Posted in Umum on December 23rd, 2008 13 Comments »
Selasa 23 Disember 2008
Stadium Shah Alam
8:00 malam
Selangor 5 - 1 Perak
“Saya ingin mencuba barisan pemain yang berfizikal besar pada kesebelasan utama Perak kali ini dan merehatkan sementara pemain-pemain yang pantas dan lincah untuk melihat sejauh mana keberkesanan mereka bermain dengan ‘game play’ yang berbeza”.
“Kalah atau menang bukan menjadi ukuran buat saya kerana kita telah pun mempunyai senarai pendek kesebelasan utama pasukan Perak nanti cuma saya perlu membuat lebih banyak ‘resepi’ sebelum liga bermula Januari nanti”
Begitulah antara kata-kata penting dari jurulatih Perak, M. Karuthu kepada wakil seladang.net sebelum sepak mula perlawanan dilangsungkan yang menyaksikan Perak tumpas 1 - 5 kepada pasukan tuan rumah Selangor.

Selangor yang menurunkan barisan utama mereka pada malam itu bermula garang apabila menyumbat 4 gol Continue reading
Posted in Umum on December 22nd, 2008 10 Comments »
Selasa 23 Disember 2008
Stadium Shah Alam
8:00 malam
Perlawanan ’test match’ keempat skuad seladang kali ini adalah bertandang ke tempat lawan iaitu bertemu Selangor di Stadium Shah Alam. Perlawanan yang bakal dilangsungkan pada sebelah malam ini adalah perlawanan pertama yang diadakan diluar negeri Perak.
Untuk rujukan, pasukan Perak telah melalui tiga siri perlawanan ‘test match’ iaitu menewaskan pasukan kelab dari liga premier PKNS FC 3 - 0, seri 1 - 1 menentang pendatang baru liga super Kuala Muda Naza dan terakhir menewaskan pasukan Perlis dengan 1 - 0.
Jika tiada aral melintang, pasukan Perak bakal diperkuatkan kembali dengan kehadiran semula pemain sayap lincah Mohd Arsyah Ayob setelah beliau tidak dapat diturunkan pada perlawanan menentang Perlis tempohari kerana masalah kecederaan.
Penolong jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi berkata “Pertemuan menentang Selangor adalah kemuncak ‘test match’… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2009 on December 21st, 2008 5 Comments »

Nama: Mohd Safwan Bin Mahayuddin
Posisi: Sayap Kanan
No. Jersi Liga Super: 27
No. Jersi Piala Presiden: 23
Tarikh Lahir: 3 Oktober 1989
Asal: Perak
Pasukan Terdahulu: Perak
No. Lesen: FAM/PP/A/PRK/23-09… Continue reading
Posted in Umum on December 20th, 2008 10 Comments »
Jumaat 19 Disember 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45 petang
Perak 1 - 0 Perlis
Skuad seladang menewaskan pasukan singa utara, Perlis dalam perlawanan ’test match ketiga’ yang dilangsungkan di Stadium Perak petang tadi dengan jaringan 1 - 0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain piala Presiden Perak, Mohd Safwan Mahayuddin melalui satu tandukan yang menarik pada separuh masa pertama.
Terdapat beberapa lagi peluang untuk pasukan Perak terutamanya dari Razali Umar namun tidak bernasib baik dan permainan tamat separuh masa pertama dengan keputusan tuan rumah masih mendahului dengan 1 - 0.
Pada separuh masa kedua, Perlis yang menggunakan khidmat penyerang kebangsaan Nizaruddin Yusof buntu untuk mencari jaringan lalu digantikan dengan Ahmad Fakri Saarani yang bergandingan bersama Haris Safwan.
Perak turut mengancam kubu Perlis dengan serangan dari sebelah tepi melalui K. Thinagaran yang memperolehi beberapa peluang namun penyudahan yang… Continue reading