Malaysia vs Vietnam | Pestabola Merdeka Ke-40 | Final (result)

Sabtu 25 Oktober 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam

Malaysia (5) 0 – 0 (6) Vietnam

Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan dalam kempen Pestabola Merdeka Edisi Ke-40 apabila tewas kepada Vietnam 6 – 5 menerusi tendangan penalti setelah terikat tanpa jaringan dalam masa sebenar permainan dan juga masa tambahan.

Pasukan negara yang membuat sepak mula permainan terus menekan pasukan pelawat sejak dari awal wisel ditiupkan namun gagal mencari jaringan. Tambah menyedihkan apabila jaringan Indra Putra dibatalkan pada minit ke 8 kerana telah pun offside.

Vietnam yang menggunakan pendekatan bertahan sambil menyerang balas seringkali dilihat cuba memperlahankan tempo permainan sambil mencari ruang untuk membuang masa dengan pelbagai cara yang tidak bersemangat kesukanan.

Pasukan pelawat juga dilihat seperti tidak mahu membuat serangan kearah kubu Malaysia apabila hanya meletakkan seorang atau dua pemain untuk membuat gerakan kearah kubu pasukan negara dan selebihnya mereka lebih gemar bertahan sepanjang masa.

Nyata taktik “kotor” mereka ini membuahkan hasil apabila Norhafiz Zamani Misbah gagal dalam menyempurnakan tendangan penalti yang keenam untuk Malaysia dan seterusnya merealisasikan hasrat mereka untuk menjulang kejuaraan Pestabola Merdeka Edisi ke 40 ini.

Pada masa yang sama percaturan B. Sathianathan amat mengecewakan apabila barisan tengah negara gagal berfungsi dengan baik setelah beliau membuat pertukaran dengan mengeluarkan Hardi Jaafar untuk digantikan dengan Ashaari Samsuddin.

B. Sathianathan juga sewajarnya menambahkan kekuatan pada barisan serangan dengan menukar formasi 4-5-1 kepada 3-5-2 atau 3-4-3 dan mengeluarkan seorang pemain pertahanan memandangkan Vietnam tidak berminat untuk melancarkan serangan.

Tiada gunanya bertahan dengan 4 orang pemain jika pasukan lawan tidak bernafsu untuk menyerang. B. Sathianathan seharusnya berfikir dengan lebih proaktif dalam merencanakan strategi yang berkesan pada masa yang mendatang.

Walaupun tewas, pasukan negara wajar diberikan pujian kerana telah berusaha sebaik mungkin serta bermain dalam semangat kesukanan yang tinggi. Biarlah pasukan lain dengan taktikal mereka yang “tersendiri” dan Malaysia dengan slogan “Stand Up And Fight Like A Man” seperti mana yang pernah dilakukan sewaktu menentang pasukan Chelsea tempohari.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Malaysia vs Vietnam | Pestabola Merdeka Ke-40 | Final (result)

  1. Syidi

    Saya bersetuju dengan ulasan penulis di atas. Vietnam dilihat tidak profesional. Mereka menggunakan taktik 'kebudak-budakan' yang menekan mental pemain dengan tujuan untuk menang.

    Vietnam sememangnya akur dengan kekuatan Malaysia dalam mencari gol dan oleh kerana itu mereka mencari ramuan yang berkesan untuk mematahkan taktik Malaysia. Ternyata taktik mereka berhasil dan pada saya ianya adalah 'unacceptable Win'.

    Ternyata barisan kejurulatihan kita perlu membuat kajian semula ke atas setiap taktik yang dipraktikkan dan bersedia menghadapi segala taktik yang digunakan oleh pasukan lawan. Jika selepas ini ada lagi pasukan menggunakan taktik kotor seperti Vietnam, kita tidak perlu risau kerana kita sudah ada strategi untuk mematahkan taktik mereka.

