AFF Suzuki Cup 2008 | Thailand Vs Malaysia (result)

aff-suzuki-cup-2008.jpg
10 Disember 2008
Surakul Stadium, Phuket
5:00PM

Thailand 3 – 0 Malaysia

Sutee Suksomkit 23′
Teerasil Dangda 46′, 76′

Pasukan Malaysia menamatkan kempen Piala AFF Suzuki 2008 apabila tewas kepada pasukan tuan rumah Thailand dengan keputusan 3 – 0 pada perlawanan terakhir kumpulan B yang berlangsung di Stadium Surakul, Phuket.

Dengan kemenangan ini pasukan Thailand telah mengesahkan tempat mereka pada perlawanan suku akhir menentang Indonesia manakala Vietnam pula hampir pasti melayakkan diri apabila menentang lawan paling lemah dalam kumpulan B iaitu Laos.

Peluang Malaysia untuk layak amatlah tipis setelah tewas kepada pasukan Vietnam dalam perlawanan terdahulu dengan keputusan 3 – 2.

Barisan Malaysia:

Syed Adney
Zamani Misbah
Aidil Zafuan
Juzaili Samion
Asraruddin Putra
Amirul Hadi
Hairuddin Omar – 46′
Shukor Adan
Indra Putra – 67′
Zaquan Adha
Safee Sali

Pertukaran:

Khyril Muhymeen – 46′
Hardi Jaafar – 67′

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “AFF Suzuki Cup 2008 | Thailand Vs Malaysia (result)

  1. lintau

    Sememangnya harapan Malaysia musnah bile dilihat permainan yg ditunjukkan semalam. Teman tak paham kenape coach menurunkan pemain yang boleh dikategorikan sebagai uzur dalam pasukan Malaysia sedangkan pemain yg fresh tidak diberi peluang. Menyalahkan pemain bukanlah tindakan yg bijak bagi seseorang coach. Mungkin ada rahmat disebalik kegagalan Malaysia pada kali ini untuk kegemilangan bola sepak negara pada masa akan datang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. D_08

    Sedih betul tengok pemain Malaysia di'ayam'kan Thailand. Nampak sangat pertahanan kita tidak bagus dan lemau. Macam dah takde pemain yang lebih bagus dari yang dipilih oleh Sathia. Asyik-asyik nama yang sama dipilih, fitness player kita pun boleh dipertikaikan. Senang-senang je player Thailand 'beat' player Malaysia bila mengejar bola. Kali ini, bukan je penjaga gol bersalah tetapi keseluruhan pasukan. Tidak berfungsi dan tidak bermain sebagai satu pasukan. Tapi sebenarnya kami-kami ni penyokong sudah lali dan sudah biasa dengan kekalahan pasukan Malaysia. Yang kita tak biasa bila pasukan Malaysia menang piala je.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. putra8878

    kekalahan yang memang dah dijangka dari awal lagi...harapan hanya untuk menang dengan laos,menang @ seri dengan vietnam,dengan thailand memang player & pengurusan pun macam tak yakin boleh menang..tu la hakikat yang dapat dipersembahkan oleh team malaysia kali ni...pas ni apa lagi alasan yg nak dibagi?tak cukup latihan??kurang rehat??padang teruk??

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. gibauk

    Tak tahu la nak cakap macamana lagi. Harapan peminat dan penyokong setia dihampakan sekali lagi. Dah rasa macam MALAS nak tonton games Malaysia lagi lepas ni..
    Yang pelik, kenapa dikekalkan Hairuddin dan Nizaruddin dalam pasukan sedangkan semua peminat sukan bolasepak tahu bagaimana prestasi mereka dalam pasukan negeri masing-masing? Kenapa Khyril Muhaymen dan Hardi tak dimasukkan dalam senarai kesebelasan utama sedangkan kita tahu Malaysia memerlukan gol awal sebagai penyuntik semangat pasukan?
    Dalam congakan coach Sathia dalam merangka pemain pun dah nampak ada yang tak kena. Sepatutnya, penyerang dipilih pada prestasi semasa dalam pasukan negeri masing-masing. Lihat saja pada jumlah jaringan setiap pasukan - siapa penjaring terbanyak (tempatan)- terus ambik dan latih. Tak kira la samada pasukan negeri mahupun berstatus kelab. Kita ada Khalid Jamlus (walaupun disiplin pernah dikritik hebat), ada Liew Kit Kong (penjaring terbanyak Liga Perdana), Fadly Baharom (Kedah) dan Norfarhan (Polis). Kenapa masih dikekalkan dengan muka-muka yang jelas tiada pencapaian terbaik dalam negeri sendiri?
    Kalau taktik meletakkan pemain senior seperti Shukor Adan di barisan tengah dan Zamani Misbah di pertahanan, apa salahnya letak seorang penjaga gawang yang berpengalaman dalam menangani situasi tekanan seperti itu?
    Tak tahu lah nak membebel apa lagi dengan skuad AFF ni. Dah letih. Benda yang orang bukan pemain bola pun dah nampak. Perbelanjaan untuk ke perlawanan mahupun latihan bukannya sedikit. Tapi hasilnya tak nampak lagi. Kecewa sangat.
    Harap lepas ni FAM tidak membubarkan skuad AFF yang gagal ni (seperti yang selalu dibuat) sebab mereka (pemain) akan BELAJAR untuk cari PENGALAMAN. Ambil iktibar. Langkah membubarkan skuad tidak membantu apa-apa dari segi moral pemain. Sekurang-kurangnya Helmi Eliza boleh belajar membaca bola lepas ni. Safee Sali boleh mengubah gaya dan cara untuk menterjemahkan bola didepan gawang lawan. Kalau dibubarkan berapa lama lagi harus kita menunggu pasukan Malaysia digeruni semula di Asia seperti zaman kegemilangan Supermokh kita...
    Renung-renungkan dan Selamat bersukan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. irKupa

    salah coach & management FAM yg sengal2 ayam
    ade pulak coach boleh blame player time interview, bijak2...die yg salah pilih player2 dah tua..hope bola sepak malaysia BOLEH la naik sikit tahap tu..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yong

      jgn bangkitkan isu umur...itu cuma faktor sampingan seharusnya umur harus seiring dengan pengalaman.tua bukan penghalang.....penyerang dlm skuad juga muda tapi tidak mampu juga merealisasikan kesempatan.muda @ tua jika mampu pasti berjaya.

