Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Perak Musim 2009

Lokasi: Stadium Perak, Ipoh
Tarikh: 9 hingga 11 Oktober 2008
Waktu: 8:30 pagi – 5:00 petang

Pihak seladang.net telah difahamkan dari sumber berkaitan tentang adanya sesi pemilihan pemain Perak bagi musim 2009. Pemain-pemain bolasepak yang berkelayakan dijemput untuk menghadiri sesi tersebut berdasarkan tarikh dan masa yang dinyatakan di atas.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan pada ruangan komentar di bawah.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Perak Musim 2009

  1. syidi_black

    Salam..

    Ini dianggap peluang untuk mana-mana pemain dalam negara untuk menyumbang jasa kepada pasukan Perak. Namun begitu, persoalan saya adalah tentang pernyataan admin tentang pemain yang berkelayakan. Mungkin ada mereka yang tidak tahu apakah kelayakan yang dimaksudkan.

    Adakah ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh bermain bola sepak tidak kira siapa? Atau hanya terbuka kepada pemain yang mempunyai 'lesen' profesional yang melayakkan mereka bermain dalam liga profasional di Malaysia?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. webmaster

      "Berkelayakan" bermaksud mereka yang pasti dan yakin bahawa mereka adalah calon yang sesuai untuk mewakili Perak pada musim 2009 nanti.

      Samada mereka adalah pemain profesional atau tidak bukanlah menjadi ukuran. Namun pemilihan ini bukanlah seperti yang pernah dilakukan seperti salah satu rancangan realtiti TV pada suatu masa dahulu.

      Pengalaman mewakili negara, negeri atau kelab adalah satu kelebihan namun bukan satu tanda aras untuk menjamin tempat dalam skuad bolasepak Perak musim 2009.

      Kepantasan dan kecergasan adalah antara faktor utama yang diberi perhatian pada pemilihan ini.

      Terima Kasih
      admin

      Likes(0)Dislikes(0)
    1. webmaster

      Soalan anda seharusnya ditanya terus pada akhbar-akhbar yang berkaitan kerana hebahan tentang perkara ini telah lama dimaklumkan kepada mereka.

      Terima Kasih
      admin

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. miez3

      Tambah satu lagi tuan admin...buat saudara matahari_terbit...tidakkah sebelum ini anda perasan bahawa kebanyakkan berita2 terkini tentang pasukan kesayangan kita ni terlebih dahulu dikeluarkan disini...sebabnya hanya yang sahih dan nyata sahaja yang dibicarakan di sini...no jokes...no fun....it's all reality...pihak akhbar kebanyakkannya pun sekadar menceduk berita dari sumber2 sebegini...
      Tepuk dada tanyalah selera...adios amigos...jumpa lagi...

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. jembrong

    ayuh..sape rasa boleh main ngan rentak M. Karathu,sila hadir..tunjukkan pada pasukan lain kite boleh..Perak boleh jadi Juara walaupun berbagai masalah.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.