Mohd Hafiszuan Bin Salehuddin
December 8th, 2008 by webmaster

Nama: Mohd Hafiszuan Bin Salehuddin
Posisi: Tengah Pertahanan
No. Jersi: 8
Tarikh Lahir: 21 Jun 1987
Asal: Perak
Pasukan Terdahulu: Perak
No. Lesen: FAM/LS/P/PK/08-09
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Mohd Fauzi Bin Ariffin
- Mohd Arif Fazlie Bin Saidin
- Zahiruddin Bin Mohd Sabri
- Mohd Syazwan Bin Mohd Roslan
- Mohd Noor Hazrul Bin Mohd Mustafa
7 Responses to “Mohd Hafiszuan Bin Salehuddin”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

kalau dilihat dari segi penampilan menampakkan anda seorang yang tidak berdisiplin dan tidak mempunyai gaya seorang pemain. tetapi itu dari luaran sahaja. apa yang diharapkan dari anda ialah menjadi seorang pemain yang tidak gentar dengan mana mana pasukan tidak kira apa jua rintangan. biar orang kata penampilan anda teruk tetapi dari segi corak permainan ketahanan mental kekuatan fizikal menampakkan anda seorang pemain yang benar benar mampu menjadi pemain berkaliber. jangan jadikan usia anda mengalah jadikanlah usia anda yang muda itu kearah kemajuan. kalau ingin menjadi pemain yang disegani perlu perbanyakkan latihan persendirian dan perlu fokus kepada tunjuk ajar yang diberi. boleh mendengar pendapat yang bernas disekeliling anda. jangan cepat melatah. lupakan seketika terhadap wang dan ganjaran. sudah lumrah dunia wang adalah titik mula dan penamat dalam perjalanan dunia. diharapkan anda mampu bersama barisan pemain yang terbaik dimuka bumi ini.
Perlawanan Ujian dengan PKNS tempohari menampakkan pengaruh beliau di tengah……. walaupun permainan beliau di separuh masa pertama tidak lah terlalu baik, tetapi setelah beliau dikeluarkan pada separuh masa kedua. Bahagian Tengah Perak mula longlai dan ini memudahkan PKNS menguasai permainan. Lebih-lebih lagi pada 10 minit terakhir permainan. Beliau mampu mengisi ruang yang ditinggalkan oleh K.Nanthakumar dengan baik. Malah mungkin lebih dari pemain yang lama.
dia ni dah ada dalam skuad tahun lepas dah tapi simpanan je la. game ngan PKNS hari tu tak le berapa baik sangat permainannya, bola sering kali di rampas pihak lawan bila berada di kaki beliau. kena lebih cekap lagi dan penglihatan kena tajamkan lagi sebab anda bermain di bahagian tengah, try to be creative bila di padang sebab itu adalah tugas midfielder… satu je yang aku tak suka pasal dia ni…., tang rambut tu, selekeh je rupanye dah macam…. malas le nak cakap…. anyway good luck, jangan rambut je berkilat tapi mainnye berkarat!
Bukan fizikal atau corak rambut jadi ukuran…biasa le budak muda…kita pun pernah muda jugak dulu…tapi apa yang teman harapkan selaku abang mike le…hendaklah mike tunjukkan corak permainan yang lebih kreatif serupa le mike mengolah corak fizikal mike macam tu la mike mengolah permainan mike…jangan gentor…lawan tetap lawan!!
teman setuju sangat apa mike cakap tu yob miez3… camana bergayanye kamu camtu le bergayanye permainan kamu atas padang nanti… esok jangan tak turun tengok bola…
Aksi dia masa main sukma 2008 di terengganu memang mantap, cara mengawal bola dengan tenang dan banyak membuka ruang buat penyerang untuk menghasil kan gol, apa yang saya perhati kan dalam skuad presiden tahun lepas pun dia ni 1st eleven dalam team jadi tepuk dada tanya la selera. mungkin dia ni masih muda lagi jadi pengalaman tidak banyak apa pun sokongan dari kita semua mampu menaik kan semangat dia, begitu juga dalam liga super tahun ini hanya dia dan subramaniam sahaja yang berani bersuara pada rakan-rakan, memberi arahan dan nasihat. sokongan anda di harap mampu untuk menaikan moral beliau..walaupun bahagian tengah sekarang ini di lihat longgar tapi bukan kehendak dia bebuat demikian tapi atas desakan jurulatih yang mahu pemain bermain kiri dan kanan, tapi di mana ada bola di situ ada dia, awas dengan tandukan beliau, perhati kan kalau tidak percaya.
Pedulikan komen yang menghentam kau ‘Pasak’. Abg Ard percaya kau akan jadi pemain midfied Malaysia suatu hari nanti. usaha lebih sikit dan buktikan pengorbanan mak abah kau datang ke setiap game berbaloi. Abg Ard tetap menyokong.