Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Perak 2009 | Day 2

Lokasi: Stadium Perak, Ipoh
Tarikh: 10 Oktober 2008
Waktu: 8:30 pagi – 10:30 pagi

Seramai 33 orang lagi pemain telah hadir pada hari kedua pemilihan skuad Perak untuk musim 2009 pagi tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemain adalah seramai 75 orang termasuk 42 orang yang dibawa dari pemilihan semalam.

Barisan panel pemilihan pagi tadi yang terdiri daripada enam orang individu, M. Karathu, Raja Azlan, Abu Bakar Fadzim, Johari Hamzah serta dua orang bekas pemain Perak Syamsul Saad dan Tay Sin Kiat telah membuat satu lagi tapisan pemain dengan hanya meninggalkan seramai 20 orang pemain sahaja untuk sesi sebelah petang nanti.

Pada sesi sebelah petang seramai 14 orang pemain telah hadir menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 34 orang. Dari jumlah itu satu lagi saringan telah dilakukan dengan hanya meninggalkan 7 orang pelatih sahaja sebelum berakhir sesi petang tersebut.

Ada 2 pemain yang mencuri tumpuan pada sesi pemilihan tersebut iaitu penyerang dari Sarawak, Mohd Arsyah Mohd Ayob dan penjaga gol yang berasal dari Ulu Kinta Perak, Abdul Rahman Ibrahim yang bermain untuk pasukan PDRM.

Esok adalah sesi terakhir pemilihan pemain untuk skuad Perak musim 2009. Diharapkan semoga barisan panel pemilih akan berjaya mencari setidak-tidaknya 2 atau 3 orang lagi pemain tambahan untuk memperkuatkan skuad seladang musim hadapan.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Perak 2009 | Day 2

  1. matahari_terbit

    kenapa pilih 20 pemain saja. takut takut ada diantara pemain yang dipanggil untuk bersama skuad malaysia, tak cukup pemain pula. tak serik ke macam musim lalu, sekurang kurangya 25 pemain

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Syidi

      Salam En.Matahari Terbit.

      Saya cuba menerangkan siapakah mereka yang 20 orang ini. 20 orang ini adalah pemain luar dari Perak FA 100% dan tidak campur dengan pemain Perak yang asal.

      Jadi, 20 pemain ini akan meneruskan sesi pemilihan disebelah petang. Jika esok ada lagi yang hadir untuk diuji, maka akan dicampurkan dengan kumpulan 20 orang ini.

      Bukanlah 20 pemain ini sah untuk mewakili perak musim depan, hanya beberapa orang sahaja akan dipilih. Harap En Matahari Terbit mengerti akan perkara yang sedang berlaku ini, sekian terima kasih.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. amirfsl

    terima kasih kepada admin kerana memberi liputan mengenai perkembangan pasukan perak seperti ini,,adalah amat-amat diharapkan agar pemain-pemain yang dipilih nanti adalah lebih baik berbanding pemain-pemain yang digugurkan dan yang paling penting sekali,memberi komitmen 120% kepade pasukan yop,di dalam mahu pun di luar padang..good luck juga kepada skuad pengurusan baru dalam memartabatkan kembali mutu bola sepak pasukan perak yang terkulai layu pada musim lalu dek masalah dalaman yang amat memalukan..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.