Posted in Umum on November 26th, 2008 2 Comments »

Satu majlis taklimat berkenaan Liga Malaysia musim 2009 telah diadakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia pada petang semalam, 25 November 2008 di Wisma FAM, Kelana Jaya dan dihadiri oleh wakil-wakil dari semua persatuan bolasepak negeri dan kelab yang bertanding.
Turut kelihatan petang itu ialah jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid dan jurulatih Kedah Mohd Azrai Khor Abdullah serta tidak ketinggalan dua orang wakil dari Perak iaitu Setiausaha Kehormat, Encik Anuar Hashim dan Pengurus Pasukan, Y.B Jamaluddin Mohd Radzi.
Antara perkara pokok yang dibincangkan pada taklimat tersebut ialah isu gejala rasuah yang berlaku musim lalu yang melibatkan 2 orang pemain tempatan. Walaupun mereka telah mengaku mengambil rasuah namun tiada tindakan undang-undang dapat diambil oleh BPR mahupun FAM kerana kekurangan bukti… Continue reading
Posted in Umum on November 24th, 2008 16 Comments »

Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan telah mengadakan satu sidang akhbar pada sabtu lalu yang dipengerusikan oleh Presiden barunya Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengumumkan senarai calon-calon yang dilantik bagi musim 2009.
Berikut adalah calon-calon yang berjaya mengisi tempat sebagai Pengurus Pasukan, Setiausaha Kehormat, Bendahari dan Panel Kejurulatihan Musim 2009.
Perak FA 2009
Presiden: Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Timbalan Presiden: Y.B Seah Leong Peng
Naib Presiden 1: Dato Seri Abdullah Hisan
Naib Presiden 2: Khairuddin Ahmad
Setiausaha Kehormat: Anuar Hashim
Bendahari Kehormat: Tuan Haji Abdul Rahim
Ahli Majlis
Y.B Zainol Padzi
Encik Isham Shahruddin
Encik Rizal Naiz Ali
Encik Anuar Salim
Encik Abdul Aziz Jamaludin
Encik Ruslan Zainal Abidin
Encik Joharuddin
Encik Mohd Shahar
Encik Abdul Manan
Pengurus: Y.B Jamaluddin
Ketua Jurulatih: M. Karuthu
Pembantu Jurulatih: Raja Azlan Shah
Jurulatih Penjaga Gol: Tay Sin Kiat
Untuk senarai penuh pemain hanya akan dikeluarkan… Continue reading
Posted in Umum on November 21st, 2008 6 Comments »
Khamis 20 November 2008
Stadium TLDM, Lumut
5:415 petang
TLDM 1 - 0 Perak
Keputusan perlawanan persahabatan semalam memihak kepada pasukan tuan rumah TLDM apabila mereka berjaya menjaringkan gol pada minit-minit terakhir permainan melalui satu hantaran lambung dari tengah yang berjaya dikejar oleh salah seorang pemain mereka yang mudah menewaskan penjaga gol Perak semalam untuk keputusan muktamad 1 - 0.
Berdasarkan pengamatan pihak kami semalam, perlawanan ini tidak lebih hanya sebagai gelanggang untuk mencuba beberapa pemain dipelbagai posisi serta tahap kefahaman sesama mereka. Walaupun permainan boleh dikatakan sedikit kelam kabut namun pasukan Perak masih mempunyai masa untuk menyusun kerangka pemain utamanya.
Terdapat 5 hingga 6 orang pemain yang tampak telah bersedia untuk mengharungi persaingan liga super musim hadapan manakala segelintir pula masih memerlukan latihan kecergasan demi memastikan pasukan tidak lagi dilanda masalah pemain yang kepenatan beraksi… Continue reading
Posted in Umum on November 18th, 2008 10 Comments »
Khamis 20 November 2008
Stadium TLDM, Lumut
4:45 petang
(Tertakluk pada perubahan disaat akhir)
Satu perlawanan persahabatan bakal diadakan oleh pasukan Perak menentang pasukan TLDM pada hari khamis ini bagi menguji tahap keserasian para pemain yang telah dipilih oleh panel pemilihan pemain tempohari.
Perlawanan persahabatan pertama telah diadakan di Stadium Ipoh pada 11 November 2008 dan berkesudahan Perak mendahului 1 gol melalui jaringan Razali Umar sebelum pengadil memberhentikan perlawanan tersebut pada minit ke 28 kerana hujan lebat.
Untuk rekod, pasukan TLDM sebenarnya baru sahaja menjuarai Kejohanan Bola Sepak Antara Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia 2008 pada 7 November yang lalu apabila mengalahkan pasukan Tentera Darat Malaysia dengan jaringan 1 - 0.
Dijemput kepada semua peminat-peminat bolasepak Perak untuk hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan tersebut dan masuk adalah percuma.
Peta lokasi stadium berdasarkan Peta Google ada disediakan dibawah… Continue reading