Perjumpaan Penyokong Bolasepak Perak | Bernama TV

Satu perjumpaan telah diatur antara seluruh penyokong bolasepak negeri Perak yang berpengkalan di Lembah Klang dengan wakil media dari Bernama TV akan diadakan berdasarkan tarikh dan masa dibawah:

Media: Bernama TV – ASTRO’s Channel 502, mobile 3G (Celcom) and web-TV
Masa: 11:00 pagi
Tarikh: Ahad, 2 November 2008
Lokasi: Stadium MBPJ, Kelana Jaya (Pintu Grandstand)

(Tarikh, masa dan lokasi tertakluk kepada perubahan di saat akhir)

Motif perjumpaan ini adalah untuk seluruh penyokong bolasepak Perak meluahkan pendapat dan membentangkan isu-isu hangat berkenaan kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Perak yang tiada penghujungnya kini.

Anda sebagai penyokong digalakkan untuk membawa sepanduk, bendera atau apa-apa sahaja yang bersesuaian untuk sesi penggambaran tersebut. Pen marker akan disediakan bagi penyokong yang membawa kad manila kosong pada hari tersebut.

Seluruh penyokong yang hadir adalah atas kapasiti mereka sendiri sebagai peminat bolasepak Perak yang mahukan perubahan tanpa mewakili secara langsung atau tidak langsung mana-mana persatuan, kelab peminat atau laman web.

Artikel ini adalah untuk sebaran UMUM dan anda digalakkan untuk mewartakan perkara ini kepada semua kenalan, sahabat handai dan mana-mana individu yang menyokong perubahan kearah kebaikan untuk Persatuan Bolasepak Perak.

Bernama TV mengharapkan sambutan hangat diberikan oleh seluruh peminat bolasepak Perak terhadap perjumpaan ini. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan pada ruangan komentar dibawah.

Nota:

  1. Beberapa pemain bolasepak Perak akan dijemput untuk menghadiri perjumpaan ini.
  2. Anda digalakkan membawa keluarga masing-masing.
  3. Air minuman akan cuba disediakan.


View Larger Map

Likes(0)Dislikes(0)

25 thoughts on “Perjumpaan Penyokong Bolasepak Perak | Bernama TV

  1. matahari_terbit

    tahniah kerana berjaya menemukan peminat dengan bernama tv untuk luahan hati yang terpendam demi pasukan kesayangan

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Syidi

    Satu perkara yang baik untuk semua penyokong bolasepak Perak tidak kira 'mazhab' mana kita ikut. Inilah masanya untuk kita berkumpul di bawah satu nama iaitu, PENYOKONG SETIA PERAK.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. razlan

    salam,

    terima kasih kepada yg masih sayangkan pasukan perak.

    nak tanya skit, reporter bernama tv yg datang awek ke laki ker?

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. juan

    teman cadangkan semua tulis hambat dato kuar dari Pafa..teman pelik nape dia ada dalam pafa lagi.dato ada kes pasal penaja dgn kesatuan rugbi malaysia..skrg udah team perak pun kena.teman rasa mcm apa je dato 2.teman malas nak sebut nama penuh dia sebab teman tak suka dia.teman sayangkan perak.lagi sedih bila teman tgk player kuar tgglkan perak..luahan ikhlas dari teman yob shah alam

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Teman pun harap sangat mike dapat datang yob, support perjumpaan nih, jangan lupa beli manila kad sekeping, baru 6 kupang je sehelai, marker teman kasi nanti, kome balun ler tulis apa pun nanti. okay yob?

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. Syidi

      Yob juan...

      Pastikan yob turun Ahad ni..Bawa lagi kengkawan yang lain kita meriahkan lagi acara Ahad ni. Buktikan Sokongan Yob Kepada Pasukan Seladang. Hidup Seladang!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. meor19

      salam... jemput la dato' tu datang sekali majlis hari tu nanti... boleh kita pakat hambat dia ramai-ramai... dia pun kena gentleman la... " win like a man... loose like a man "....

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. m_anip2

    sedih sgt dgn apa yang sudah berlaku skrg ni...entah apa2 jadinya...semoga perjumpaan yang nak dilaksanakan nanti berlangsung dgn jayanya.....demi perak...demi negeriku...:-)

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. aidilangelo

    Ade ape2 cadangan untuk teks poster? Pafa Lame Kodi ke, takkan pafa lembap mcm F*M ke..

    Reformasi tetap reformasi. tak sanggup tengok Perak musim depan jadi mangsa buli!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. pachenko

    Aku rasa dah sampai masa nya MB kita pegang Persatuan Bola Sepak Perak nie, jgn disebabkan hal politik bola sepak Perak jadi mangsa. Yg dah tak mampu nak uruskan tolong la letak jawatan. Dulu dana kewangan kita banyak sampaitak ada masalah tentang gaji, tapi selepas election hari tue kemana peginya dana kewangan persatuan bola sepak Perak??

