Salam Aidilfitri 1429 Hijrah | 1 Oktober 2008
October 1st, 2008 by webmaster
Selamat Menyambut Aidilfitri dari pihak pengurusan dan warga kerja seladang.net kepada semua pengunjung yang terus memberikan sokongan kepada laman web ini.
Pada kesempatan ini juga pihak kami ingin memohon maaf kepada semua pengunjung jika ada antara artikel kami yang menyinggung sesetengah pihak disini samada secara sengaja mahupun tidak sengaja.
Semoga kita semua mampu menjadi suatu komuniti yang terbaik untuk memajukan lagi sukan bolasepak Perak khususnya dan Malaysia amnya.
Salam Aidilfitri
admin
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Salam Aidilfitri
- Salam Ramadan 1429 Hijrah | 1 September 2008
- Pengumuman!
- Kepada Pengguna Berdaftar | FAQ
- DVD | TM Liga Super 07/2008 | Selangor Vs Perak
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Salam Aidilfitri 1429 Hijrah | 1 Oktober 2008





kembalinya Ramadhan tanpa diduga,
Syawal menjelma syukur pada-Nya,
salam dihulur kemaafan dipinta,
salah silap pohon diterima..
salam aidilfiri,maaf zahir dan batin kepada semua!
Salam Aidilfitri buat semua warga negeri Perak dan seluruh pelusuk dunia amnya. Dikesempatan ini saya dan keluarga ingin memohon jutaan kemaafan jika ada tersalah komen atau menyakitkan hati mana-mana pihak.
Tidak ada tujuan lain selain untuk kepentingan kemajuan bola sepak di negara kita yang tercinta. Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran dan gunakan kesempatan setahun sekali ini sebaiknya.
Selamat Hari Raya Aidil fitri Maaf Zahir dan Batin.
October 5th, 2008 at 6:03 pm
mungkin yong belum berkesempatan bersua dgn syidi mahupun yg lain..maaf jua yong hulur andai selama di sini ada yong tersilap kata ye…selamat hari raya jua buat syidi & keluarga.
October 6th, 2008 at 2:22 pm
matahari - terbit nak mohon keampunan daripada syidi - black seandainya teman ada buat kesalahan dan terkasar bahasa.
October 6th, 2008 at 9:01 pm
Salam Aidilfitri buat Syidi & keluarga…
Maaf le tak dtg beraya ke rumah mike di kg nun…mungkin kalau buat open house di area KL ni boleh kut teman pegi…
Sekali lagi disini teman ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan terlebih perbuatan yg menyakitkan hati…kira 0-0 le yek…
Jumpa lagi lepas ni…moga musim depan ada lagi le muka2 kita di stadium hehehe…
salam..
Jika HARTA adalah RACUN maka ZAKAT penawarnya.
Jika UMUR adalah DOSA maka TAUBAT ubatnya.
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN pemutihnya.
Jika KEMENANGAN tiba maka SYAWAL dirai bersama.
Lisan kadang tak terjaga,
Janji kadang tak tertunai,
Hati kadang berprasangka,
Sikap kadang menyakitkan,
Hidup ini menjadi indah jika masih ada
maaf & pengorbanan di antara kita….
Salam Aidilfitri dari yong85 pada seluruh keluarga
Seladang.net
Maaf Zahir & Batin
“Tulus dari tangan ke hati”
selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat islam didunia amnya khas buat peminat peinat seladang.net dan penyokong setia skuad bola sepak perak. diharapkan dibulan yang mulia ini kita semua dapat meneruskan amal ibadah dan kebajikan kepada yang memerlukan
Salam Aidilfitri….buat semua warga Seladang.Net…dari Miez3 & keluarga…Salam Kemaafan juga buat sahabat2 semua especially admin Seladang.Net dimana sejak akhir2 ni teman agak sibuk dan kurang memberi sumbangan serta komitmen ketika waktu memerlukan…insyaALLAH kalau tiada aral melintang teman akan jemput semua warga Seladang.Net yg berada di sekitar Lembah Kelang utk bersama2 hadir ke “open house” di rumah teman….masa dan tarikh akan diberitahu kemudian….
Harapan teman juga moga suatu perubahan drastik akan berlaku bagi keseluruhan pengurusan PAFA selepas Aidilfitri ini dan membawa pasukan Perak ke arah pasukan yg konsisten serta cemerlang…
Buat Khalid Jamlus dan Azlan Zainal…semoga berbahagia bersama pasukan Kelantan….mungkin pilihan anda lebih baik…terima kasih juga kerana banyak menabur bakti di Perak…
Itu saja dari saya…coretan serba ringkas di Aidilfitri..
Wassalam..
Salam Aidilfitri buat semua warga Seladang.net. Maaf Zahir dan Batin.