feed rss2

Archive for October, 2008

Jumaat 17 Oktober 2008
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45 malam

Malaysia 4 - 0 Sierra Leone

Pasukan Malaysia mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir dalam kempen Pestabola Merdeka Edisi Ke-40 malam tadi apabila mencatatkan kemenangan bergaya ke atas pasukan Sierra Leone pada pertemuan kedua kumpulan A malam tadi.

Pada separuh masa pertama pasukan Malaysia buntu untuk mencari jaringan apabila penjaga gol Sierra Leone, Lansana Jalloh cukup cemerlang untuk menafikan beberapa siri percubaan dari barisan serangan yang diketuai oleh Safee Sali.

Segalanya berubah pada separuh masa kedua apabila Lansana Jalloh mengalami kecederaan setelah rembatan kencang Safee Sali terkena kepalanya lalu beliau digantikan oleh penjaga gol kedua mereka, Mohamed Kanu.

Indra Putra Mahayuddin menceriakan kira-kira hampir 3000 orang penyokong Malaysia apabila berjaya meloloskan diri dari sebelah kiri pertahanan lawan apabila bijak menguis bola masuk melepasi Mohamed Kanu hasil hantaran… Continue reading

Rabu 15 Oktober 2008
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45 malam

Malaysia 4 - 0 Nepal

Keadaan padang yang becak serta hujan yang turun sebelah petang tidak menghalang pasukan kebangsaan dari mencatatkan kemenangan ke atas pasukan Nepal pada pertemuan pertama kumpulan A dalam kempen Pestabola Merdeka Edisi Ke-40 malam tadi.

Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Indra Putra Mahyuddin pada minit ke 20 hasil sepakan kencang yang menewaskan penjaga gol Nepal, Ritesh Thapa bermula dari umpanan pemain sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal.

5 minit kemudian, Safee Sali menambah gol kedua Malaysia melalui satu jaringan “bicycle kick” yang memperdayakan penjaga gol lawan hasil hantaran Mohd Shukor Adan untuk Malaysia mendahului Nepal 2 - 0 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Safee Sali sekali lagi menceriakan penyokong Malaysia apabila berjaya menyempurnakan satu tandukan yang mudah hasil gerakan Indra Putra untuk… Continue reading

Lokasi: Stadium Perak, Ipoh
Tarikh: 11 Oktober 2008
Waktu: 8:30 pagi - 10:30 pagi

Seramai 12 orang lagi pemain menghadirkan diri pada hari terakhir pemilihan skuad Perak hari ini. Namun tiada seorang pun dari mereka yang berjaya menarik perhatian panel pemilihan pagi tadi.

Saringan semalam menyaksikan hanya 7 orang pelatih sahaja yang disenarai pendek namun mungkin hanya 2 atau 3 orang sahaja yang akan terpilih untuk mengikuti kem latihan pasukan Perak yang bakal bermula secara rasminya pada hari Isnin ini.

Antara pemain yang berada pada senarai terakhir panel pemilihan ialah penyerang dari Sarawak, Mohd Arsyah Mohd Ayob, G. Saravanakumar (Plus FC) dan pemain skuad Presiden musim lalu, Isma Alif Mohd Salim.

Tiada lagi sesi pemilihan pemain sebelah petang memandangkan beberapa pemain yang dijangka datang pada sebelah pagi tadi tidak dapat menghadirkan diri pada saat terakhir dengan… Continue reading

Malaysia Vs Pakistan
Jumaat 10 Oktober 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
6:30 petang

Malaysia 4 - 1 Pakistan

Skuad kebangsaan Malaysia berjaya menewaskan pasukan Pakistan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jaringan besar sempena perlawanan pemanas badan sebelum menyertai kejohanan Pestabola Merdeka edisi ke-40 yang dijadualkan pada 15 hingga 25 Oktober ini.

Pasukan Malaysia bermula agak perlahan dan bermain seperti sambil lewa apabila jarang membuat serangan ke arah pintu gol lawan. Hanya pada minit ke 38, Mohd. Safee Sali berjaya memecahkan kebuntuan apabila meledakkan jaringan pertama untuk pasukan negara mendahului Pakistan 1 gol tanpa balas sebelum rehat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan pasukan Malaysia bermain dengan lebih baik apabila Zaquan Adha Abdul Radzak menjaringkan gol kedua pada minit ke 55. Gol ketiga hadir 12 minit kemudian melalui Hairuddin Omar sebelum penyerang Kedah, Khyril Muhymeen… Continue reading

« Prev - Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]