Salam Aidilfitri 1429 Hijrah | 1 Oktober 2008

Selamat Menyambut Aidilfitri dari pihak pengurusan dan warga kerja seladang.net kepada semua pengunjung yang terus memberikan sokongan kepada laman web ini.

Pada kesempatan ini juga pihak kami ingin memohon maaf kepada semua pengunjung jika ada antara artikel kami yang menyinggung sesetengah pihak disini samada secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Semoga kita semua mampu menjadi suatu komuniti yang terbaik untuk memajukan lagi sukan bolasepak Perak khususnya dan Malaysia amnya.

Salam Aidilfitri
admin

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Salam Aidilfitri 1429 Hijrah | 1 Oktober 2008

  1. amirfsl

    kembalinya Ramadhan tanpa diduga,
    Syawal menjelma syukur pada-Nya,
    salam dihulur kemaafan dipinta,
    salah silap pohon diterima..

    salam aidilfiri,maaf zahir dan batin kepada semua!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi_black

    Salam Aidilfitri buat semua warga negeri Perak dan seluruh pelusuk dunia amnya. Dikesempatan ini saya dan keluarga ingin memohon jutaan kemaafan jika ada tersalah komen atau menyakitkan hati mana-mana pihak.

    Tidak ada tujuan lain selain untuk kepentingan kemajuan bola sepak di negara kita yang tercinta. Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran dan gunakan kesempatan setahun sekali ini sebaiknya.

    Selamat Hari Raya Aidil fitri Maaf Zahir dan Batin.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yong85

      mungkin yong belum berkesempatan bersua dgn syidi mahupun yg lain..maaf jua yong hulur andai selama di sini ada yong tersilap kata ye...selamat hari raya jua buat syidi & keluarga.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. matahari_terbit

      matahari - terbit nak mohon keampunan daripada syidi - black seandainya teman ada buat kesalahan dan terkasar bahasa.

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. miez3

      Salam Aidilfitri buat Syidi & keluarga...

      Maaf le tak dtg beraya ke rumah mike di kg nun...mungkin kalau buat open house di area KL ni boleh kut teman pegi...

      Sekali lagi disini teman ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan terlebih perbuatan yg menyakitkan hati...kira 0-0 le yek...

      Jumpa lagi lepas ni...moga musim depan ada lagi le muka2 kita di stadium hehehe...

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    salam..

    Jika HARTA adalah RACUN maka ZAKAT penawarnya.
    Jika UMUR adalah DOSA maka TAUBAT ubatnya.
    Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN pemutihnya.
    Jika KEMENANGAN tiba maka SYAWAL dirai bersama.

    Lisan kadang tak terjaga,
    Janji kadang tak tertunai,
    Hati kadang berprasangka,
    Sikap kadang menyakitkan,
    Hidup ini menjadi indah jika masih ada
    maaf & pengorbanan di antara kita....

    Salam Aidilfitri dari yong85 pada seluruh keluarga
    Seladang.net

    Maaf Zahir & Batin

    "Tulus dari tangan ke hati"

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat islam didunia amnya khas buat peminat peinat seladang.net dan penyokong setia skuad bola sepak perak. diharapkan dibulan yang mulia ini kita semua dapat meneruskan amal ibadah dan kebajikan kepada yang memerlukan

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Salam Aidilfitri....buat semua warga Seladang.Net...dari Miez3 & keluarga...Salam Kemaafan juga buat sahabat2 semua especially admin Seladang.Net dimana sejak akhir2 ni teman agak sibuk dan kurang memberi sumbangan serta komitmen ketika waktu memerlukan...insyaALLAH kalau tiada aral melintang teman akan jemput semua warga Seladang.Net yg berada di sekitar Lembah Kelang utk bersama2 hadir ke "open house" di rumah teman....masa dan tarikh akan diberitahu kemudian....

    Harapan teman juga moga suatu perubahan drastik akan berlaku bagi keseluruhan pengurusan PAFA selepas Aidilfitri ini dan membawa pasukan Perak ke arah pasukan yg konsisten serta cemerlang...

    Buat Khalid Jamlus dan Azlan Zainal...semoga berbahagia bersama pasukan Kelantan....mungkin pilihan anda lebih baik...terima kasih juga kerana banyak menabur bakti di Perak...

    Itu saja dari saya...coretan serba ringkas di Aidilfitri..

    Wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.