    Tentang player2 kita yg dah banyak keluar tu kita biarkan mereka tentukan masa depan mereka. Thank diatas sumbangan korang yang tak seberapa sangat tu. Kepada player2 yg masih lagi sayangkan team Perak aku nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab korang telah naikkan lagi semangat Fan Perak utk terus beri sokongan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. YangIkhlas

    Tahniah kepada penganjur atas usaha dan semangat untuk menyaksikan pasukan Perak akan kembali menjadi pasukan elit bolasepak negara. Sedih rasanya melihat pemain Perak samada sediaada atau bekas pemain berhijrah ke pasukan lain. Tetapi bagi pengurusan sekarang ini seperti buat tak tau aje. Kalau dah tak minat atau tak berkeupayaan lepas aje jawatan itu. Biar yang berminat dan berkeupayaan yang menguruskannya pula. Semoga para peminat dan penyokong setia Perak akan dapat berkumpul beramai-ramai sebagai tanda prihatin kita atas nasib pasukan bolasepak Perak yang kita cintai ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Syidi

      Kepada YgIkhlas.

      Bukan saja-saja kita diberi Anugerah Penyokong Terbaik yob. Jadi inilah masanya untuk kita buktikan kesetiaan kita kepada pasukan kesayangan kita. Sememangnya pasukan kita memang ramai penyokong dan medan ini akan dijadikan laman untuk kita bersatu di bawah satu lembayung iaitu Fans Of Perak. Moh kita beramai-ramai ke sana.

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. kotoploks

    assalamualaikum...reformist2 perak f.a dan selamat hari raya...pekabo yob & yong semua....temuan semue di ipoh akan cube buat camne orang perak di "keyell" buat..untuk kebaikan dan keharmonian hati crazy mad football lovers of PERAK...skang ni kalo nak mengharap jamil @#$#$%^& presiden (konon) KELAP peminat bolasepak perak..ape pun tak jadi...semua ni kalau boleh nak mengagalkan semua usaha yang dilakukan untuk kegemilangan bolasepak perak...Jamil dan ajk2 nya patut undur dan TUTUP terus kelap mereka yang tak relevan ni....nyakit hati jerr..kalo nak masuk bakul angkat sendiri..(perangai orang kelap peminat)....Teman dan rakan2 akan mengadakan sidang bersama bernama tv ...kalau dapat bantuan untuk contact org bernama ni drpd sdra YB...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. nemophat86

    salam semua,

    saya begitu teruja dengan semangat yang ditunjuk oleh fan yang saya kasihi ini.Saya terbaca kosmo 30/10/2008 yang mengatakan pihak pengurusan PAFA tak terima ujibakat player perak musim depan yang dilakukan oleh m.karathu & raja azlan.apa cerita semua ni..Politikkan Pafa untuk keuntungan peribadi.saya cukup geram dan saya akan join program nanti.Hope pihak admin bagi peta pegi stadium mbpj kerana teman tak tahu ke sana.Hope sangat2 yer admin.

    Penyokong perak memang boleh!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. Transaevo

    1) Trans mintak maaf sebab tak datang untuk event ni..

    2) Trans mintak maaf kalau semua tak setuju bila Trans cakap perhimpunan macam ni bukan pendekatan terbaik buat masa ni utk menyelesaikan kemelut persatuan bolasepak Perak..

    semua tentu tahu perang dingin yang sedang berlangsung..keadaan memang dah tegang..perhimpunan macam ni sekadar menambah ketegangan..dengan terang kumpulan perhimpunan telah menyatakan memilih satu pihak..jangan bertindak emosi,fikir rasional..jangan-jangan ade pihak dengan personal interest yang sengaja mencetuskan api disebalik semua ni..!!tepuk dada tanya diri sendiri...

    lagipun betulkah dengan perhimpunan ni kemelut akan berakhir atau beranjak ke level yang lebih baik..?atau mungkin menambah keparahan..?dari sudut perkembangan bolasepak negara keseluruhannya, perhimpunan ni bakal melibatkan FAM sebagai badan induk..FAM pun sedang berusaha menangani banyak krisis kebelakangan ni..jangan ditambah beban deorang demi mengelak FAM dari membuat langkah atau keputusan yang terdesak..tekanan macam ni akan membantutkan perkembangan bolasepak tanah air..

    Trans faham ape kehendak fans semua tapi bagi Trans kita sepatutnya berfikir dengan lebih menyeluruh & ambil kira faktor-faktor lain yang terlibat secara langsung atau tidak..mungkin juga perhimpunan ni bakal mengundang keputusan pafa council yang lebih menyakitkan hati kita semua..kalau berniat positif ke arah kemajuan bolasepak perak,cuba gunakan saluran atau pendekatan yang lebih diplomatik...kita semua mahukan yang terbaik untuk pasukan perak..kita semua mahukan perak sentiasa dalam senarai liga bolasepak Malaysia...

