Perak FA | Pengurusan Pasukan 2009

 Perak FA

Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan telah mengadakan satu sidang akhbar pada sabtu lalu yang dipengerusikan oleh Presiden barunya Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengumumkan senarai calon-calon yang dilantik bagi musim 2009.

Berikut adalah calon-calon yang berjaya mengisi tempat sebagai Pengurus Pasukan, Setiausaha Kehormat, Bendahari dan Panel Kejurulatihan Musim 2009.

Perak FA 2009

Presiden: Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Timbalan Presiden: Y.B Seah Leong Peng
Naib Presiden 1: Dato Seri Abdullah Hisan
Naib Presiden 2: Khairuddin Ahmad
Setiausaha Kehormat: Anuar Hashim
Bendahari Kehormat: Tuan Haji Abdul Rahim

Ahli Majlis

Y.B Zainol Padzi
Encik Isham Shahruddin
Encik Rizal Naiz Ali
Encik Anuar Salim
Encik Abdul Aziz Jamaludin
Encik Ruslan Zainal Abidin
Encik Joharuddin
Encik Mohd Shahar
Encik Abdul Manan

Pengurus: Y.B Jamaluddin
Ketua Jurulatih: M. Karuthu
Pembantu Jurulatih: Raja Azlan Shah
Jurulatih Penjaga Gol: Tay Sin Kiat

Untuk senarai penuh pemain hanya akan dikeluarkan pada awal Disember 2008 nanti.

Likes(0)Dislikes(0)

16 thoughts on “Perak FA | Pengurusan Pasukan 2009

  1. bobiNHo84

    salam..mcm ni la baru ada semangat nak sokong perak balik..yang penting org british tu dah takde dalam perak ni.. die la perosak team perak..hehehehe...jadi,dgn pengurusan yg baru,kita harap dengan perlantikan m.karathu dan barisan jurulatih yang lain dapat menjalankan tugas dengan baik demi nama baik perak dan bukannya kerana wang ringgit semata-mata....kami berharap ini akan menjadi titik tolak kebangkitan perak yang selama ini pengurusan sangat lemah...kejor yop kejor.....wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. gadis ayu

    Salam semua. Alhamdulilah dah selesai jugak pengurusan perak nie. Tahniah pemimpin yang memegang jawatan2 tu. Di harap dapat la buat terbaik tahun ni. Tapi tak sedap dengar tentang pengurus seladang yang baru, yang di tuduh terlibat dengan rasuah. Takut semua pandang serong kat team perak nie. Pilih orang yang betul2 dapat luangkan masa untuk perak, tidak pun gantikan seorang dulu, lepas tu kalau dia tidak bersalah atas tuduhan dia, dia boleh take over balik.

    Sayang perak…

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Dino

    Salam, Syabas kepada semua pegawai pasukan Perak. Rata-rata semuanya muka baru. Semoga dengan muka baru ini dapat memberi nafas baru juga pada pasukan Perak. Ucapan tahniah kepada M. Karathu kerana kembali menerajui pasukan Perak. Diharap sengat lampau dapat membantu pasukan. Kepada pemain tumpukan sepenuhnya pada permainan. Penyokong Perak tetap menyokong anda.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Tahniah kepada M Karathu kerana telah dilantik secara rasmi sebagai Jurulatih Perak sekali gus menjawab teka-teki yang selama ini bermain difikiran para oencinta Bolasepak Perak.

    Walau apapun, selamat bertugas kepada semua pengurusan baru PAFA teruskan usaha murni ini dengan penuh dedikasi serta kebertanggungawaban. Cukuplah derita yang para penyokong tanggung selama ini. Kami sedia melupakan kenangan pahit yang dijadikan sempadan untuk masa kini dan akan datang.

