Perak FA | Senarai Pemain TM Liga Super Musim 2009

 Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan akan mengadakan satu majlis menandatangani kontrak antara pemain Liga Super bersama Presiden barunya Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di Bangunan SUK Perak, Ipoh pada pukul 3:00 petang ini.

Sejajar dengan itu pihak seladang.net amat berbesar hati untuk menyiarkan senarai penuh 23 orang pemain Liga Super Perak musim 2009 untuk siaran umum pada pagi ini setelah dipersetujui oleh Setiausaha Kehormat Perak FA, Encik Anuar Hashim.

Berikut adalah senarai penuh 23 orang pemain Perak:

PERAK 2009

GK – Megat Amir Faisal
GK – Abdul Rahman Ismail
GK – Kamarul Effandy

DF – Arif Fadzlie
DF – Chun Keng Hong
DF – S.Subramaniam (C)
DF – Syazwan Roslan
DF – Mohd Hafiz Rahman
DF – A.Varathan
DF – Benedict Martin
DF – K.Puvinderan
DF – Mohd Fauzi Ariffin

MF – Mohd Nazri Kamal
MF – Mohd Arsyah Ayob
MF – Mohd Nor Hazrul
MF – Muhd Zafran Olibullah
MF – Mohd Hafiszuan Salehuddin
MF – Zahiruddin Mohd Sabri
MF – Isma Alif Salim

FW – Razali Umar
FW – K.Thinagaran
FW – Mohd Saufi Sa’adi
FW – Shahrizal Saad

Senarai yang dikeluarkan disini hanyalah untuk tatapan pengunjung seladang.net dan biodata penuh termasuk gambar setiap pemain akan disiarkan selepas ini secara berperingkat-peringkat bermula hujung minggu ini.

Penggunaan semula artikel ini atau sebahagian daripadanya perlulah dinyatakan sumbernya kepada pihak seladang.net. Gambar-gambar pada majlis menandatangani kontrak tersebut akan menyusul kemudian.

Likes(0)Dislikes(0)

19 thoughts on “Perak FA | Senarai Pemain TM Liga Super Musim 2009

  1. padiltaiping_81

    salam...majoriti pemain perak musim baru nanti adalah player baru...harap2 pemain baru perak ini nanti dapat memberi cabaran yg hebat pada pasukan2 elit yang lain...teman tidak mengharap sgt skuad muda perak ini dapat merangkul sebarang piala pada musim permulaan ini sebab majoriti pemain baru yg kurang pengalaman..dapat kekal dalam liga super pun dah kira ok.

    buktikan perak boleh! Perak selamanya..skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Yang dinanti telah kunjung tiba, tidak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Datang semua Pemain yang majoritinya 'baru' menempuh suasana dalam Liga Super.

    Cekalkan hati dan pandang terus ke hadapan untuk meningkatkan keyakinan diri disamping latihan yang gigih. Jadikan ini sebagai peluang untuk mencipta sesuatu yang unik dan membuka mata pihak lawan.

    Abaikan cakap-cakap 'tin kosong' orang lain yang memperlekehkan pasukan kita. Terus berusaha kerana kami tetap ada di sini menyokong anda semua.

    KEJOR YOB KEJOR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. bobiNHo84

    salam.....alhamdulillah bile dah dapat tgk line up Team perak season depan...tak kisahla baru ke, lame ke,yang penting pemain muda ni mestila dididik dengan cara yang betul... awok yakin dengan m.karathu dan barisan jurulatih yang lain... wassalam.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. putra8878

    Selamat Berjaya buat pemain-pemain baru Perak..Jadikan Team ARSENAL yg rata-rata pemain muda gak sebagai sumber inspirasi utk berjaya.Tiada yg mustahil dlm bolasepak ni..kekalkan tradisi Perak dlm Liga Super!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yashurr Yazurry

    SELADANG MANTAP!!!!