    -Transaevo-

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Terima kasih untuk pendapat saudara itu namun dapat pihak kami simpulkan disini yang kenyataan anda juga bersifat MEMILIH SATU PIHAK LAIN.

      Fahami klaus artikel diatas yang berbunyi "Seluruh penyokong yang hadir adalah atas kapasiti mereka sendiri sebagai peminat bolasepak Perak yang mahukan perubahan tanpa mewakili secara langsung atau tidak langsung mana-mana persatuan, kelab peminat atau laman web."

      Saudara nampaknya tidak memahami tujuan asal perjumpaan ini diadakan. Tidak timbul masalah berkaitan FAM dengan perjumpaan ini kerana kami bukan mahu mempertikaikan urus perjalanan FAM.

      Sebenarnya pendekatan secara diplomatik telah lama diusahakan sejak bulan JUN 2008 namun pihak yang saudara SEBELAHI itu sebenarnya sengaja melambat-lambatkan proses ini semua.

      Adakah saudara Trans juga salah seorang dari mereka yang berada di dalam kelompok pengurusan PAFA lama yang gemar memberi alasan dan berdolak-dalik itu?.

      Tepuk dada, dada yang sakit!.

      Likes(0)Dislikes(0)
  12. slash

    salam semua

    saya masih pelik apa yang berlaku pada pasukan perak ini. sampai bila pasukan kita ini perlu jadi begini? ada yang mempertahankan pihak persatuan dan FAM malah ada juga yang menghentam presiden kelab penyokong dan sebagainya.

    saya tidak nampak kenapa perhimpunan ini perlu membabitkan FAM. saya tidak pernah yakin dengan apa-apa perancangan FAM selama ini.

    'tekanan macam ini akan membantukan perkembangan bola sepak tanah air' seperti kata seorang responden. saya fikir lebih lambat kita bertindak lebih teruk jadinya. biarlah 'tekanan' ini dapat membangunkan kembali bola sepak khususnya pasukan perak.

    'rapat umum' yang dianjurkan bukanlah untuk memberi amaran kepada pihak tertentu sepertimana pihak tertentu tersebut memberi amaran kepada pihak yang cuba menyelamatkan pasukan!

    kita sebagai penyokong hanya mahukan kepastian dan keyakinan mengenai status pasukan perak yang akan beraksi pada musim akan datang. saya tidak pernah gusar dengan pemain yang tinggal kerana pemain di malaysia rata-ratanya sama sahaja standardnya.

    kami sebagai penyokong hanya mahukan bola sepak yang bebas daripada segala kemelut. ternyata bola sepak kita masih belum berada dalam kelompok 'professional'.

    saya harapkan 'rapat umum' ini akan mendapat sambutan yang hangat.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Syidi

      Terima Kasih Saudara Slash atas komen bernas anda. Sememangnya itulah semangat sepatutnya ada pada golongan yang mengatakan mereka Penyokong Setia Bolasepak Perak.

      Langkah mengadakan 'rapat umum' ini bukanlah untuk kepentingan sesiapa pun. Mungkin selama ini ada dikalangan kita tidak menyedari perkara 'sumbang' yang berlaku 'di belakang tabir'. Selama ini, pihak yang tahu hal sebenar hanya bersabar dan berharap ianya akan berakhir. Namun begitu sejak kebelakangan ini ianya menjadi bertambah parah, dan mungkin sesetengah golongan berasa ianya bakal berakhir tidak lama lagi setelah Pemangku Presiden PAFA mengeluarkan kenyataannya dalam akhbar hari ini.

      Pun begitu, tugas kita perlu dilaksanakan. Kerjasama semua penyokong bakal menguatkan lagi asas untuk mereka-mereka yang telah lama menghuni kerusi empuk di atas untuk turun memberi laluan kepada penghuni baru.

      Likes(0)Dislikes(0)
  13. nemophat86

    salam..
    admin teman nak ajak member teman dari suara keadilan untuk buat liputan boleh?kita semua mahukan keadilan untuk melihat pasukan negeri yang kita sayang ini mendapat mandat baru untuk terus berjuang.admin sapa pemain yang masih tinggal?Rata2 pemain semua dah berhijrah.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. webmaster Post author

      Terima kasih atas cadangan saudara namun perjumpaan bersama Bernama TV ini adalah khas untuk peminat bolasepak Perak sahaja tanpa melibatkan rangkaian media-media yang lain.

      Itu adalah antara syarat awal yang telah ditetapkan oleh pihak Bernama kepada pihak penaja perjumpaan ini sewaktu perkara ini dibincangkan pada awalnya.

      Senarai pemain yang bakal beraksi hanya akan dikeluarkan sejurus selepas peralihan kuasa berlaku antara pengurusan PAFA lama kepada Menteri Besar Perak.

      Terima Kasih

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.