Malaysia vs Nepal | Pestabola Merdeka Ke-40 (result)

Rabu 15 Oktober 2008
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8:45 malam

Malaysia 4 – 0 Nepal

Keadaan padang yang becak serta hujan yang turun sebelah petang tidak menghalang pasukan kebangsaan dari mencatatkan kemenangan ke atas pasukan Nepal pada pertemuan pertama kumpulan A dalam kempen Pestabola Merdeka Edisi Ke-40 malam tadi.

Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Indra Putra Mahyuddin pada minit ke 20 hasil sepakan kencang yang menewaskan penjaga gol Nepal, Ritesh Thapa bermula dari umpanan pemain sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal.

5 minit kemudian, Safee Sali menambah gol kedua Malaysia melalui satu jaringan “bicycle kick” yang memperdayakan penjaga gol lawan hasil hantaran Mohd Shukor Adan untuk Malaysia mendahului Nepal 2 – 0 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Safee Sali sekali lagi menceriakan penyokong Malaysia apabila berjaya menyempurnakan satu tandukan yang mudah hasil gerakan Indra Putra untuk meletakkan pasukan negara mendahului pasukan lawan 3 – 0 pada minit ke 48.

Khyril Muhymeen turut menyumbangkan satu gol pada minit ke 52 hasil rembatan yang menarik selepas berjaya menggelecek beberapa pemain pertahanan lawan untuk melengkapkan kemenangan pasukan kebangsaan dengan jaringan 4 – 0.

Jumlah penonton sekitar 2000 orang dengan permainan sedikit membosankan apabila bola lebih banyak berlegar ditengah padang serta pergerakan yang tersekat-sekat dari kedua-dua pasukan oleh kerana padang yang becak.

Pasukan Malaysia menguasai hampir keseluruhan permainan dan kecekapan penjaga gol Nepal, Ritesh Thapa menghalang Malaysia dari mencatatkan kemenangan lebih besar.

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Malaysia vs Nepal | Pestabola Merdeka Ke-40 (result)

  1. irKupa

    salam...

    sedikit ucapan tahniah buat para pemain Malaysia atas 'kemenangan' ini...di harapkan pemain malaysia dpt menunjukkan prestasi yg lebih meyakinkan d samping dpt meningkatkan kembali martabat bola sepak Malaysia ke peringkat yg lebih tinggi..diharapkan 'kejayaan kecil' ini tidak membuatkan semua berasa terlalu bangga kerana kita hanya berdepan Nepal, bukannya kuasa besar dunia bola sepak...tingkatkan kualiti, kecergasan, kemahiran dan sebagainya..., it's a good start for us. keep it up.

    ~Malaysiaku Gemilang~

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Syidi

    Salam...

    Satu permulaan yang baik. Kepada Pasukan Malaysia, ingatlah sesungguhnya jauh lagi perjalanan. Perjalanan yang berliku menanti di hadapan dan jangan mudah rasa puas hati. Oleh yang demikian bersedia untuk menghadapi lawan seterusnya.

    Tahniah di atas kemenangan yang pertama ini dan diharap berterusan hingga ke peringkat yang seterusnya.

    MALAYSIA BOLEH!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    tahniah buat malaysia,tiada yg mustahil jika mahu berjaya....yg perlu fokus & fikirkan tanggungjawab yg digalas buat negara.sememangnya jaringan yg besar mampu memberi tentangan yg hebat buat semua pskn yg terlibat.cuma jgn terlalu berpuas hati,masih di peringkat awal apepun sekali lagi tahniah buat pemain & jurulatih....pastikan piala itu kekal di malaysia buat sekali lagi...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    teman bangga sebab malaysia menang.tapi yang menghairankan,kenapa b.sathianathan masih mengekalkan nisarudin dalam pasukan sedangkan sudah jelas pada malam itu beliau tidak mampu mengawal bola walaupun untuk membuat pergerakan yang merbahaya. tahniah kepada indra putra. tidak lupa juga kepada amirul hadi yang mampu membuat pergerakan yang merbahaya malah mampu mengumpan bola hingga mewujudkan jaringan yang bagus. kepada khaireel muhaymeen pula,seorang pemain yang banyak idea untuk membantu dibahagian serangan,malah dimasukkan di separuh masa kedua tidak sampai beberapa saat mampu menjaringkan gol. kepada hairuddin omar dan nisaruddin lupakan hasrat untuk mewakili kebangsaan lepas ini,berilah peluang kepada orang orang muda membuktikan kewibawaan mereka.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. amirfsl

    pertama sekali,tahniah kepada skuad malaysia atas kemenangan ini,namun masih terlalu awal untuk bergembira kerana nepal bukanlah satu pasukan yang boleh dianggap 'jagoan' dalam bola sepak!teruskan perbaiki kelemahan yang masih wujud,'maintain' mana-mana yang sudah elok,,dan semoga bermain lebih jitu dalam perlawanan-perlawanan selepas ini dan mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.