Posted in Piala Presiden 2009 on November 29th, 2008 5 Comments »
Lokasi: Stadium Perak, Ipoh
Tarikh: 29 & 30 November 2008
Waktu: 8:30 pagi - 11:00 pagi & 3:00 petang - 6:00 petang
Skuad Piala Presiden Perak di bawah kendalian Abu Bakar Fadzim musim depan akan mengadakan pemilihan pemain selama dua hari bermula hari ini dan esok bagi mencari bakat-bakat baru untuk menyarung jersi Perak musim ini.
Pemilihan selama dua sesi iaitu pagi dan petang itu akan memilih pemain yang lahir sekitar tahun 1989, 1990 dan 1991. Untuk makluman umum skuad Presiden musim hadapan adalah untuk pemain di bawah umur 20 tahun serta berbeza dari musim-musim sebelumnya di mana tiada lagi pemain dari skuad senior yang boleh turun membantu pasukan tersebut.
Senarai Nama Pegawai & Pemain Musim 2009.
Pengurus: Y.B Zainol Fadzi Paharudin
P. Pengurus: Rizal Ali Naiz Ali
Jurulatih: Abu Bakar Fadzim
P. Jurulatih: Chong Yee Fatt
GK - Khairul… Continue reading
Posted in Umum on November 28th, 2008 2 Comments »
Jumaat 28 November 2008
Stadium Perak, Ipoh
5:00 petang
Satu perlawanan ’sparring match’ akan diadakan oleh pasukan Perak menentang pasukan KIA (Persatuan India Kinta) pada petang ini bagi menguji kesebelasan utama pasukan Perak beserta penerapan taktikal yang sesuai untuk para pemain.
Dijemput kepada semua peminat-peminat bolasepak Perak untuk hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan tersebut.
(Tertakluk pada perubahan disaat akhir)… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2009 on November 28th, 2008 9 Comments »

Satu majlis menandatangani kontrak antara pemain Perak bersama Presiden PAFA, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di Bangunan SUK Perak, Ipoh bersama Ahli Majlis dan beberapa wartawan arus perdana telah berjalan dengan lancar semalam.
Selain dari senarai penuh 23 orang pemain Liga Super Perak musim 2009 tersebut, Presiden PAFA turut mengumumkan penolakan jawatan Pengurus Pasukan dari Y.B Jamaluddin Mohd. Radzi atas alasan untuk memberi tumpuan penuh pada kerjayanya.

Sehubungan dengan itu Presiden PAFA sedang meneliti beberapa calon lain yang sesuai sebagai pengganti dalam masa terdekat. Pada majlis itu juga Presiden PAFA telah berjanji untuk cuba melunaskan sekurang-kurangnya 2 bulan gaji tertunggak kepada para pemain yang beraksi pada musim yang lalu… Continue reading
Posted in TM Liga Super 2009 on November 27th, 2008 19 Comments »

Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan akan mengadakan satu majlis menandatangani kontrak antara pemain Liga Super bersama Presiden barunya Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di Bangunan SUK Perak, Ipoh pada pukul 3:00 petang ini.
Sejajar dengan itu pihak seladang.net amat berbesar hati untuk menyiarkan senarai penuh 23 orang pemain Liga Super Perak musim 2009 untuk siaran umum pada pagi ini setelah dipersetujui oleh Setiausaha Kehormat Perak FA, Encik Anuar Hashim.
Berikut adalah senarai penuh 23 orang pemain Perak:
PERAK 2009
GK - Megat Amir Faisal
GK - Abdul Rahman Ismail
GK - Kamarul Effandy
DF - Arif Fadzlie
DF - Chun Keng Hong
DF - S.Subramaniam (C)
DF - Syazwan Roslan
DF - Mohd Hafiz Rahman
DF - A.Varathan
DF - Benedict Martin
DF - K.Puvinderan
DF - Mohd Fauzi Ariffin
MF - Mohd Nazri… Continue reading