Malaysia vs Myanmar | Pestabola Merdeka Ke-40 (result)

Khamis 23 Oktober 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam

Malaysia 4 – 0 Myanmar

Pasukan Malaysia menepati ramalan awal apabila mengesahkan tempat di perlawanan akhir bertemu Vietnam setelah menumbangkan Myanmar di peringkat separuh akhir dalam kempen Pestabola Merdeka Edisi Ke-40 malam tadi dengan jaringan 4 – 0.

Indra Putra menjaringkan gol pertama pasukan pada minit ke 26 melalui satu tendangan percuma yang cantik dari luar kotak penalti Myanmar setelah beliau dikasari. Malaysia lebih banyak mengasak sehinggalah wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

Separuh masa kedua bermula agak rancak apabila banyak serangan dilakukan oleh pasukan Malaysia namun masih buntu mencari jaringan hinggalah pada minit ke 61 apabila Safee Sali berjaya memperdayakan 2 pertahanan lawan sebelum merembat bola leret melepasi kawalan penjaga gol Myanmar, Nyi Nyi Lwin untuk gol kedua Malaysia.

Safee Sali menjadi punca gol ketiga Malaysia apabila larian derasnya di dalam kotak penalti Myanmar dihalang keras oleh pertahanan lawan hingga menyebabkan pengadil perlawanan dari Thailand, Mahapab Chaiya Alee tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalti yang disudahkan dengan baik oleh Indra Putra pada minit ke 76.

Enam minit kemudian, Amirulhadi Zainal berjaya menguis masuk bola hantaran cantik dari Indra Putra untuk melengkapkan kemenangan malam itu dengan jaringan empat gol tanpa balas. Kehadiran penonton masih dianggap menyedihkan apabila dianggarkan hanya kira-kira 5000 orang sahaja yang menyaksikan perlawanan tersebut termasuk 1000 orang penyokong dari pasukan Myanmar.

Perlawanan akhir menentang Vietnam akan diadakan pada hari Sabtu 25 Oktober 2008 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8:45 malam. Tiket masuk berharga RM10 untuk semua jenis tempat duduk.

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Malaysia vs Myanmar | Pestabola Merdeka Ke-40 (result)

  1. Syidi

    Tahniah Malaysia.

    Memang menakjubkan. Sesungguhnya Pestabola Merdeka edisi 2008 ini meninggalkan impak yang besar terhadap Episod Bolasepak Tempatan. Dengan rekod tanpa bolos dalam kesemua perlawanan yang diharungi membuktikan Malaysia bukan calang-calang pasukan.

    Biarlah apa pun yang katakan oleh pengkritik, namun pada pandangan saya, tahap keyakinan pemain-pemain kebangsaan jelas terlihat dengan membaham semua lawannya dengan jaringan 4 gol dan ke atas.

    Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan yang dikepalai oleh Norhafiz Zamani Misbah yang sememangnya kebal sehingga kini. Begitu juga dengan pertahanan terakhir Malaysia Helmi Eliza yang memiliki karektor selaku Penjaga Kebangsaan yang tersendiri. Helmi dilihat 'kebal' setelah beliau mempamerkan aksi yang profesional selaku Penjaga Gol Utama Malaysia.

    Harapan semoga prestasi sebegini diteruskan diperlawana akhir kelak. Bukan setakat itu, malah diharap ianya kekal dalam saingan-saingan yang lain.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. miez3

      Betul la Yob...Helmi ternyata memang kebal...pertahanan M'sia kali ini pun cukup mantap....teman suka tgk Hardi "hidup" di setiap inci dan sudut barisan tengah pasukan....tapi masih terdapat "loopholes" di beberapa tempat/barisan pemain M'sia...mungkin keletihan atau hilang tumpuan ataupun masih gugup bila beraksi di hadapan penyokong sendiri...jika tidak kerana gugup mungkin lebih lagi jaringan boleh dibuat...stamina perlu ditingkatkan...taktikal seperti semlm memang menjadi...syabas M'sia...syabas coach....semoga di final nanti keadaan akan jadi lebih baik dari semalam...pastikan kejuaraan dikekalkan...harimau M'sia tidak terluka lagi...team kali ini bukan team dulu...tapi team yang penuh dgn amukan dan ngauman Harimau Malaya sejati...Malaysia Boleh!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    tahniah buat pskn malaysia kerana berjaya melangkah sekali lagi ke pentas final...rekod tanpa dibolosi cukup cemerlang ini menunjukkan bahawa malaysia juga mampu bersaing dgn pskn lain.utk game akan datang good luck...yong percaya dgn barisan penyerang yg hebat terutama safee sali disamping bantuan rakan yg lain pasti kita sekali lagi mampu menjulang piala pestabola merdeka edisi kali ini..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    tahniah teman ucapkan,diharapkan pemain pemain malaysia tidak cepat melatah,kerana perlawanan dalam saingan piala aff suzuki adalah langkah pertama untuk memartabatkan kedudukan skuad negara dimata dunia. seandai prestasi yang wujud pada hari ini sudah bagus diharapkan coach sathianathan dapat melakukan sesuatu untuk menjadikan barisan yang mewakili negara lebih segar dan sentiasa laparkan jaringan dan kekenyangan bolos

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. amirfsl

    so far so good!4 kemenangan besar berturut-turut serta rekod semua clean sheet,,tahniah teman ucapkan kepada semua pemain dan staff pasukan malaysia yang bertungkus lumus sehingga sekarang..tinggal satu sahaja lagi perlawanan sebelum dinobatkan sebagai juara dan diharapkan semua pemain dapat mengekalkan moral, komitmen serta momentum yang tellah membawa negara sehingga ke tahap ini,,juga diharapkan agar selepas tamat kejohanan ini,pasukan malaysia dapat mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan dengan negara-negara yang lebih 'gergasi' dalam dunia bola sepak supaya kita semua dapat mengetahui sejauh mana peningkatan mutu bola sepak malaysia sehingga kini,,syabas sekali lagi dan semoga berjaya di final pada malam ini,,
    Malaysia Boleh!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.