Video Penyokong Bolasepak Perak | Bernama TV

Perjumpaan antara penyokong bolasepak Perak yang tinggal di sekitar Lembah Klang dengan wakil media dari Bernama TV telah berjalan dengan lancar di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada pukul 11.35 pagi, 2 November 2008.

Sekitar lebih 40 orang penyokong hadir bagi menjayakan perjumpaan tersebut untuk membantah sikap sambil lewa pengurusan Perak FA kini yang masih bergelut dengan isu penyerahan kuasa kepada Menteri Besar Perak dan masalah gaji pemain yang tertunggak.

Rakaman video dari Bernama TV ada disediakan dibahagian MEDIA.

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “Video Penyokong Bolasepak Perak | Bernama TV

  1. meor19

    Salam... harap 'upacara dramatis' seperti ini dapat membuka mata pucuk pimpinan PAFA agar mengundur diri bagi menyerahkan tampuk kepimpinan kepada MB, tiada yang lebih tinggi daripada pengorbanan peribadi,masa semakin suntuk, tarikh pendaftaran tinggal beberapa hari lagi, PAFA jangan 'coba bermain api' ... reformasi!!!

    p/s : senior sekolah teman Wan Kacang pun bagi komentar... Cayalah bro....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Syidi

    Hidup Seladang!

    Saya amat teruja melihat semangat penyokong setia Perak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat. Harapan semoga pihak PAFA 'lama' tersentap dengan tindakan ini sekali gus dapat membuka mata mereka untuk tindakan selanjutnya.

    Mengulangi kata-kata terakhir para 'Penyokong Perak' semalam, ' PAFA Datang dan Pergi, Coach Datang dan Pergi, Penyokong Tetap Di sini!!'. Saya ulangi, 'Penyokong Tetap Di sini!'. Sedarilah, kita tetap KITA tiada apa yang mampu menggugat kedudukan kita.

    SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    Teman bangga dengan penyokong Perak yang sanggup meluangkan masa untuk bersatu dan bersama-sama memajukan apa yang dirancang,terutama sekali ucapan tahniah kepada yang mencarikan jalan untuk kita dapat bersama dengan BERNAMA. Kepada yang tidak hadir tentu terasa amat rugi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yong85

    Tahniah buat semua penyokong pasukan negeri & warga seladang yg join perjumpaan ni sekurang-kurangnya mereka di atas buka mata & gerun sbb baru mereka tahu nadi pasukan perak salah satunya dikalangan penyokong tidak la mereka diam seribu bahasa.tahniah....

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. satorare

    PAFA Datang dan Pergi, Coach Datang dan Pergi, Penyokong Tetap Di sini!!’. Saya ulangi, ‘Penyokong Tetap Di sini!’.

    Buka lah mata wahai pihak pengurusan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. mrcharm

    Tahniah diatas segala usaha untuk menaikkan semula kegemilangan Pasukan Perak.

    Cuma disini, saya ingin memberikan pendapat kalau hendak Pasukan Perak ini betul-betul berkesan dan berjaya di arena Bolasepak tanahair ni, beberapa perkara dibawah perlu diambilkira dan difikirkan sejenak :-

    i. Jauhkan Pasukan ini dari Pengaruh POLITIK, sebab di mana-mana negara pun jika bolasepak ataupun apa jua game yang ada kaitan dengan kepolitikan maka ia tak kan kemana?

    ii. Kenapa Pasukan Perak telah pun dinaikkan taraf ke "Pasukan Professional, tetapi pengurusan masih ditakuk lama, tak beretika seperti ada taraf "Professional"?

    iii. Betulkan pengertian tersebut, sepatutnya ia dikendalikan dibawah satu Kelab/diswastakan dan kelab tersebut akan menjaga segala kebajikan pemain, padang, pengurusan, jurulatih, pengurus, kelab penyokong serta jualan tiket. Jika ini dilakukan dengan betul, tak akan timbul pemain tak dibayar gaji.

    iv. Bila di atas di praktikan syarat-syarat pemain kena ketat, bila ada yang rasuah buang dan penjarakan, pemilihan pemain juga perlu professional, jangan ambik sebab anak kawan dan sebagainya, ambil yang betul2 ada bakat.

    v. Saya secara peribadi, ingin melihat Pasukan Perak di kendalikan secara "Professional" maksud saya 100% Professional, saya sanggup mengeluarkan modal awal jika Pasukan Perak ini di susun semula secara TOTAL dan tiada fahaman politik dibabitkan. Pasukan Perak perlu menjadi pasukan yang ada Gaya, Untung dan berkarisma. Barulah akan muncul di tanahair kita ini satu pasukan yang betul2 jitu, kuat dari segi Pasukan Bola, dan juga kuat/kembong kantung duitnya, tidak lagi mengemis nak bayar gaji.

    vi. Rombakan 100% perlu dan saya tidak mahu lagi lihat ada Jawatankuasa Pasukan Bolasepak Perak tetapi nak pergi berlawan naik bas pun tak da tambang, jurulatih Steve Darby pulak yang kena keluar duit, mana muka-muka ahli jawatankuasa, nak nama tapi tak nak keluar duit. Baiklah tulis surat letak jawatan. Buat malu orang Perak sahaja.
    Nak lihat Pasukan Perak berjaya, buat betul2. Penswastaan perlu!

    Terima Kasih.

    Mrcharm

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. penangMai

    Salam warga seladang Net,,,
    Tahniah dengan perjumpaan peminat dengan media yang berlangsung dengan jayanya...Inilah bukti bahawa
    ‘Penyokong Tetap Di sini!’ bak kata Syidi untuk melihat perubahan.. terasa lambat bebenor kongress PAFA..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. ayuball

    Salam sayang penyokong perak.Walaupun saya tak dapat pergi perjumpaan sebab jauh, tapi semangat penyokong yang hadir saya dapat rasai.. bukan saja coach bersilih ganti, PAFA bersilih ganti tapi pemain pun bersilih ganti..walau apa pun kita tetap di sini.Dalam paper selalu keluar berita perak yang tak sedap dibaca.Negeri lain dah sibuk buat team. Tapi perak masih terkial-kial lagi. Bila agaknye nak pulih..... jgn la orang atasan menuding yang mana salah tapi cari jalan penyelesaian.. kita ni hantar pasukan kelab yang mempunyai penyokong kelab terbaik.

    jadi apa pun Admin bagi tau berita terkini tentang Perak.Ada masa ayu datang.

    sayang perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. basheer

    Perak FA sudah sepatutnya menukar corak pentadbiran baru dan orang baru pulak yang mengambil alih persatuan.Ini tidak, orang lama, masih tidak mahu melepaskan jawatan dan tahap pasukan masih di takuk lama, kami penyokong perak mahukan perubahan drastik, termasuk pengurusan dan jurulatih serta pemain perlukan resipi baru bagi menaikkan martabat pasukan bola sepak Perak ke kancah antarabangsa...Harap tahun 2009 milik Perak!! reformasi!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. gadis ayu

    Salam semua. Sekali lagi teman nak komen tentang orang atasan yang baru. Kenapa tolak-tolak pasal tugas, tidak kira yang penting orang tu dapat jalankan tugas dengan baik dah la. Satu lagi coach Perak sape?tertanya2 betul la, lepas tu bukak paper tak da berita.
    Dalam sejarah pasukan Perak tak datang tempat Ayu. Tahun lepas ada juga buat perlawanan persahabatan dengan team Bota fc. Entah-entah tak da duit nak datang. Di harap pihak berkenaan majukan bolasepak perak.

    sayang perak

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.