    Walau apa pun, kita perlu ingat bahawa Pestbola Merdeka ini sekadar pemanas badan untuk mengesan pemain yang layak untuk ke Piala Suzuki AFF disamping memupuk kerjasama dan keserasian dikalangan pemain. Misi utama kita sekarang adalah Piala Suzuki yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sesungguhnya itulah medan pertempuran sebenar untuk membuktikan siapa lebih hebat dikalangan yang terhebat.

    Warga Malaysia, teruskan menyokong pasukan kita. Jauh lagi perjalanan kita. Ada baiknya kita tewas dalam perlawanan ini kerana ianya akan membuatkan kita lebih kuat untuk mengharungi ujian seterusnya. 'Learn From Mistake'. Dalam erti kata lain, Vietnam telah mengajar kita sesuatu yang 'baru' yang akan membuatkan kita lebih berwaspada di masa hadapan.

    MALAYSIA BOLEH!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    hakikat yg harus diterima malaysia tewas ditgn vietnam.dlm keadaan penalti semua benda boleh berlaku.pada game ini yong juga berkesempatan pergi menonton bersama teman yong.ape yg pasti memang ada perubahan dlm pasukan yg mana pskn malaysia semakin matang.seronok juga tgk game mlm tu cuma sampai bila kita sebagai penyokong harus menerima alasan yg same setiap kali pskn tewas.alasan yg biasa kita terima "coach tak adil" kalau tidak pun "pemain lwn buang masa" & yg biasa kita dengar lagi "luck tiada buat pskn mlm ni"...sampai bila.....bagi yong seharusnya sebagai pemain yg berpengalaman mereka sewajarnya tahu bagaimana menyerap tekanan .bukan sebarangan pemain yg dipilih...sebahagian dari mereka merupakan senior player & ada di antara mereka tidak pernah tercicir setiap kali ada panggilan kebangsaan jadi sepatutnya mereka sudah biasa akan situasi itu...jika sering mengharapkan tuah sampai bila jika diri tidak berubah...pskn vietnam yg diturunkan adalah pemain muda jadi fikirkanlah...tak dinafikan pskn lawan memang menghabiskan masa dgn cedera kononnya tapi pemain malaysia harus bijak....utk suzuki cup nanti yong harap malaysia mampu beri sesuatu iaitu kejayaan bukan lagi alasan yg sama.buat norhafiz zamani misbah jgn salahkan diri,bukan salah anda.penalti byk kemungkinan ....penyudah perlu lebih agresif.apepun malaysia tetap hebat tanpa bolos.& permainan mlm tu juga cukup cantik.dlm apa jua keadaan yong sbg penyokong akan sentiasa berada di belakang dlm apa jua situasi.sekali lagi tahniah buat malaysia..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    apa pun teman bangga kerana pasukan negara mampu menyajikan persembahan yang menarik membuatkan kami di stadium terasa keseronokan menonton. tapi sayang dibahagian serangan agak kelam kabut,tidak punyai idea untuk menjaringkan gol. terutama sekali di babak ke dua hairudin omar dimasukkan sebagai pemain gantian terus menjadi goyah dibahagian serangan. hairuddin seperti langsung tidak berfungsi. diharapkan b sathiananthan dapat mencari pemain baru untuk menggantikan hairuddin di bahagian serangan

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. keanu147

    Salam...

    sebagai penonton di kaca televisyen, sejak awal lagi sudah nampak permainan vietnam hanya untuk melengah-lengahkan masa permainan itu.takkan la setiap kali berlaga badan dengan pemain malaysia,nak kena usung keluar, tunggu refferee datang jenguk dan sebagainya. nampak sangat seperti berlakon...pada kami malam itu pengadil tidak terlalu tegas dengan sikap pemain vietnam.

    satu kelemahan yang agak ketara pada kebanyakkan pemain ialah kurangnya hantaran bola yang tepat. semasa counter attack, pasukan negara seperti kelam kabut dan tidak bersedia untuk membuka permainan tersebut.akibatnya selalu terjadi pemain kehilangan bola...

    so,hopefully after this all of players have learn all the mistakes and take the action of this. show us the best game in Suzuki Cup..

    wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.