TLDM Vs Perak | Friendly Match

Khamis 20 November 2008
Stadium TLDM, Lumut
4:45 petang

(Tertakluk pada perubahan disaat akhir)

Satu perlawanan persahabatan bakal diadakan oleh pasukan Perak menentang pasukan TLDM pada hari khamis ini bagi menguji tahap keserasian para pemain yang telah dipilih oleh panel pemilihan pemain tempohari.

Perlawanan persahabatan pertama telah diadakan di Stadium Ipoh pada 11 November 2008 dan berkesudahan Perak mendahului 1 gol melalui jaringan Razali Umar sebelum pengadil memberhentikan perlawanan tersebut pada minit ke 28 kerana hujan lebat.

Untuk rekod, pasukan TLDM sebenarnya baru sahaja menjuarai Kejohanan Bola Sepak Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2008 pada 7 November yang lalu apabila mengalahkan pasukan Tentera Darat Malaysia dengan jaringan 1 – 0.

Dijemput kepada semua peminat-peminat bolasepak Perak untuk hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan tersebut dan masuk adalah percuma. Krew seladang.net akan cuba untuk membuat liputan pada perlawanan tersebut.

Peta lokasi stadium berdasarkan Peta Google ada disediakan dibawah:


View Larger Map

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TLDM Vs Perak | Friendly Match

  1. D_08

    Sesiapa yang rasa-rasa boleh turun game ni...............turun la.......... boleh la kenal2 dgn player2 Perak yang baru nie

    Likes(1)Dislikes(0)
  2. syidi

    Ini peluang terbuka untuk semua penyokong Skuad Seladang untuk melihat dengan mata kepala sendiri siapa yang diturunkan untuk perlawanan itu nanti.

    Selain itu, para penyokong dapat menilai sendiri tahap terkini Pasukan kesayangan kita. SKOR YOP SKOP!!!! Hidup PERAK!

    Likes(1)Dislikes(0)
  3. asren246

    Hope game ni dapat menunjukkan tahap permainan sebenar Perak sebelum mula musim baru Liga super. Aku nak sangat tengok Subra jadi Kapten, sebab member aku tu,pernah main satu team dengan dia masa sekolah dulu.

    Likes(1)Dislikes(0)
  4. yong

    Inilah masa buat semua pemain yg berjaya dlm sesi pemilihan hari tu. Buktikan kelebihan yg ada dlm diri moga-moga dpt di senaraikan menjelang liga musim baru. Keserasian amat perlu dlm game tu sebab utk menentukan hala tuju pskn nanti,pada game tu juga mesti setiap segi dan sudut akan dinilai. So, good luck utk game tu. Buat yg berdekatan tu berilah semangat pada muka-muka baru team supaya mereka lebih bersemangat.

    Likes(1)Dislikes(0)
  5. putra8878

    kalu boleh dalam bulan 12 ni seladang buat la frendly match dengan team2 di lembah kelang ni..kat lembah kelang ni pun belambak penyokong perak..

    Likes(1)Dislikes(0)
  6. syidi

    Makluman untuk semua warga Seladang.net, untuk perlawanan persahabatan Perak vs TLDM, akan diberikan liputan secara langsung melalui SHOUTBOX seladang.net.

    Kepada yang inginkan perkembangan terkini boleh mengetahui perkembangan terkini di ShoutBox berkenaan. Mulai 5 Petang ini, harap maklum.

    Likes(1)Dislikes(0)
  7. fizlow

    Game friendly 2,3 orang jer player lama yang lain semua player baru..mari ler meramaikan stadium lumut tu.ajak2 org setiawan dan manjong memenuhkan stadium lumut..huhu kasik gamat sikit stadium. apa pun kita dapat mengenali player2 baru yang mewakili Skuad Seladang.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.