu.
masalah sebegini rupa harus dijauhi,kerana ianya mampu membawa padah disaat pasukan memerlukan kemenangan oleh itu diharap pihak jurulatih mampu memberi motivasi kepada pemain agar mereka tidak melakukan perkara sedemikian
salam..teman dah nampak line up perak..tak kene tepat pun sipi2 pun jadilah..
keeper - kamarul effandy
defend kanan - fauzi ariffin
defend kiri - subramaniam
defend tengah - chun keng hong
defend tengah - puvinderan
tengah - hafiszuan
tengah - thinagaran
sayap kanan - arsyah ayob
sayap kiri - mohd safwan
penyerang - razali umar
penyerang - shahrizal saad
ape2 bleh komen ok..teman tak de hal punyer…hehehehe…