Benedict Martin
December 7th, 2008 by webmaster

Nama: Benedict Martin
Posisi: Pertahanan Kiri
No. Jersi: 4
Tarikh Lahir: 17 Julai 1987
Asal: Sarawak
Pasukan Terdahulu: Selangor
No. Lesen: FAM/LS/P/PK/04-09
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Mohd Hafiz Bin Abdul Rahman
- Muhammad Zafran Bin Olibullah
- Varathan a/l Arumugam
- Mohd Saufi bin Sa’aidi
- Chun Keng Hong
2 Responses to “Benedict Martin”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

Situasi dead ball @ bola mati memang milik beliau. Contoh terbaik semasa pelawanan ujian dengan PKNS tempohari. 3 tendangan percuma yang diambil beliau, mendatangkan gol untuk Perak. Walaupun bukan dijaringkan oleh beliau tetapi ketiga-tiga gol berpunca dari sepakan percuma yang diambil beliau. Walau begitu, beliau juga kental bertahan. Nampak selesa dengan tugas beliau selaku pertahanan kiri Perak. Lebih-lebih lagi beliau merupakan pemain yang menggunakan kaki kiri. Ben, teruskan usaha.
Hello Benedict Martin,
Kami kawan sekampung dari Long Banyok, Baram - Sarawak tumpang gembira dengan prestasi anda. Diharap anda sentiasa mengekalkan prestasi baik ini setiap masa.
Andalah idola kami. Diharap prestasi anda di dalam bidang bola sepak akan mendorong ramai lagi anak-anak muda dari kampung kita untuk mengikuti jejak langkah anda. Ini menggambarkan tiada halangan bagi setiap kita untuk mencapai impian kita selagi kita mempunyai semangat dan usaha berterusan.
Jagalah keselamatan dan kesihatan semasa berlatih dan bermain. Inilah aset untuk terus kekal lama dalam arena ini. Ketika bermain, baca dengan teliti setiap rentak perlawanan dan kelemahan pihak lawan, dan gunakan peluang yang ada untuk menjaringkan gol. Hanya bilangan gol melebihi lawan adalah penentu kemenangan pasukan anda.
Kami semua percaya anda adalah hadiah dan aset bagi mana-mana pasukan yang anda sertai. Sejak dari kecil, anda memang menonjol di dalam sukan ini. Teruskan berusaha dan menyumbang kepada mereka. Kami berdoa agar anda sentiasa maju di dalam impian anda sebagai pemain bola sepak.
Simon Thomas Jalong
wakil Anak Morek Long Banyok
Baram, Sarawak