Sesi Pemilihan Pemain Presiden Perak 2009

Lokasi: Stadium Perak, Ipoh
Tarikh: 29 & 30 November 2008
Waktu: 8:30 pagi – 11:00 pagi & 3:00 petang – 6:00 petang

Skuad Piala Presiden Perak di bawah kendalian Abu Bakar Fadzim musim depan akan mengadakan pemilihan pemain selama dua hari bermula hari ini dan esok bagi mencari bakat-bakat baru untuk menyarung jersi Perak musim ini.

Pemilihan selama dua sesi iaitu pagi dan petang itu akan memilih pemain yang lahir sekitar tahun 1989, 1990 dan 1991. Untuk makluman umum skuad Presiden musim hadapan adalah untuk pemain di bawah umur 20 tahun serta berbeza dari musim-musim sebelumnya di mana tiada lagi pemain dari skuad senior yang boleh turun membantu pasukan tersebut.

Senarai Nama Pegawai & Pemain Musim 2009.

Pengurus: Y.B Zainol Fadzi Paharudin
P. Pengurus: Rizal Ali Naiz Ali
Jurulatih: Abu Bakar Fadzim
P. Jurulatih: Chong Yee Fatt

GK – Khairul Amri Salehuddin
MF – Wan Hossen Abdul Ghani
MF – Mohd Safwan Mahayuddin
MF – Muhammad Khalid Ibrahim

(Senarai pemain yang sudah terpilih setakat ini)

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Sesi Pemilihan Pemain Presiden Perak 2009

  1. matahari_terbit

    diharapkan kepada remaja bawah 20 tahun seluruh negeri perak akan hadir sesi pemilihan ini, kerana kemungkinan anda yang hadir antara yang terbaik untuk mewakili presiden perak,dan mampu untuk meneruskan kegemilangan skuad presiden perak. diharapkan abu bakar fadzim mampu melakukan sesuatu yang bergaya musim hadapan dan tidak menghampakan semua pihak. contohilah bekas jurulatih anda karl heirz weigang yang pernah membimbing anda.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong

    pada 4 pemain yg terpilih tahniah.yong harap pencarian muda belia utk pemain presiden 2009 akan mencapai matlamat dlm mencari yg betul-betu berkaliber sebagai pelapis yg sedia ada.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sylvershop

    asalamualaikum, harap pihak pengurusan dapat mencari pemain-pemain dari kaum orang asli. mereka ini mungkin sukar ke sesi pemilihan tersebut, mungkin kalau ada pihak pengurusan yang dapat turun padang dan kenal pasti pemain-pemain berbakat mungkin mereka ada peluang. kita perlukan player2 dari kaum bukan melayu untuk menjadi 'crowd puller'. sekian terima kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. angah

    harap harap pihak pengurusan tidak pilih bulu...pilih yang betul betul ada keinginan, kebolehan dan yang penting dapat memberi komitmen 100 peratus kepada pasukan ..........

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. nn428328

    Salam, selamat maju jaya buat pemain bawah 20 Perak Piala Presiden 2009, dengar khabar pemain menunjukkan prestasi cemerlang semoga pemain2 ini yang akan menjadi penyinar pasukan Perak akan datang. Kepada jurulatih coach Abu Bakar Fadzim semoga dapat membimbing pasukan ini menjadi sebuah pasukan yang cemerlang dan bersih serta berdisiplin, macam tahun sebelumnya dan harapan pemain muda ini akan terus terbela hingga ke peringkat tinggi mewakili Perak.

    good luck !!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.