Perak FA | Kongres Tahunan Ke-51

Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (Perak FA) telah mengadakan satu Kongres Tahunan kali ke-51 pada pukul 2 petang semalam bertempat di Hotel Heritage, Ipoh. Pada kongres tersebut Pemangku Presiden sebelumnya telah meletak jawatan dan digantikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sementara itu Timbalan Presiden pula disandang oleh Y.B Seah Leong Peng dan seorang lagi muka baru iaitu Dato Seri Abdullah Hisan sebagai Naib Presiden 1. Bekas Pemangku Timbalan Presiden yang lalu, Khairuddin Ahmad telah dicalonkan sebagai Naib Presiden 2.

Kongres selanjutnya akan dijalankan tidak lama lagi oleh pihak pengurusan baru yang menerajui pucuk pimpinan sekarang untuk menentukan siapakah individu yang bakal mengisi tempat sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari, Pengurus dan Jurulatih pasukan.

Perak FA 2009

Presiden: Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Timbalan Presiden: Y.B Seah Leong Peng
Naib Presiden 1: Dato Seri Abdullah Hisan
Naib Presiden 2: Khairuddin bin Ahmad

Ahli Majlis

Y.B Zainol Padzi
Encik Isham Shahruddin
Encik Rizal Naiz Ali
Encik Anuar Salim
Encik Abdul Aziz Jamaludin
Encik Ruslan Zainal Abidin
Encik Joharuddin
Encik Mohd Shahar
Encik Abdul Manan

Presiden mempunyai kapasiti untuk menimbangkan perlantikan 5 lagi individu bagi menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis yang diputuskan pada Kongres yang akan datang.

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “Perak FA | Kongres Tahunan Ke-51

  1. Yashurr Yazurry

    Salam..
    Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
    Teman harap jentera yang baru ini sekurang-kurangnya
    dapat membentuk satu pasukan dikalangan pemain muda yang mantap dalam setahun dua akan datang.

    Teman berharap juga penyokong-penyokong semua dapat
    turun ke stadium di kala perlawanan pasukan kita
    berlangsung bagi menyuntik semangat adik-adik kita ini..

    Ayuh Seladang Bangkit!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Tahniah atas kejayaan pengstrukturan semula Perak FA....Alhamdulillah segala-galanya sudah selesai. Harap selepas ni dapatlah pengurusan baru memberi fokus sepenuhnya kepada pasukan bagi mengembalikan keyakinan penyokong yang diadu dombakan dengan berbagai-bagai spekulasi. Syabas sekali lagi, teman yakin Perak boleh bangkit musim depan...Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Akhirnya segalanya persoalan terjawab. Terpulanglah kepada pihak pengurusan baru untuk merencana agenda baru PAFA dalam meletakkan Kita seiring dengan misi dan visi yang sebenarnya. Sebagai Penyokong Setia Perak, Saya amat mengharapkan sentuhan muka-muka baru dalam pentadbiran PAFA dan mengeluarkan PERAK dari kancah kekalutan yang timbul sebelum ini.

    SKOR YOB SKOR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. mrcharm

    Selamat Menduduki Barisan baru PAFA. Tahniah di atas perlantikan tersebut. Cuma saya ingin lihat apakah pembaharuan yang ANDA semua dapat perbuat dan perbaiki dalam menaikkan mutu bolasepak PERAK. Jika rasa ANDA tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut dan hanya cuma ingin memanaskan barisan bangku PAFA, orang Parit kata, baik le mike semue turun buat ape ngabiskan boras je kat kerusi tu!. (Kena tahan telinge yob)

    Jadi kami disini nak tengok dalam waktu terdekat ini ape yang ANDA dapat sumbangkan. Selamat Bertarung dan berikan Tanggungjawab yang ANDA semoga Mutu Pasukan PERAK menjadi lebih baik dan imej PERAK dipertingkatkan semula. Kami tak mau lagi dengar Pasukan nak pergi berlawan pun tak de duit buat tambang!. Jangan ada Steve Darby kedua yang jadi mangsa!