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Teman setuju dengan kata-kata rakan kita Gibauk di atas...diharapkan skuad Malaysia sekarang ini tidak perlulah dibubarkan...cumanya gantikan beberapa pemain yang agak hambar persembahannya...pemain-pemain seperti Shukor Adan,Nizaruddin Yusof,Norhafiz,Juzaili dan Hairudin Omar sepatutnya telah digugurkan kerana faktor umur dan kecergasan....ini dapat dilihat bukan sahaja oleh peminat2 fanatik bolasepak Malaysia tetapi juga keseluruhan rakyat Malaysia yang menonton aksi siaran langsung di kaca t.v....mereka juga pandai menilai dengan aksi-aksi pemain tersebut yang kelihatan longlai dan kurang bermaya...pemain juga dilihat kurang kreatif dalam membuat gerakan ke arah pintu gol lawan...kebanyakkan hantaran2 mudah dibaca oleh pihak lawan..

    Terus terang juga teman katakan bahawa pemain-pemain yang dikekalkan sekarang perlu diberi pendedahan "back to basic football"...biarlah apa orang nak kata tapi yang penting kita perlu buat sesuatu sebelum terlambat...lihat sahaja cara permainan Malaysia dimana "basic football" seperti cara-cara menghantar bola,dribble dan lob semuanya caca marba tanpa menggunakan pemikiran dan idea yang kreatif!
    Malah mereka kelihatan tidak tahu mengagak bila timing yang terbaik utk membuat gerakan2 tersebut...main dengan Laos boleh la lagi tapi bila main dengan Vietnam dah nampak haubnya...main dengan Thailand haub terusss....

    Mulanya dahulu teman selalu salahkan pemain kerana kesalahan2 sebegini tetapi dari apa yang teman lihat kesemuanya tidaklah boleh dihumban ke atas bahu pemain sahaja...jurulatih juga perlu labih kreatif dan mngkaji apa kekurangan dan kelebihan seseorang pemain tersebut bahkan keseluruhan corak permainan pasukan...teman lihat coach Sathia berulangkali menggunakan taktikal dan teknikal yang sama....pemain2 cepat letih kerana bermain bersungguh2 menggunakan tenaga & fizikal tapi tidak menggunakan kaedah "play smart" iaitu kreativiti dan intelektual..

    Kesimpulannya,jurulatih jika tidak ditukarkan pun perlulah membuat pembaharuan dari segi aspek latihan dan pendedahan pemain kepada "basic football".Pemain2 juga perlu digantikan dengan pemain2 muda yang lebih laju dan pantas dalam membuat gerakan kerana apa yang berlaku dalam senario dunia bolasepak sekarang adalah fast action game..

    Buat pasukan Malaysia...redhalah atas kekalahan ini...jadikan ianya satu pengajaran berguna...dan ingatlah dunia ini umpama roda..kadang2 kita diatas...kadang2 kita dibawah..itulah hukum karma...dahulu kita gah semasa arwah SuperMokh ada sekarang tidak lagi tapi teman pasti sinarnya pasti menjelma...cepat atau lambat tunggu ajelah...

    Malaysia Boleh jika anda juga boleh!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. amirfsl

    pelik bin ajaib pabila mendapat tahu yang pemain-pemain yang langsung tidak menyinar dalam liga super mahu pun liga m pada musim lalu mendapat call up ke skuad kebangsaan??!!sebenarnya,dari segi apakah pemain-pemain ini dipilih??berdasarkan pencapaian 10-20 tahun lalu?gaji??walaupun amat sukar bagi teman menonton perlawanan liga super sekarang ni,tapi at least teman tahu bahawa pemilihan segelintir pemain yang mendapat call-up wajar dipertikaikan,,kenapa?tepuk dada tanya selera..seperti komen-komen di atas,janganlah dibubarkan terus skuad ini, gantikan saja beberapa pemain dengan pemain-pemain yang lebih bagus,seperti yang dilakukan oleh pengurus-pengurus pasukan skuad kebangsaan luar negeri sana.. kadang-kadang rasa lagi masyuk tengok pemain-pemain baru dan muda bermain untuk malaysia,,sekian..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Jieb

    Tengok skuad Thailand, majoriti muka baru dan tenaga muda2 belaka.. Malaysia patut dah contohi mereka bagaimana nak memajukan sukan bola sepak tanahair..
    Satu per satu kecundang atas alasan ape? pemain ke? coach ke? Bagaimana pemain untuk kebangsaan di pilih? tahun demi tahun masih muka2 yang sama bawa panji Malaysia tapi kemana sudahnya. Kebanyakan pemain takde sikap susun strategi.. 1 to 1 ke? tru pass ke? control ball ke? semua main lenjan jer.. janji keluar kawasan kita.. macam main kampung je plak.. kekadang takde mood nak tengok team kita main.. Tapi oleh kerana nak beri sokongan terpaksa lah jugak join..
    Dah la kawan malas nak komen lagi..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.