Mobile Press | seladang.net

Sukacita dimaklumkan kepada semua pengguna bahawa seladang.net kini telah maju setapak lagi apabila halaman ini ‘mesra’ pengguna telefon bimbit yang membolehkan anda melayari halaman ini dengan hanya menggunakan sistem GPRS ataupun EDGE.

Kebanyakkan telefon bimbit ‘entry level’ yang berada dipasaran tidak dilengkapi dengan keupayaan sambungan internet yang lebih canggih dan pantas seperti 3G mahupun Wi-Fi seperti telefon bimbit ‘advances level’.

Oleh itu keupayaan telefon bimbit ‘entry level’ untuk melayari mana-mana halaman web cukup terhad dan hanya halaman yang menyediakan kemudahan ‘mobile browser’ sahaja yang mampu untuk dilawati oleh pengunjung kerana ‘interface’ yang ringkas dan pantas untuk dimuat turun ke telefon bimbit tersebut.

Bertepatan dengan itu pihak pengurusan seladang.net telah menjalankan kajian dan ujian sejak dari 22 Disember 2008 yang lalu serta melibatkan beberapa percubaan dilakukan terhadap 2 jenis telefon ‘entry level’ yang menggunakan sistem EDGE dan GPRS.

mobilepress | seladang.net

Hasilnya pengguna kini mampu untuk melayari halaman seladang.net versi ‘mobile’ yang lebih ‘ringkas’ dan ‘ringan’. Pengguna boleh membaca semua artikel yang tersiar termasuk gambar dan komentar yang dibuat oleh pengguna lain.

Pengguna hanya boleh melayari halaman ini tanpa boleh ‘login’ untuk membuat sebarang komentar atas faktor keselamatan. Pengguna juga tidak akan menikmati kemudahan ‘shoutbox’ jika melayari halaman versi ‘mobile’ ini.

Paparan ‘Mobile Version’ seladang.net berskala besar.

mobilepress | default menu

Melayari internet dengan menggunakan GPRS adalah sangat ‘perlahan’ berbanding EDGE, 3G dan Wi-Fi namun jika dikira dari sudut liputan terluas, anda mampu untuk melayari halaman seladang.net selagi rangkaian telefon anda mempunyai liputannya.

Kini anda mampu untuk mengetahui sebarang perkembangan terkini pasukan Perak tanpa perlu menghadap komputer ataupun berkunjung ke Kafe Internet. Sebarang pertanyaan dan masalah bolehlah diajukan pada ruangan komentar dibawah.

Nota: Sila maklumkan kepada kami melalui ruangan komentar dibawah jika anda berjaya atau gagal melayari halaman ini dengan menyatakan jenis model telefon bimbit anda.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Mobile Press | seladang.net

  1. razlan

    tahniah kepada warga kerja seladang.net di atas kejayaan ini. ini akan memudahkan pelayar yg tidak mempunyai akses kelajuan tinggi pada henfon mereka.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. mhpro13

    teman dah cuba pakei telefon teman 2 kali tapi tak boleh..mmg boleh view dlm 2-3 saat lepaih tu terus padam telefon teman (mcm restart balik)..teman pakei nokia 6233 je..ape pun teman berterima kasih bebenor pade sape2 yg dibelakang tabir buat semua ni..selamat maju jaya..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. admin

      Sebenarnya telefon bimbit saudara boleh dikategorikan sebagai 'medium level' kerana mempunyai keupayaan 3G selain dari EDGE dan GPRS.

      Tentang masalah 'restart' tersebut memang ada berlaku pada sesetengah telefon termasuk telefon Motorola yang kami cuba diatas yang mengalami masalah serupa.

      Namun selepas beberapa kali dicuba segalanya berjalan dengan baik. Anda dinasihatkan untuk 'clear the cache' telefon bimbit anda jika mengalami masalah yang sama.

      Jika anda berjaya masuk ke halaman ini kami tidak menggalakan anda untuk 'clear the cache' kerana ini akan melambatkan proses 'loading' pada halaman ini pada masa hadapan jika anda ingin berbuat demikian lagi.

      Terima Kasih untuk maklum balas saudara.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. san

    salam, mmg sean dah try masa game lawan kelantan kelmarin, ingat nak post shoutbox tengok-tengok tak boleh pulak.. huhuhu

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.