Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Perak 2009 | Day 1

Lokasi: Stadium Perak, Ipoh
Tarikh: 9 Oktober 2008
Waktu: 8:30 pagi – 10:30 pagi

Seramai 76 orang pemain telah hadir pada sesi pertama pemilihan pemain skuad Perak untuk musim 2009 pada sebelah pagi tadi. Kebanyakan pemain datang dari sekitar daerah di negeri Perak termasuk beberapa pemain dari negeri-negeri lain.

Barisan panel pemilihan pagi tadi terdiri daripada enam orang individu iaitu empat orang jurulatih, M. Karathu, Raja Azlan, Abu Bakar Fadzim dan Johari Hamzah serta dua orang bekas pemain Perak, Syamsul Saad dan Tay Sin Kiat.

Pada sesi tersebut panel pemilihan telah memilih seramai 30 orang pemain yang disenarai pendek untuk pusingan seterusnya. Sesi pemilihan turut dijalankan pada sebelah petang iaitu mulai pukul 4:30 petang hingga 7:00 petang.

Pemilihan ini dijalankan bagi memilih beberapa pemain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh beberapa pemain yang digugurkan termasuk segelintir pemain-pemain yang dikekalkan tetapi mahu berhijrah ke pasukan lain.

Pada sesi sebelah petang seramai 12 orang lagi pemain menyertai pemilihan hari ini. Kesemua mereka telah dicampurkan dengan 30 pemain yang telah terpilih pada sebelah pagi tadi untuk mejalani latihan secara bersama.

Kesemua 42 orang pemain ini akan disambung semula latihan mereka pada hari esok sementara menunggu kedatangan pemain-pemain baru yang ingin mencuba nasib. Bakal pengurus pasukan Perak yang baru, YB Jamaluddin Mohd. Radzi turut meluangkan masa menjenguk sesi pemilihan pemain petang tadi.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Sesi Pemilihan Pemain Bolasepak Perak 2009 | Day 1

  1. miez3

    Segelintir pemain yg dikekalkan dan mahu berhijrah ke negeri lain....sape plak tu?Anyway congratulations pd Sin Kiat & Syamsol sebab buat comeback......semoga team Perak kali ni lebih ummphhh

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. penangMai

    Moga skuad seladang kali ini memiliki semangat juang yang tinggi. Adalah menjadi harapan masalah kewangan tidak menjadi isu yang membantutkan persembahan Pasukan Perak untuk musim 2009. Apa pun diharapkan pemain yang terpilih akan dapat memberi 100% komitmen demi untuk kejayaan Skuad Seladang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Transaevo...

    Jujurnya Trans agak ragu-ragu dengan kemampuan Perak musim 2009 memandangkan langkah perak mengadakan open selection macam ni utk mengisi tempat dalam pasukan perak..Pasukan yang bakal dibentuk ibarat "pasukan instant" atau "pasukan segera"..Trans percaya perak bakal mendapat beberapa orang pemain yang baik dari sesi pemilihan ini namun setakat kekuatan teknikal individu tak menjamin apa-apa...taktikal tu yang lebih penting & perak bakal menghadapi masalah menerapkan taktikal jika terlalu banyak muka baru dalam pasukan...permainan akan agak berterabur...pola pergerakan dan formasi atas padang bak dalam permainan piala presiden tapi perak dalam senarai liga super..!!

    Walaubagaimanapun Trans memuji sikap Perak yang cuba mencari penyelesaian dengan cara lain selain dari sibuk memancing player...kalau semua pun asyik sibuk nak beli player dengan duit, susah la nak selesai masalah...biarlah suffer sikit di permulaan...mungkin akan datang ianya berbaloi...

    Percaya atau tak pasukan lain juga sedikit sebanyak melalui masalah yang sama..sedikit advantage untuk pasukan yang masih berjaya mengekalkan pemain..apa yang merisaukan semua peminat bolasepak tanah air semakin menghampir..Liga Malaysia musim baru yang sedikit hambar...suka Trans ingatkan disini agar kita semua tak menyalahkan mana-mana pihak...all these things are normal at the early stage of a shift..!!our support is much much more needed right now...kalau nakkan sesuatu kene sedia berkorban...Suka, duka, susah & senang diharungi bersama...Fuh, patriotik betul..!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    harap harap perak untuk musim depan lebih bagus dari musim sebelumnya. harap harap hardi jaafar dan shahrulnizam dapat menjadi pemain contoh diatas padang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. seraimerah

    dengan apa yang berlaku pada Perak recently.. teman tak der nak taruh keyakinan tinggi.. Perak pun pernah mengalami zaman macam ni masa isu rasuah dulu dan hasilnya telah lahir ahmad shahrul azhar, Raja Azlan, Idris Ahmad, sampai la zaman khalid jamlus, Saravanan, Liew kit kong.

    Dan tahun ni sekali lagi Perak dirundung perkara yang sama dan sebagai penyokong kita harus senantiasa yakin dengan apa yang berlaku ader hikmahnya.

    Awak berharap dengan senario sekarang akan muncul semula Pemain kelahiran Perak yang mantap lagipun yang ada kat Perak sebelum ni semua dah dihujung hari je.. takkan nak harap lagi.

    Bola sepak modem taknak pemain yang lembab tapi memerlukan seseorang pemain yang mampu membawa tempo pantas sepanjang 120 minit di atas padang.

    last sekali.. jalan pandang ke hadapan.. jangan berundur

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Transaevo...

      Inilah natijahnya terlalu menggunakan khidmat jurulatih import..Fakta yang perlu kita tahu; jurulatih macam ni biasanya tak suka fikir untuk jangka panjang..yang penting pencapaian peribadi semasa menjadi jurulatih..kenapa..??sebab nak maklumat dalam resume die nampak cantik..baru senang nak lompat masuk jadi jurulatih kat tempat lain..

      bagi melengkapkan team untuk tempoh panjang perlu ada sedikit pengorbanan dibuat waktu semasa & pengorbanan ni yang cuba dielak jurulatih macam ni sebab ada risiko memburukkan pencapaian semasa & juga resume die pun jadila tak berapa cantik...

      yang betul-betul kesian sekarang ni ialah kat coach baru..dah lah die pun baru..dapat team pun semua org baru yang tak mendapat pendedahan sepatutnya..nak bawak pulak nama besar cam Perak ni..Perak yob..bukan calang-calang pasukan..!!Pada Trans, ini cabaran besar buat coach baru perak...

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. irKupa

    salam~

    insyaAllah, dgn kembalinya very experienced coach like M Karathu, assisted by Raja Azlan and co, Perak will be back on winning track after this...so MOH KITE YOB & YONG support our beloved team....semoga berjaye negeriku~

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.