FAM | Taklimat Liga M 2009

 FAM | Persatuan Bolasepak Malaysia

Satu majlis taklimat berkenaan Liga Malaysia musim 2009 telah diadakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia pada petang semalam, 25 November 2008 di Wisma FAM, Kelana Jaya dan dihadiri oleh wakil-wakil dari semua persatuan bolasepak negeri dan kelab yang bertanding.

Turut kelihatan petang itu ialah jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid dan jurulatih Kedah Mohd Azrai Khor Abdullah serta tidak ketinggalan dua orang wakil dari Perak iaitu Setiausaha Kehormat, Encik Anuar Hashim dan Pengurus Pasukan, Y.B Jamaluddin Mohd Radzi.

Antara perkara pokok yang dibincangkan pada taklimat tersebut ialah isu gejala rasuah yang berlaku musim lalu yang melibatkan 2 orang pemain tempatan. Walaupun mereka telah mengaku mengambil rasuah namun tiada tindakan undang-undang dapat diambil oleh BPR mahupun FAM kerana kekurangan bukti kukuh untuk mendakwa mereka.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad juga turut menegaskan bahawa perlunya kerjasama kukuh diantara Persatuan Negeri dan FAM untuk bersama-sama membenteras gejala ini dari berulang dimasa hadapan.

Penerangan khusus tentang penggunaan seorang pemain bawah 20 tahun di dalam pasukan Liga Super dan Premier juga telah dijelaskan pada taklimat tersebut termasuk beberapa lagi isu lain yang penting berkaitan perjalanan pasukan dan perlawanan.

Taklimat berakhir pada pukul 5 petang dengan diakhiri pembahagian bola sumbangan dari penaja rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk kegunaan venue pertandingan kepada setiap wakil persatuan yang hadir petang itu.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “FAM | Taklimat Liga M 2009

  1. syidi

    Kepada Peneraju PAFA, Pengurus, Jurulatih, Staf serta pemain-pemain Perak, semoga dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Tiada lain harapan saya selaku penyokong setia Seladang yang hanya ingin melihat suasana yang harmoni dan bebas dari segala spekulasi dan masalah yang kritikal.

    Kehangatan Liga Super 2009 kian terasa. Mulakan langkah dengan penuh keazaman dalam mengharungi musim baru Liga terulung di Malaysia ini. Ingat Kami tetap dibelakang anda semua untuk memberi sokongan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    Diharapkan pengurusan PAFA yang baru mampu mebuat sesuatu kelainan dan mampu memberi sumbangan kepada pemain pemain yang masih sanggup berjuang demi pasukan bola sepak Perak. Termasuk pengurus pasukan Perak agar melupakan kisah yang buruk bina keperibadian yang baru agar akan dikenang untuk selama lamanya.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.