Perak FA | Klasifikasi Perlawanan

Perak FA

Ketika wakil seladang.net membuat kunjungan ke padang latihan skuad Perak baru-baru ini, pihak kami telah dimaklumkan oleh Penolong Jurulatih Perak iaitu Raja Azlan Shah tentang klasifikasi sebenar jenis-jenis perlawanan bolasepak yang digunakan oleh skuad Perak.

Menurut beliau terdapat tiga klasifikasi perlawanan yang digunakan oleh pasukan Perak ketika ini iaitu Perlawanan Persahabatan (Friendly Match), Perlawanan Rakan Pelatih (Sparring Match) dan Perlawanan Ujian (Test Match).

Ulasan lanjut tentang tiga klasifikasi perlawanan tersebut adalah seperti dibawah:

  • Perlawanan Persahabatan (Friendly Match)

Ini lebih kepada perlawanan pertunjukan atau perlawanan amal yang bersifat tidak serius dan senarai pemain yang diturunkan juga berubah-ubah untuk memberi peluang kepada semua pelatih bermain. Keputusan perlawanan tersebut tidak menjadi isu penting disini.

Contoh: Perlawanan Jelajah Daerah menentang pasukan kelab atau daerah sekitar Perak dan memberi peluang penonton mengenali pemain dengan lebih dekat lagi.

  • Perlawanan Rakan Pelatih (Sparring Match)

Perlawanan ini adalah bagi membina/menguji susunan pemain dan melakukan beberapa pertukaran pada pelbagai posisi untuk melihat kesesuaian pemain, taktikal dan formasi yang cuba diserap. Di samping itu juga jurulatih dapat menilai semula tahap permainan seseorang pemain untuk dibuat pembetulan dan penambahbaikan. Keputusan perlawanan ini juga tidak menjadi suatu isu yang cukup penting untuk diperkatakan.

Contoh: Perlawanan ketika menentang pasukan TLDM di Lumut dan K.I.A di Ipoh.

  • Perlawanan Ujian (Test Match)

Ini adalah perlawanan sebenar yang cukup penting bagi jurulatih serta pemain-pemain kendaliannya mengimplikasikan formasi, taktikal dan strategi berkesan dalam menghasilkan kemenangan. Tidak banyak pertukaran pemain akan dilakukan sambil kesilapan haruslah dikurangkan pada tahap semaksimum mungkin. Keseluruhan permainan dan keputusan perlawanan perlu diambil serius oleh jurulatih.

Contoh: Perlawanan menentang beberapa kelab dan pasukan negeri yang bertanding dalam Liga Malaysia 2009 sedang diusahakan dalam masa terdekat ini.

Ucapan terima kasih kepada Penolong Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah kerana sudi berkongsi informasi ini untuk tatapan pembaca di seladang.net. Mulai dari perlawanan menentang KIA tempohari, pihak kami akan menyesuaikan klasifikasi perlawanan-perlawanan akan datang berdasarkan maklum balas yang diterima dari panel jurulatih.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Perak FA | Klasifikasi Perlawanan

  1. syidi

    Satu penerangan yang jelas tentang perkara yang berkenaan. Terima kasih kepada penulis kerana memberi pengetahuan baru kepada sesetengah golongan.

    Ketiga-tiga jenis perlawanan ini amat penting kerana ianya termasuk dalam perkara yang wajib dilaksanakan atau dalam kata lain ialah Prosedur. Ini bermakna, satu-satu pasukan itu tidak lengkap jika tidak melaksanakan ketiga-tiga jenis perlawanan ini. Tidak kira apa jua cara perlaksanaan, tetapi perlu diingat, setiap jenis perlawanan mempunyai Objektif yang berbeza-beza.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    diharapkan semua yang telah dilakukan oleh pihak jurulatih terhadap pemain mampu menjadikan sebuah pasukan yang mantap dan digeruni walupun dipenuhi hampir 97 peratus pemain baru. tahniah juga kepada raja azlan yang sudi memberi keterangan segala perancangan pasukan kepada peminat peminat setia. diharapkan peminat akan memahami dengan apa yang bakal dipersembahkan dalam saingan liga musim 2009. marilah kita semua memberi sokongan yang padu terhadap pasukan demi mengembalikan zaman kegemilangan pasukan seperti dahulu. diharapkan pihak pafa akan terus setia berkongsi maklumat bersama pasukan untuk selamanya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Inilah yang baru dikatakan pendekatan berhemat dari segi taktikal dan teknikal berkaitan aspek2 asas bolasepak...bukannya asyik menguji cuba ketika liga sudah bermula dan asyik menggunakan taktikal yang sama serta membuatkan pihak lawan mudah membaca segala gerakan dan tindak tanduk pasukan...rasanya rata-rata penyokong faham maksud teman ni...walaupun si polan tu dah tiada tapi bagi teman kesannya tetap menghantui jiwa kita dan pemain2...

    Diharapkan agar pemain2 dapat menyerap segala tunjuk ajar dari coach dan bersama2 sebagai satu pasukan membentuk satu gandingan mantap hendaknya...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.