Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Perak 2009 | Day 3

Lokasi: Stadium Perak, Ipoh
Tarikh: 11 Oktober 2008
Waktu: 8:30 pagi – 10:30 pagi

Seramai 12 orang lagi pemain menghadirkan diri pada hari terakhir pemilihan skuad Perak hari ini. Namun tiada seorang pun dari mereka yang berjaya menarik perhatian panel pemilihan pagi tadi.

Saringan semalam menyaksikan hanya 7 orang pelatih sahaja yang disenarai pendek namun mungkin hanya 2 atau 3 orang sahaja yang akan terpilih untuk mengikuti kem latihan pasukan Perak yang bakal bermula secara rasminya pada hari Isnin ini.

Antara pemain yang berada pada senarai terakhir panel pemilihan ialah penyerang dari Sarawak, Mohd Arsyah Mohd Ayob, G. Saravanakumar (Plus FC) dan pemain skuad Presiden musim lalu, Isma Alif Mohd Salim.

Tiada lagi sesi pemilihan pemain sebelah petang memandangkan beberapa pemain yang dijangka datang pada sebelah pagi tadi tidak dapat menghadirkan diri pada saat terakhir dengan pelbagai alasan.

Secara rasminya sesi pemilihan pemain bolasepak Perak musim 2009 telah menutup tirainya pagi tadi.

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Perak 2009 | Day 3

  1. Syidi

    Salam..

    Nampaknya kita sudah bertemu senjata baru yang akan diserap ke dalam Skuad Seladang. Peluang ini harus digunakan oleh mereka untuk menimba pengalaman dan ilmu baru di dalam Skuad yang ternama di tanahair ini.

    Ikhlaskan hati, dan bersedia harungi apa sahaja bersama kami penyokong setia Perak sampai mati. Perlu diingat anda diperhatikan dan perkembangan semua pemain Perak diikuti setiap masa.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matyeop

    salam..

    Teruskan perjuangan pskn yeop dimusim baru.....harap tenaga baru dapat memberi satu persembahan terbaik disamping jurulatih yang berpengalaman...

    Hidup yeop....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Syabas..kepada pemain2 yang telah terpilih untuk sessi latihan kelak diharap sedar akan tanggungjawab masing2...lupakan yang lalu...teman harap mike semua akan buka lembaran baru dan mencipta sejarah....kalau kome bersungguh rasanya boleh pegi jauh...pedulikan le kata orang...bile kome semua dah masuk padang time game besok buat je macam biasa...memang le mula2 kut2 nervous tu datang tapi takpe teman rasa time ni crowd pun dah sedar dan paham tentang pasukan baru ni tambah pulak kalau yang datang dari Seladang.Net ni...insyaALLAH kami akan bagi sokongan padu tak berbelah bagi....masa tu kome semua bukak le langkah Seladang tu..bagitau semua yang kome ni bukannya saje2 je dipilih tapi yang terpilih...beruntung le kome weh!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yatty_sg

    all the best Perak untuk musim 2009. siapa pon yg bakal mewakili Perak pada musim depan, saya doa'kan yg terbaik :) moga yang terbaik bersama Perak selalu.

    seladang is the best!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Syidi

      Untuk pengetahuan, Razali Umar tidak ke mana-mana dan telah pun mengesahkan diri menyarung jersi Perak musim depan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. YangIkhlas

    Tahniah kepada pemain yang telah terpilih untuk menyertai kem latihan pasukan Perak bagi musim 2009. Gunakan peluang ini untuk menjadi yang terbaik bukan hanya utk Perak tetapi untuk negara juga. Syabas dan tahniah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. yong85

    akhirnya kini pasti.....itu kata anita serawak

    tapi bagi yong keputusan siapa yg akan menyarung jersi keramat negeri perak pasti adalah yg terbaik di antara yg terpilih & sangat terbaik.....sah saje mereka menjadi warga pskn perak maka harus memberikan 100% komitmen pada pskn...yg lepas sememangnya ada nostalgia & sejarah sendiri maka skuad baru yg bernafas kembali edisi 2009 harus juga mencipta sejarah agar pasukan negeri perak akan terus di geruni....good luck buat yg terpilih...tak perlu risau akan ketiadaan "star" kerana yg ada kini juga akan menjadi bintang sekiranya ikhlas dlm berjuang...hidup sepak bola negeri perak...sepak yob jgn tak sepak.....>. .

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YangIkhlas

    Apa dah jadi dengan sesi pemilihan ini....dikatakan tidak mendapat restu Ahli Majlis PAFA dan tidak sah. Biar apa pun YangIkhlas harap semuanya akan selesai dengan aman. Tindakan proaktif M.Karathu wajar diberi pujian. Kepada Ahli Majlis tu pulak, cerminkanlah diri tu. Jangan jadi bodoh sombong pulak digelar oleh peminat bolasepak Perak nanti. Apa pulak komen admin dalam perkembangan terbaru ini?

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. amirfsl

    walau apa pun yang terjadi,teman tetap menyokong tindakan m karathu tersebut!tidak salah rasanya program pemilihan pemain ini dijalankan sebab mendapat sambutan daripada pemain-pemain dari luar..harap-harap tiada perkara yang keruh berlaku,,all the best for the brand new perak!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. anasyob

    it dont take the star player for for winning titles, it need heart to be the champion....heheheh...for m karathu, im sure all perak supporters are behind you...for the fans, we are the 12th player on the field...so, FOR PERAK FANS, keep supporting perak and have faith in them...

    PUTIH KUNING HITAM
    LAMBANG NEGERI
    SEMANGAT JUANG ADA PADA KAMI

    OLE OLE OLE PERAK SUDAH MARI!!!!

    p/s: eagerly waiting to see the perak youngsters to challenge the titles....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.