AFF Suzuki Cup 2008 | Malaysia Vs Laos (result)

aff-suzuki-cup-2008.jpg
6 Disember 2008
Surakul Stadium, Phuket
5:00PM

Malaysia 3 – 0 Laos

Safee Sali 68′, 87′
Indra Putra Mahayuddin 73′

Pasukan Malaysia sekadar mencatatkan kemenangan 3 – 0 keatas Laos pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2008 yang berlangsung di Stadium Surakul, Phuket. Gol pertama Malaysia hadir pada minit ke 68 melalui Safee Sali hasil tandukan menarik setelah menerima hantaran dari sepakan sudut Indra Putra Mahayuddin.

Lima minit berselang, Indra Putra pula meledakkan gol kedua Malaysia melalui satu sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti Laos sebelum Safee Sali sekali lagi menghasilkan gol ketiga pasukan pada minit-minit terakhir permainan.

Pada satu lagi perlawanan kumpulan B, Thailand berjaya menewaskan pasukan Vietnam dengan keputusan 2 – 0. Dengan keputusan tersebut Malaysia kini mendahului kumpulan B berdasarkan kelebihan jaringan berbanding Thailand.

Barisan Malaysia:

Helmi Eliza
Zamani Misbah
Aidil Zafuan
Daudsu Jamaludin
Asraruddin Putra
Amirul Hadi – 55′
Hairuddin Omar – 86
Shukor Adan
Indra Putra
Hardi Jaafar – 58′
Khyril Muhymeen

Pertukaran:

Safee Sali – 55′
Zaquan Adha – 58′
Juzaili Samion – 86

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “AFF Suzuki Cup 2008 | Malaysia Vs Laos (result)

  1. syidi

    Secara keseluruhan, Pasukan Kebangsaan tidaklah beraksi pada tahap yang sebenarnya. Walaupun kita menguasai keseluruhan perlawanan, namun, Laos bijak mengekang kemaraan Indra dan Hairuddin yang ditugaskan sebagai penggempur utama.

    Namun begitu, segalanya berubah apabila Safee dan Zaquan dimasukkan. Corak permainan seakan-akan sama dengan separuh masa kedua. Tetapi kebijaksanaan Safee menyempurnakan hantaran membolehkan kita menang bergaya 3-0.

    Untuk perlawanan seterusnya, B santhianathan perlu melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menang. Ada benarnya kata pengulas semalam, saudara Shebby, Santhia perlu bijak mengatur strategi dan semalam Shebby memuji tindakan Santhia memasukkan Safee dan Zaquan di separuh masa kedua.

    Tahniah Malaysia. Jangan leka, jauh lagi perjalanan. MALAYSIA BOLEH!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. gibauk

    Overall, games nampak okey la jugak dengan semangat juang setiap pemain agak tinggi dalam mengharungi perlawanan pertama macam ni. Kebiasaannya faktor MENTAL yang memberi peranan dari FIZIKAL bila menghadapi suasana WAJIB MENANG dalam first games.
    Tahniah la juga pada coach Sathia yang bijak menukar pemain sebagai strategi mengelirukan pertahanan lawan. Agak hebat juga Laos main bila dah hampir sejam (atau lebih sikit) baru la offence dapat bergerak ke atas...

    Harap dapat menitipkan kata-kata semangat lagi buat pasukan kebangsaan yang disayangi!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. razlan

    persembahan yang hambar dan bosan pada babak pertama sehingga teman tertido depan tv. namum, terjaga pabila malaysia menjaringkan gol pertama. gol kedua dan ketiga memang cantik! Malaysia sepatutnya menang lebih dari 5-0. menang perlawanan kedua menentang vietnam esok akan memastikan kelayakkan ke separuh akhir

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.