    Alhamdulillah..akhirnya tesenarai sudah kesemua player yang
    akan beraksi untuk seladang season hadapan...
    walaupun teman tak terlalu berharap dengan team kali ni,
    namun teman agak optimis dgn kemampuan mereka..

    sekurang-kurang memberi tentangan sengit kepada
    pasukan lawan..
    jika tewas sekali pun bukan lah dengan mudah...
    teman menjangkakan perlawanan pertama skuad seladang
    nanti berkemungkinan player-player kita ni gugup..
    biasalah tu, baru lagi kan...

    ape-apepun teman ucapkan selamat berjuang
    buat anak-anak muda kita....
    berjuanglah demi maruah dan bukannya wang ringgit...

    kepada penyokong-penyokong...
    moh kite ke stadium, kalah atau menang tetap bersama..

    Ayuh Seladang Mantap!!!
    Kejor Yob Kejor..!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. yong

    welcome to all new player...muda belia.....wajah baru,semangat baru...harap-harap dpt intai piala baru...jgn jadikan alasan baru sbg alasan yg penting semua player harus disiplin dlm perjuangkan nama pasukan negeri.semaikan keserasian anda nescaya sinar baru ade buat semua pemain...timba pengalaman dari setiap perlawanan itu pasti mematangkan anda so buat the best ok..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. kia_dgreat

    salam...satu nafas baru dalam skuad seladang.insyallah..dengan berkat doa seluruh rakyat negeri perak pasukan kita akan berjaya..saya lebih berharapan untuk skuad ni mencontohi skuad arsenal dengan semua pemain rata2 linkungan belasan dan awal 20an umurnya tetapi tetap ampuh menikam dan menumbangkan semua pasukan berpengalaman lain....teman amat yakin skuad ini mampu pergi jauh..dan melenyapkan semua kata2 yg melunturkan semangat kita selama ini...asalkan...semangat kita bersatu. persatuan,pemimpin,jurulatih,skuad dan seluruh penyokong pasukan perak ayuh kita bersatu untuk maju kedepan dengan harapan dan semangat baru...insyallah pasukan kita diberkati dan dilimpahkan dengan kejayaan...amin...

    gegam bara api biar sampai jadi abu,
    siapa ada berani.......,
    akan kita tentang satu persatu......

    skor yob skor.....bior dema tumpor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. juan

    orang muda..tenaga mesti kuat walaupun kurang pengalaman..seronok teman tengok nama player perak..awal2 ada sebut striker selangor si hadi yahya?takde dalam list pulak..bukan rezeki la 2..nama WAN ABU YAZID BUSTAMI BIN WAN MOKHTER teman idok nampak pulak?player yg score sezen lepas 2!udah kene beli ke?

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. aremint_uk

    selamat datang pada player baru,aku rase tahun ni tiba-tiba jer aku confident dengan player muda kita ni ditambah plak ngan coach kite M Karathu yg mmg tak dpt dinafikan reputasi die sbg coach.Jadi aku harap pemain baru akan main dengan semangat baru......hidup seladang SKOR YEOP SKOR!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. maelayortawar

    Macam best je nengokkan player2 baru.Harapnya deme nih dapat memberikan 'result' yang baik utk peminat bola PERAK. Cumanya coach Karathu nih yang agak membimbangkan, kalo ikutkan peranannya dlm PAFA dulu tak berfungsi sangat tapi peranan baru 'as a coach' nih harapnya tambah baik le.

