Malaysia Vs Pakistan | Friendly Match (result)

Malaysia Vs Pakistan
Jumaat 10 Oktober 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
6:30 petang

Malaysia 4 – 1 Pakistan

Skuad kebangsaan Malaysia berjaya menewaskan pasukan Pakistan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jaringan besar sempena perlawanan pemanas badan sebelum menyertai kejohanan Pestabola Merdeka edisi ke-40 yang dijadualkan pada 15 hingga 25 Oktober ini.

Pasukan Malaysia bermula agak perlahan dan bermain seperti sambil lewa apabila jarang membuat serangan ke arah pintu gol lawan. Hanya pada minit ke 38, Mohd. Safee Sali berjaya memecahkan kebuntuan apabila meledakkan jaringan pertama untuk pasukan negara mendahului Pakistan 1 gol tanpa balas sebelum rehat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan pasukan Malaysia bermain dengan lebih baik apabila Zaquan Adha Abdul Radzak menjaringkan gol kedua pada minit ke 55. Gol ketiga hadir 12 minit kemudian melalui Hairuddin Omar sebelum penyerang Kedah, Khyril Muhymeen Zambri menjaringkan gol terakhir pasukan pada minit ke 74.

Penjaga gol Malaysia, Helmi Eliza yang kurang diancam oleh pemain lawan akhirnya tewas pada minit ke 80 dengan gol tunggal dari Asif Mahmood. Bercakap kepada wakil media selepas perlawanan tersebut, jurulatih negara B. Sathianathan cukup kecewa dengan aksi longlai yang dipamerkan para pemain pada separuh masa pertama.

Walaupun berjaya memenangi perlawanan pada malam tersebut, pasukan negara sepatutnya mampu untuk meraih kemenangan yang lebih besar jika peluang-peluang yang terhidang berjaya disudahkan dengan baik oleh para pemain.

Pasukan negara dijadual memulakan kempen Pestabola Merdeka pada 15 Oktober ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya bertemu pasukan Nepal di dalam kumpulan A selain bersama-sama dengan pasukan Sierra Leone dan Afghanistan.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Malaysia Vs Pakistan | Friendly Match (result)

  1. Dado

    Tahniah Malaysia

    Walaupun kemenangan besar 4 -1 boleh dibanggakan, seharusnya pemain mengekalkan momentum kemenangan ini untuk perlawanan seterusnya pada Kejohanan Pestabola Merdeka.

    Mendengar ulasan Coach Sathia masih banyak perlu dibaiki kerana banyak peluang yg terhidang tidak dapat disudahkan dengan baik.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. amirfsl

    syabas kepada skuad malaysia! atasi segala kelemahan yang berbaki..masih ada masa lagi sebelum pesta bola merdeka bermula! wish you all the best!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Dari ulasan yang diberikan ternyata pasukan Malaysia masih berada di takuk lama....ataupun masih lagi kekenyangan akibat terlebih banyak makan lemang...ini bukan perumpamaan atau lawak kosong....moralnya ialah ternyata pemain2 Malaysia masih lagi kurang cergas dari segi fizikal dan mental....apapun tahniah atas kemenangan tersebut...coach Sathia perlu lebih banyak membuat homework supaya pemain tidak terlalu leka dan memberi fokus sepenuhnya kepada latihan serta memperbaiki aspek teknikal mahupun taktikal....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Syidi

    Menang atau kalah tidak penting dalam perlawanan persahabatan, apa yang penting adalah keserasian strategi, persefahaman, kerjasama dan kejituan kemahiran asas bola sepak. Sekiranya menang, itu adalah bonus.

    Tahniah, kerana mempamerkan aksi yang agak yakin walapun banyak peluang disiakan. Pengalaman yang positif dan pembentukan keyakinan yang baik sebelum menghadapi 'peperangan yang sebenar' minggu depan.

    Untuk Pestabola nanti, diharap pemain bermain dengan tenang dan menang dalam setiap perlawanan.

    Malaysia Boleh!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YangIkhlas

    Hanya baru permulaan dan ujian hanya akan bermula pada Pestabola Merdeka nanti dan cabaran sebenar pada Piala AFF pada Disember ini. Selepas itu barulah kita boleh bayangkan peluang negara pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia bermula Januari nanti. Berdasarkan komen jurulatih Kebangsaan kita, persembahan pemain mungkin masih di paras lama lagi. Kepada yang terpilih menyertai senarai terakhir pasukan kebangsaan, selamat berjuang diucapkan dan berikanlah yang terbaik untuk negara.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. irKupa

    salam...

    berdasarkan pemerhatian dan pemahaman, pada hemat saya pasukan Malaysia masih seperti dulu. masalah gagal memanfaatkan peluang terhidang, gagal mendapatkan keserasian dgn cepat dan gagal menumpukan perhatian terhadap game..perlu diingatkan, kemenangan ini adalah kecil semata2 kerana kita hanya berdepan Pakistan, kuasa dunia utk Hoki & Kriket, bukannya bola sepak. Tiada apa yg harus d banggakan selain perlu meningkatkan prestasi dan belajar utk menggunakan setiap peluang yg ada dgn baik. Jika tidak, kita akan sentiasa berada d takuk lama.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.