    Wassalam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. seansan02

    alhamdulilah.. harap2 pengurusan baru dpt membantu memartabatkan kembali sukan bola sepak khasnya utk negeri Perak untuk masa depan.. yang sebelum ini merudum jatuh..

    p/s : player nye mcm mana pula ye

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    diharapkan semua yang berada didalam persatuan bola sepak perak atau lebih dikenali pafa, dapat menunaikan tanggungjawap yang telah diamanahkan. diharapkan anda-anda yang terlibat mampu menjalankan tugas dengan ikhlas demi maruah bola sepak perak dan menutup mulut pengkritik keatas anda. sekarang ini semua baru dan masih segar diharapkan anda semua mempunyai nafsu untuk mengembalikan zaman kegemilangan skuad skor yob skor atau lebiha dikenali skuad seladang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. razlan

    syukran, episod pertama PAFA baru telah selesai dgn jayanya. harap episod kedua akan dijalankan secepat mungkin agar skuad 2009 boleh dikonfimkan sebelum 30 nov 08.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. doyan

    Kiranya langkah pertama sudah selesai kini pergi ke langkah kedua yang telah di buat persiapan walaupun dulu kira tidak rasmi 'aka' haram. Semoga percepatkan status halal bagi skuad Perak di bawah Raja Azlan, kami bersama anda.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. putra8878

    Teman setuju benor dgn cabaran "mrcham". Kite nengok deme ni betul-betul nak selamatkan bolasepak Perak ke atau sekadar nak jawatan sahaja.Teman tak mengharap apa-apa kejuaraan musim 2009 ni, cukup la kalau team 2009 ni dapat kekal dlm Liga super dan tak jadi team belasahan. Itu saja harapan teman. Hendak mengharap lebih-lebih susah sikit le tahun depan ni memandangkan persiapan yg haru-biru ni. Dengan Hardi pun dah blah ke Selangor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. Dino

    Tahniah kepada yang telah dilantik. Semoga pasukan Perak berjaya mengharung Liga Malaysia tahun hadapan dan seterusnya. Harapan saya sebagai peminat agar kebajikan pemain wajib dijaga. Kepada pemain pula semoga dapat memberi komitmen 100% pada pasukan. Peminat anda menyokong penuh Pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. Transaevo

    Ramai yang menganggap perlantikan MB Perak sebagai presiden baru PAFA adalah satu berita yang sangat baik..Trans pun beranggapan sama..bagi Trans MB Perak bakal jadi penyelamat PAFA yang kini kian terumbang-ambing..bagaimanapun Trans tak sekali-kali meletakkan harapan yang terlalu tinggi memandangkan PAFA diserahkan kepada presiden baru dalam keadaan tenat..cukuplah sekadar dapat terus maintain dalam senarai Liga Super Trans dah anggap bagus..

    dari segi duit tabung PAFA Trans yakin akan bertambah baik..kalau dah MB menyandang jawatan presiden,siapa yang tak nak beri sokongan.?!sponsor siap beratur nak bagi sumbangan..takat nak buat majlis kecil duit tabung takkan terusik langsung..ade je pihak nak hulurkan bantuan..hahaha...(this is just my wild guess..dont misunderstood..)apa-apa pun ini adalah baik buat persatuan & mereka yang bergantung dengannya...

    buat player-player yang dah berhijrah tu mungkin dah boleh pikir nak kembali ke pangkuan Perak semula..kemungkinan besar masalah yang selama ini melanda korang semua dah pun diselesaikan atau sedang diatasi..Trans percaya ada dikalangan korang yang berhijrah kerana keadaan yang memaksa..sekarang ni lah masa untuk berunding....

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. yong

    Siapa pun yg berjaya duduk di kerusi pengurusan tahniah yong ucapkan, bila dilantik bermakna satu tanggungjawab digalas,dlm pembentukan ; perjalanan satu pelayaran. Bernakhodakan bukan calang-calang org,yong percaya PERIT YG SEBELUM NI PASTI PULIH. Selepas ni fokus utama dlm membentuk semula pskn yg kita sendiri nampak sebelum ni mcm nak hancur. So, tahniah sekali lagi..kepercayaan yg diberi jgn di salah gunakan lagi....so selamat berjaya buat yg menerajui PAFA...

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. fizlow

    Terlebih dahulu diucapkan tahniah kerana tertubuhnya satu angkatan baru bagi Persatuan PAFA. Diharap dapat membawa demensi baru bagi mengharungi cabaran yg mendatang...hidup PAFA. Bantulah untuk menaikkan martabat bola sepak negeri Perak. Kami nak tengok perubahan yang di lakukan pemimpin yang baru menarujui PAFA. Bagi pemain-pemain berjuang habis-habisan,bak kata, kalah tapi melawan titisan peluh terakhir. Apa-apa boleh terjadi, yang penting kesungguhan untuk kemenangan. Player muda2 perak pun bukan calang2 boleh diketengahkan. Tunjukkan bakat anda yang boleh mengharumkan skuad Seladang.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.