Mohd Arsyah Bin Mohd Ayob

Mohd Arsyah Bin Mohd Ayob

Nama: Mohd Arsyah Bin Mohd Ayob

Posisi: Sayap Kanan

No. Jersi: 7

Tarikh Lahir: 26 Ogos 1980

Asal: Kuala Lumpur

Pasukan Terdahulu: Sarawak

No. Lesen: FAM/LS/P/PK/07-09

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Mohd Arsyah Bin Mohd Ayob

  1. D_08

    Salah sorang pemain yang berpengalaman dalam bolasepak Malaysia. Pernah bermain dengan Melaka, Sabah, Sarawak, Brunei DPMM dan ATM. Larian deras beliau merupakan 'advantage' kepada pasukan. Cuma yang agak membimbangkan kerana Arsyah bukanlah seorang pemain yang mampu bertahan selama 90 minit masa permainan. Sesuai dengan corak latihan keras yang diterapkan M.Karuthu, Arsyah perlu meningkat tahap kecergasan beliau sehingga ke tahap maksimum. Lebih-lebih lagi M.Karuthu merupakan Jurulatih yang terkenal dengan gaya permainan pantas. Arsyah kerap kali dilihat berlatih mengambil sepakan percuma untuk pasukan Perak selain dari Benedict Martin. Menggunakan Jersi bernombor 7 yang pernah digunakan oleh bekas kapten pasukan Perak sebelum ini Ahmad Shahrul Azhar. Diharapkan agar Arsyah Ayob mampu memberi tunjuk ajar kepada pemain muda yang ada di dalam pasukan Perak kini dan buktikan bahawa pemilihan beliau ke dalam pasukan Perak bukan sekadar mencukupkan kuota di dalam pasukan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. active11

    Saya kalau dapat, inginkan pemain Perak lebih berdisiplin.
    Buang la rantai dileher tu dalam dan luar padang. Rambut tu kasi la hensem macam Beckham (jersi pun no7). Biar la para pemain Perak ni jadi contoh pada team lain...Saya muak dah tengok pemain Malaysia bergaya lebih.

    Apapun, teguran ni untuk kebaikan kita bersama. Biarlah awak dikata kampung asalkan tetap sokong Perak...

    Majulah Perak untuk Malaysia.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Saya setuju dengan teguran active11. Disiplin adalah sesuatu yang penting dalam apa juga perkara yang kita buat. Jangan diremehkan perkara kecil seperti rambut dan sebagainya, kerana dari situ ianya akan membentuk disiplin dalam diri. Percayalah, ini telah dibuktikan oleh pasukan keselamatan negara.

      Kesungguhan individu untuk mendisiplinkan diri juga penting kerana ianya akan dizahirkan dengan perbuatan. Tabiat melepaskan baju diluar yang sepatutnya di 'tight in' kan juga dilihat sebagai tidak berdisiplin. Anda boleh pantau sendiri, berapa ramai pemain bola sepak yang tidak mengeluarkan baju mereka?

      Sekian, untuk renungan semua...

      HIDUP SELADANG 2009!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. nurelham

    salam acah, Be Good gentlement. I know you can do it just behave youself. Jika ini impian awak sepatutnya awak lakukan yang terbaik utk diri awak!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.