    Tak sabor nak ke stadium nengok player baru nih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. matahari_terbit

    teman tak tahu nak menilai pasukan ini lagi,sebab teman tak kenal semua pemain pemain yang ada terutama salah seorang antara pemain yang berpengalaman dari pasukan lain terutama arshah ayob,kerana jarang dapat melihat beliau beraksi dalam liga malaysia

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. sylvershop

    syukur, pihak pengurusan baru, player baru,,selamat datang ke liga super untuk player muda. kami penyokong kejor yob kejor memberi sepenuh kepercayaan kepada anda semua membawa Perak ke tahap baru. kami sedar untuk merangkul kejuaraan sesuatu yang mustahil tapi sekurang-kurangnya tunjukkan skuad seladang bukan mudah untuk diperkotak-katikkan. Untuk M Karathu kami rindukan zaman2 kegemilangan skill Azizol, Ravindran, Selvarajoo..ayuh lahirkan pengganti mereka!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. miez3

    Senarai pemain yang terbaru ni sikit pun tak mengejutkan teman...seperti yang telah dijangkakan pemain2 dari skuad Piala Presiden & Belia akan banyak dinaikkan taraf utk diserapkan di dalam skuad senior..

    Pada musim lepas pun kebanyakkan pemain2 senior yang teman perhatikan boleh dianggap selayaknya menggantung boot mereka..permainan era sekarang memerlukan tahap stamina dan kecergasan yang tinggi...tempo permainan agak laju berbanding zaman2 90an cumanya Perak pernah melalui zaman tersebut di era Azizol,Ravindran,Selvarajoo,Nidzam Adha dan rakan2 lain ketika itu dengan bantuan coach M.Karathu yang sinonim dgn latihan2 keras dan taktikal yang bersifat laju..

    Diharapkan kehadiran semula coach yang boleh lah teman anggap sebagai legenda Perak ini dapat kembali merubat dan merawat kem Perak yang begitu perlukan ciri2 permainan sedemikian...

    Biarpun nampak seperti total lost pada kem Perak kali ini..tapi semuanya tidaklah boleh dianggap zaman kegemilangan telah berakhir bagi pasukan Perak..mungkin ini semua adalah satu permulaan ke arah mutu bolasepak Perak yang lebih baik..kita ambil contoh pasukan Kedah...pada saat mereka terperosok ke Liga Perdana mereka telah membuat comeback dengan jurulatih dan pemain2 baru dimana akhirnya kembali mengecap zaman gemilang sepertimana era2 80-90an dahulu sekaligus menjadi pasukan disegani kerana memperolehi gelaran treble 3 piala 2 tahun berturut2!!

    Pada pemain2 yang telah disenaraikan,teman berharap agar anda2 semua memberi komitmen yang tinggi kepada coach yang telah dilantik..anda semua jangan tertekan bila berada di atas padang ketika perlawanan berlangsung di hadapan penonton sendiri..keluarkan dan tonjolkan bakat yang ada...teman percaya anda semua bukan calang2 pemain...ada yang telah dan pernah menggapai kejayaan apabila selama 2 tahun berturut2 berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Presiden..tak kurang jugak diperhatikan ramai yang kembali berada bersama2 rakan sepasukan yang lama..contohnya seperti Razali Umar dan Shahrizal Saad..gandingan penyerang kembar seperti anda sememangnya bakal membuat pertahanan pasukan lawan lebih berhati2..

    Secara keseluruhannya teman yakin pada pasukan dan pemain yang dibentuk musim ini...mana tahu ada rezeki tahun ni kita boleh capai sekurang2nya satu piala..
    Semoga sukses...Skor Terus Skor Yob!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. irKupa

    Salam,

    Teman doakan kejayaan Pasukan Bola Sepak Negeri Perak Darul Ridzuan agar terus gah dalam Liga Malaysia...diharapkan player2 muda ni akan menunjukkan semangat juang yg tiggi dgn bantuan dan sokongan daripada Coach, PAFA serta penyokong Perak yg setia...

    ~kejor yob kejor~

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. serigala_malam1982

    Syukur sebab dapat juga tgk team yg baru nie.. teman tak pernah nak miss tgk perak main kat ipoh tapi tahun nie teman dpt dengar berita saja la sebab teman dah keje kat jordan.. diharap player kita main bersungguh2.. bior org ckp kita kecik yang penting kita ligat kat padang..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.