    ALLAH BERKATI PERAK DARUL RIDZUAN...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yashurr Yazurry

    Alhamdulillah...
    akhirnya lengkap sudah pengurusan perak fa 2009 dibentuk..

    diharapkan pengurusan kali ini lebih mantap dari sebelumnya,
    lebih komited terhadap tugas dan tanggungjawab..
    jujur dan amanah dalam menjalankan tugas..
    bisa menerima teguran & pandangan yang positif dari penyokong..

    lebih serius dalam mencari bakat-bakat muda, terutama dikalangan anak jati perak..

    Bijak merangka strategi pasukan dan aset pengurusan..
    Mantap keseluruhannya termasuk kewangan & penajaan..

    dan yang penting 'team work' dikalangan mereka tanpa
    memikirkan ideologi..

    Mudah-mudahan impian kita dalam mengembalikan
    maruah yang tercalar menjadi realiti...

    Ayuh beramai-ramai kita memenuhi stadium pada tahun hadapan!!
    tiupkan kembali semangat seladang..
    Doakan kejayaan pasukan kesayangan kita...

    AYUH SELADANG BANGKIT..!!!! InsyaAllah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. penangMai

    Salam buat Warga seladang.net

    Alhamdulillah…akhirnya terbentuk juga pasukan pengurusan
    skuad seladang yang baru. Kepada M Karahtu dan Raja Azlan tahniah kerana diberi mandat untuk menerajui skuad Seladang pada musim depan diharap dapat membuktikan sesuatu..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. irKupa

    Salam,

    Sekalung tahniah buat pengurusan PAFA yg baru. Diharap selepas ini tidak ada lagi isu yangg jadi penyebab Perak jadi tidak tentu hala. Teman harap semua pihak bersatu padu menjadikan Perak kembali disegani. Kepada PAFA, carilah bakat muda dari segenap pelosok kampung dan kawasan, sebab banyak lagi yg berbakat tapi tidak ada 'platform' utk diketengahkan. Diharapkan 'player' yang dipilih berasal dari negeri Perak. Sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yong

    tahniah kepada yg akan menerajui organisasi PAFA yg baru.diharap dgn muka & idea yg baru pasti boleh merubah wajah pasukan perak nanti.TAHNIAH....

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. putra8878

    Teman rase radio perakFM patut memainkan peranan yg lebih dari tahun2 sebelum ini utk menyemarakkan semangat rakyat perak utk berkunjung ke stadium ipoh memberi sokongan kepada team perak kelak..contohi selangorFm dlm menyemarakkan semangat penyokong deme dtg ke stadium.Ape yg teman dpt dgr di radio selangor fm ni,bile ada game membabitkan team selangor main deme dari pagi dah menwar2 kan tentang game 2,disamping menyiarkan lagu "merah kuning" deme tu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. maelayortawar

    Teman sokong sangat dengan bro putra..patutnya Perak FM ni dah lama mempublisitikan team PERAK dari semua segi.Kalau selama ni dema mewar-warkan hari game je...lepas ni..harap2 lebih le sikit.

    HIDUP PERAK!!!!!!!!!!!!!!
    tarak sombong punya......

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. miez3

    Salam..

    Tahniah di atas perlantikan terbaru organisasi Perak FA..Apa yang ditunggu telah tiba...seharusnyalah kena pada masa dan keadaan yang memang tak dinafikan amat2lah sangat diperlukan...

    Diharap pengurusan baru ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan telus dan amanah serta jujur..

    Perjuangan sesuatu pasukan bukan hanya terletak pada sesuatu individu,atau orang-orang tertentu tapi keseluruhan badan itu sendiri...kita dah perhatikan apa yang berlaku pada pengurusan lama tempohari..bila pemain2 dah ok orang2 atas pulak buat sambil lewa...akhirnya semua yang rugi...

    Bagi teman kalau semuanya mempunyai semangat berpasukan yang tinggi biarpun tanpa kelibat pemain2 bertaraf bintang sesuatu pasukan tu boleh pegi lebih jauh...

    Tahniah sekali lagi...teman doakan kejayaan mengiringi anda semua..Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.