Malaysia vs Sierra Leone | Pestabola Merdeka Ke-40 (result)

Jumaat 17 Oktober 2008
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45 malam

Malaysia 4 – 0 Sierra Leone

Pasukan Malaysia mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir dalam kempen Pestabola Merdeka Edisi Ke-40 malam tadi apabila mencatatkan kemenangan bergaya ke atas pasukan Sierra Leone pada pertemuan kedua kumpulan A malam tadi.

Pada separuh masa pertama pasukan Malaysia buntu untuk mencari jaringan apabila penjaga gol Sierra Leone, Lansana Jalloh cukup cemerlang untuk menafikan beberapa siri percubaan dari barisan serangan yang diketuai oleh Safee Sali.

Segalanya berubah pada separuh masa kedua apabila Lansana Jalloh mengalami kecederaan setelah rembatan kencang Safee Sali terkena kepalanya lalu beliau digantikan oleh penjaga gol kedua mereka, Mohamed Kanu.

Indra Putra Mahayuddin menceriakan kira-kira hampir 3000 orang penyokong Malaysia apabila berjaya meloloskan diri dari sebelah kiri pertahanan lawan apabila bijak menguis bola masuk melepasi Mohamed Kanu hasil hantaran Shukor Adan pada minit ke 69.

Lima minit selepas itu Safee Sali mudah menolak masuk bola hantaran Amirulhadi Zainal untuk gol kedua pasukan sebelum pemain pertahanan, Aidil Zafuan menanduk kencang bola hasil sepakan sudut dari Hardi Jaafar untuk kedudukan 3 – 0 pada minit ke 79.

Zaquan Adha meledakkan gol terakhir pasukan Malaysia pada penghujung permainan untuk melengkapkan kemenangan malam itu dengan keputusan 4 gol tanpa balas. Dalam perlawanan lain Kumpulan A, Nepal seri 2 – 2 bertemu Afghanistan.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Malaysia vs Sierra Leone | Pestabola Merdeka Ke-40 (result)

  1. matahari_terbit

    teman amatlah gembira.kerana perlawanan kali ini sememangnya perlawanan yang amat menarik,walaupun dibahagian serangan masih kurang bagus,tetapi mempunyai gerakan yang menerujakan. diharapkan pihak fam dapat mencari jurulatih yang bagus untuk dibahagian serangan

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. anasyob

    satu persembahan yang menarik tapi dicacatkan dengan keadaan padang....but that is football...expect the unexpected but that makes football is a beautiful game...teruskan persembahan yang menarik dan sedikit penambahbaikan perlu dilakukan especially in the central midfielder role...sumone must hold the ball...and pujian terbaik for malaysian right and left winger...keep up the good work!!! OLE OLE MALAYSIAN TIGERS!!!! keep the roars coming...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Syidi

    Kemenangan ini sememangnya membuktikan kita mampu melakukan sesuatu yang dianggap mustahil. Walaupun Sierra Leone berada di tangga ke 133 dalam ranking FIFA namun itu tidak menghalang kita untuk menumpaskan mereka.

    Teruskan keyakinan, mantapkan permainan dan serap segala tekanan untuk kita mara ke peringkat akhir dan seterusnya memenangi kejohanan ini.

    Malaysia BOLEH!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Tahniah atas kemenangan besar yg kedua buat Malaysia...Harimau Malaya makin mengaum ganas....sepatutnyalah ini yg dilakukan dan diusahakan sejak dulu...mindset yg konsisten supaya pemain2 sentiasa fokus dan tidak terlalu menghormati lawan...tunjukkan belang anda bahawa kita bukan lagi di era pasukan belasahan walaupun bermain dengan pasukan yang lebih rankingnya dlm senarai Fifa...

    Pertahankan kejuaraan...pastikan Malaysia boleh bukan sekadar ungkapan!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.