Posted in Umum on December 27th, 2008 6 Comments »
Jumaat 26 Disember 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45 petang
Perak 2 - 2 Kelantan
Dua gol jaringan dari Mohd Razali Umar membuktikan beliau tidak ketandusan idea untuk mencipta gol pada perlawanan ‘test match’ terakhir pasukan Perak malam tadi menentang pasukan dari pantai timur, Kelantan di Stadium Perak.
Namun nasib tidak menyebelahi pasukan Perak apabila pada minit-minit akhir permainan pasukan lawan berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat keputusan seri 2 - 2 akibat dari kealpaan dibenteng pertahanan.
Penolong jurulatih, Raja Azlan Shah ketika dihubungi berkata “Secara amnya pasukan Perak telah mempunyai barisan kesebelasan utama untuk menentang Kuala Muda Naza pada perlawanan pembukaan liga super di Stadium Perak pada 3 Januari 2009 nanti.”
“Kita mempunyai kira-kira seminggu lagi untuk memperkemaskan beberapa kelemahan yang ketara di dalam pasukan. Penekanan akan lebih tertumpu untuk mempertajamkan lagi jentera serangan yang diterajui oleh… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2009 on December 26th, 2008 2 Comments »

Nama: Sarath Babu a/l Subramaniam
Posisi: Sayap Kanan
No. Jersi: 25
Tarikh Lahir: 9 Mei 1980
Asal: Perak
Pasukan Terdahulu: K.I.A (Kinta India Association)
No. Lesen: FAM/LS/P/PK/25-09… Continue reading
Posted in Umum on December 25th, 2008 1 Comment »

Selamat Menyambut Hari Natal dari pihak pengurusan dan warga kerja seladang.net kepada pengunjung yang beragama Kristian dan terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada halaman web ini.
Salam Natal
admin… Continue reading
Posted in Umum on December 24th, 2008 7 Comments »
Jumaat 26 Disember 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45 petang
Perlawanan ‘test match’ kelima dan terakhir pasukan Perak adalah menentang pasukan liga premier yang dinaik taraf secara teknikal ke liga super iaitu Kelantan di Stadium Perak untuk perlawanan sebelah malam yang kedua selepas di Shah Alam tempohari.
Penolong jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi mengulas “Kekalahan dengan Selangor mendedahkan beberapa kelemahan penting pada bahagian tengah dan pertahanan pasukan dan kita perlu perbaikinya sebelum tirai liga super bermula Januari nanti.”
“Kita bercadang untuk menurunkan kesebelasan utama pasukan Perak menjelang ‘test match’ terakhir menentang pasukan Kelantan nanti” jelasnya kepada wakil seladang.net ketika dihubungi sebentar tadi.
Peminat bolasepak Perak dijemput hadir menyaksikan perlawanan ini Continue reading