AFF Suzuki Cup 2008 | S. Subramaniam

S. Subramaniam | Charlie - Hercules C-130

Satu-satunya pemain Perak yang masih berada dalam kem pasukan kebangsaan ialah S. Subramaniam yang telah bertolak pagi semalam menaiki pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia untuk menyertai Piala AFF 2008 di Phuket, Thailand.

Beliau yang sentiasa mengikuti perkembangan bolasepak Perak turut mengharapkan peminat-peminat bolasepak di Perak memberikan sokongan padu kepada pasukan ‘baru’ Perak musim hadapan. Beliau juga menyatakan tidak sabar untuk bersama rakan sepasukan Perak yang lain sebaik sahaja selesai tugas bersama pasukan kebangsaan.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “AFF Suzuki Cup 2008 | S. Subramaniam

  1. syidi

    Kepada Subra dan Skuad Kebangsaan selamat berjuang semoga dapat menunjukkan prestasi yang memberansangkan di sana nanti.

    MALAYSIA BOLEH!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. gibauk

    Good luck for you, Subra! Harap anda berjaya membantu pasukan negara dan kejayaan itu amat bermakna buat pasukan negeri kelahiran anda juga...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. belanak

    All the best to Subra & Malaysia team, semoga dapat mengharumkan nama negara serta menaikkan lagi martabat bolasepak negara yang kini semakin tandus & tenggelam. Good Luck!

    MALAYSIA BOLEH!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Harapan dari kami selaku penyokong Perak semoga anda turut mengharumkan nama negara selain negeri anda...tunjukkan dan buktikan bahawa anda sememangnya layak berada dalam kelompok terbaik dalam pemain2 yang telah dipilih....Semoga sukses...Malaysia Boleh anda juga Boleh!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. are_fiq

    Kepada Pasukan Malaysia, Lakukan yang terbaik demi maruah negara dan bola sepak tanahair. Kami Warga negara mendoakan semoga berjaya dan membawa pulang kejayaan yang gemilang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    masalahnya sekarang b.sathianathan tidak pernah memberi ruang kepada beliau beraksi. cuba kita lihat jusaili samion bermain macam budak sekolah,sepatutnya dia yang ganti tempat daudsu

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.