Perak FA | Majlis Menandatangani Kontrak Musim 2009

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Satu majlis menandatangani kontrak antara pemain Perak bersama Presiden PAFA, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di Bangunan SUK Perak, Ipoh bersama Ahli Majlis dan beberapa wartawan arus perdana telah berjalan dengan lancar semalam.

Selain dari senarai penuh 23 orang pemain Liga Super Perak musim 2009 tersebut, Presiden PAFA turut mengumumkan penolakan jawatan Pengurus Pasukan dari Y.B Jamaluddin Mohd. Radzi atas alasan untuk memberi tumpuan penuh pada kerjayanya.

Barisan Perak 2009

Sehubungan dengan itu Presiden PAFA sedang meneliti beberapa calon lain yang sesuai sebagai pengganti dalam masa terdekat. Pada majlis itu juga Presiden PAFA telah berjanji untuk cuba melunaskan sekurang-kurangnya 2 bulan gaji tertunggak kepada para pemain yang beraksi pada musim yang lalu selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Presiden juga turut menekankan tiadanya unsur diskriminasi dalam memilih pemain bagi mewakili pasukan Perak musim hadapan serta menjadikan bolasepak sebagai landasan bersatu-padu sesama masyarakat yang berbilang bangsa di negeri Perak ini.

Dipenghujung majlis tersebut, Setiausaha Kehormat PAFA, Encik Anuar Hashim turut mengumumkan perlantikan halaman seladang.net sebagai platform untuk PAFA menyalurkan sebarang berita rasmi berkaitan pasukan Perak kepada semua peminat.

Halaman ini juga akan bertindak sebagai jambatan penghubung antara para pemain serta barisan kejurulatihan berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat dengan para peminat berhubung prestasi dan perjalanan semasa pasukan bolasepak Perak Darul Ridzuan.

Nota: Gambar-gambar pada majlis tersebut beserta latihan pemain sebelah petang semalam akan menyusul kemudian dibahagian Gallery.

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Perak FA | Majlis Menandatangani Kontrak Musim 2009

  1. Yashurr Yazurry

    Tahniah diucapkan kepada seladang.net
    diatas perlantikan sebagai platform untuk PAFA menyalurkan
    berita rasmi pasukan Perak..
    Hasil keringat anda semua seladang.net mendapat mandat
    sebagai saluran info utama pasukan perak..

    Selamat berjuang buat pemain-pemain semua...
    Kami Penyokong Sentiasa Berada disisi anda...

    Mantap!! Seladang Mantap!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Tahniah kepada Seladang.net kerana dengan secara rasminya menjadi penghubung utama antara pasukan dan penyokong. Oleh yang demikian, selepas ini tiada lagi pertikaian kesahihan maklumat di halaman ini kerana segala yang ada di sini adalah disahkan oleh PAFA sendiri.

    Isu pertikaian perlantikan Pengurus baru Perak dilihat telah ditangani dengan baik, setelah Y.B Jamaluddin mengambil tindakan yang dianggap profesional demi kerjayanya dan saya yakin ianya adalah sesuatu yang positif. Sikap sebegini mencerminkan ketelusan dalam pentadbiran PAFA sekarang.

    Kepada rakan-rakan seperjuangan, marilah kita teruskan usaha murni kita, Terus menyokong pasukan kesayangan ini,..KEJOR YOB KEJOR!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan02

    pergghh.. cayalah seladang.net

    tahniah pada individu-individu disebalik tabir mengorak langkah semakin kehadapan.. mmg kerja-kerja anda semua akan dikenang..

    Terima kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. razlan

    tahniah kepada semua pihak diatas kejayaan ini. teman cukup gembira akhirnya pasukan perak dapat diumumkan secara rasmi. walaupun pasukan masih muda, yang penting kualiti permainan dan semangat juang selama 120 minit mesti ada.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. matahari_terbit

    tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dalam seladang.net kerana diberi kepecayaan oleh pafa. dengan ini diharapkan kepada yang terlibat secara terus dalam pafa termasuk pemain dan jurulatih dapat menerima semua pendapat yang bernas dan yang mampu memperkukuhkan skuad bola sepak perak di masa hadapan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. aremint_uk

    saya ingin memberi pendapat tentang nama pengurus perak yang belum dilantik.Demi kebaikan dan kemajuan bolasepak negeri ini sya harap agar pihak PAFA memanggil dan memujuk semula Dato Jamal Nasir Rasdi sbg pengurus pasukan.Lihatlah dibawah pengurusan Dato Perak byk beroleh kemenangan trofi.Harap cadangan saya ini dpt diketengahkan

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. matahari_terbit

      diharapkan yob paham situasi sekarang, apa salahnya kita beri peluang kpd pengurus perak yang baru. dia pun bekas pemain bola sepak jugak, mungkin beliau kini benar benar berminat untuk teruskan perjuangan perak tanpa rasuah

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. yong

    buat seladang.net tahniah diatas perlantikan rasmi sebagai penghubung & platform antara 2 pihak iaitu penyokong serta pihak pengurusan PAFA.di harap seladang.net akan lebih mantap & tidak akan ada lagi pertikaian & percanggahan info mengenai kebenaran suatu berita.mengenai siapa yg akan menyandang jawatan pengurus pasukan itu pasti akan diatasi pihak pengurusan dlm memilih siapa yg layak.pengurus yg baik pasti perjalanan pasukan juga menjadi baik.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Alhamdulillah semua dah selamat...tahniah kepada semua termasuk pihak Seladang.Net yang telah diberi kepercayaan untuk menjadi penghubung/perantara di antara pengurusan,pemain dan penyokong2 Seladang...

    Ayuh semua...semoga tanduk sang Seladang meruncing dan garang kembali...bersatu untuk semua...semua untuk satu tujuan..kembalikan Perak ke puncak jaya...Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.