TLDM Vs Perak | Friendly Match (result)

Khamis 20 November 2008
Stadium TLDM, Lumut
5:15 petang

TLDM 1 – 0 Perak

Keputusan perlawanan persahabatan semalam memihak kepada pasukan tuan rumah TLDM apabila mereka berjaya menjaringkan gol pada minit-minit terakhir permainan melalui satu hantaran lambung dari tengah yang berjaya dikejar oleh salah seorang pemain mereka yang mudah menewaskan penjaga gol Perak semalam untuk keputusan muktamad 1 – 0.

Berdasarkan pengamatan pihak kami semalam, perlawanan ini tidak lebih hanya sebagai gelanggang untuk mencuba beberapa pemain dipelbagai posisi serta tahap kefahaman sesama mereka. Walaupun permainan boleh dikatakan sedikit kelam kabut namun pasukan Perak masih mempunyai masa untuk menyusun kerangka pemain utamanya.

Terdapat 5 hingga 6 orang pemain yang tampak telah bersedia untuk mengharungi persaingan liga super musim hadapan manakala segelintir pula masih memerlukan latihan kecergasan demi memastikan pasukan tidak lagi dilanda masalah pemain yang kepenatan beraksi dalam tempoh 90 minit permainan.

Selain dari panel kejurulatihan yang hadir semalam turut kelihatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Y.B Jamaluddin menyaksikan perlawanan semalam bersama Presiden Kelab Peminat Bolasepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman.

Diharap panel kejurulatihan Perak dapat membuat lebih banyak perlawanan persahabatan seperti ini untuk memupuk satu kerjasama yang baik sesama pemain dan seterusnya memastikan Perak muncul sebagai pencabar yang hebat di dalam Liga Super musim 2009.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “TLDM Vs Perak | Friendly Match (result)

  1. matahari_terbit

    harap harap lepas ini pasukan perak mampu memiliki pemain yang hebat di setiap posisi. terutama dibahagian tengah. kerana posisi tengah adalah tulang belakang sesebuah pasukan

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Sememangnya telah menjadi objektif utama perlawanan persahabatan untuk meneliti kelemahan. Oleh yang demikian, kalah atau menang bukan dianggap kayu pengukur untuk menilai satu-satu pasukan itu.

    Sekurang-kurangnya, kelemahan telah dikenalpasti dan diharap kelemahan itu akan bertukar menjadi kekuatan selepas ini. Masih ada masa untuk 'neutralise' kelemahan itu disamping merangka sesuatu yang lebih kompiten untuk mengharungi cabaran Liga Super 2009. HIDUP PERAK!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Yashurr Yazurry

    Tak Mengapa...
    Sekurang-kurangnya perlawanan semalam satu langkah
    yang baik bagi meningkatkan persefahaman antara pemain.

    teman harap next frenly match main kat stadium perak pulak..
    membolehkan penyokong-penyokong sekitar ipoh
    datang melihat pemain-pemain muda harapan kita ni...
    InsyaAllah..

    Ayuh Seladang Manthap!!!! Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. fizlow

    kalah menang bukan pengukur prestasi sebenar skuad Perak..tetapi dapat mengenal pasti kelemahan2 yang patut di perbaiki.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yong

    Game ni merupakan pendedahan awal buat pasukan perak yg baru,menjelang liga 2009. Dari situ byk perkara yg perlu di perbaiki dari setiap sudut terutama dari aspek persefahaman pemain. Jadi kita belum boleh mengukur tahap permainan mereka. Byk benda pasti sudah dikenal pasti dlm memperbaiki kembali kelemahan pasukan jadi di harap utk yg akan pasti menjadi lebih baik.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.