Mohd Nazri Bin Mohd Kamal

Mohd Nazri Bin Mohd Kamal

Nama: Mohd Nazri Bin Mohd Kamal

Posisi: Sayap Kiri

No. Jersi: 10

Tarikh Lahir: 2 April 1987

Asal: Perak

Pasukan Terdahulu: Perak

No. Lesen: FAM/LS/P/PK/10-09

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Mohd Nazri Bin Mohd Kamal

  1. matahari_terbit

    diharapkan beliau dapat menjadi penggerak dibahagian sayap kiri. kerana dinegara kita kekurangan pemain yang laju dan cekap di sayap kiri. beliau masih muda dan diharap dapat menjadi pemain yang cemerlang. buktikan kepada kami semua yang anda bukan hanya sekadar untuk memenuhi kerusi simpanan sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. myo abol as

    seorang pemain yg lincah dan punya speed, sesuai diletakkan sebagai attacking midfielder. sepatutnya dah diberi peluang beraksi sebelum ni dengan player senior tapi apakan daya... coach tak nampak kot.... sama la jugak ngan player senior kita pun bukan nak bagi bola pun kat player yg baru-baru ni sangat, deme main ngan geng deme sendiri je.... tapi kalau weigang yg jadi coach perak, aku ingat budak ni dah lama jadi star pun siap main untuk skuad negara lagi.... tengok macam si indra dengan liew..anyway, good luck to you bro... make mama's proud ok...!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Nama beliau memang selalu jadi sebutan masa Piala Presiden dulu...memang ada potensi...tapi apakan daya orang putih tu tak nampak dan tak menjengah pun time beliau bermain ketika itu...sayang sekali...kalau tidak mungkin dah dipanggil lebih awal ke skuad senior...takpe masa dah berlalu...kali ini buktikan yang anda juga lebih hebat dari pemain-pemain lama yang dah melangkah meninggalkan kem Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. san

    dia ni makin mantap permainan nya.. tapi san masih tak faham kenapa coach kita selalu keluarkan beliau pada separuh masa pertama? apakah pemain ini tidak mampu untuk mematuhi arahan coach sehinggakan perlu memasukkan pemain lain ketika itu?

    kalau pihak admin ada peluang utk bercakap dengan coach minta dia jelaskan boleh tak?

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. zuzai_spipoh

    Buat Nazri atau Jeli, jangan mudah gelabah, guna kelajuan sebaik-baiknya. biar berdesup perginya. Go Jeli. Abg Ard doakan yang terbaik.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. azwandin

    Nazri a.k.a jeli

    Nazri merupakan salah seorang yang begitu komited terhadap bolasepak sejak kecil lagi..buat pengetahuan semua, jeli berasal dari Kg Raja, Parit, tempat dimana aku juga tinggal...aku dan jeli membesar bersama-sama dengan bermain bolasepak di padang Taman Parit Setia, Parit. Walaupun padang tersebut kecil, hanya berukuran lebih kurang 30 meter panjang dan 15 meter lebar sahaja, namun di sinilah jeli mula mengasah bakatnya (rumahnya terletak berhampiran padang).

    terus terang aku katakan...jeli dan aku tak pernah sebulu..maksud aku di sini bukanlah kami nie bermusuh..tapi kami selalu competetive.aku dan jeli tak peRnah berada dalam pasukan yang sama..walaupun hanya 'main kampung' orang kata, jeli ni akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menang, walhal aku ni boleh dianggap 'control' tak nak main 'all-out' sangat. jadi, dipendekkan cerita, jeli selalu bikin aku 'panas' dan aku pun buat benda macam 2 kepada dia..hahaa..daripada dia berkaki ayam sampai la main dengan boot, jeli dari hari ke hari permainannya makin bagus.dia ni takkan biar pasukan dia kalah walaupun main saja2 sahaja.tapi, memang diakui jeli ada juga sikit sikap panas baran..jadi merasalah juga aku dan rakan-rakan lain penangan 'tackle' keras dari dia.

    walaupun bersikap 'competetive'..kami tetap pernah bermain untuk pasukan yang sama dalam pertandingan bolasepak anjuran pelbagai pertubuhan di dalam daerah kami..yang aku tak lupa pertandingan 7 sebelah dan juga liga Dato' Hj Mohd Zaim..kami bermain untuk pasukan Kg Raja. disinilah jeli mula mengorak langkah untuk pergi lebih jauh dlm bolasepak...dia kemudiannya main untuk pasukan SUPER Perak Tengah,Sukma, Piala Presiden dan seterusnya ke skuad utama.

    aku dah jarang jumpa jeli..kalau ternampak pun dia naik motor di dalam kawasan taman perumahan aku untuk pulang ke rumahnya. tapi memang kami akan bertegur sapa jika bersua.pernah aku berbual dengan jeli ni ketika dia baru diserap oleh Steve Darby ke skuad utama tahun lepas. dia kata, kemungkinan akan cari pasukan lain tahun ni sebab dia kata dia tak boleh pergi dengan Perak. Steve kurang bagi peluang kepada bakat-bakat muda macam dia. itu katanya. dia pun ada menyuarakan pendapat pada tahun lepas, ramai pemain Perak mengadu yang mereka tidak setuju dengan taktikal Steve. jeli pun tidak terkecuali. mujur tahun ni dia masih kekal utk bermain bersama Perak..

    tahniah Nazri Kamal atas usaha keras yang membawa anda ke tempat di mana anda memang impikan!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.