feed rss2

Archive for October, 2008

Satu perjumpaan telah diatur antara seluruh penyokong bolasepak negeri Perak yang berpengkalan di Lembah Klang dengan wakil media dari Bernama TV akan diadakan berdasarkan tarikh dan masa dibawah:

Media: Bernama TV - ASTRO’s Channel 502, mobile 3G (Celcom) and web-TV
Masa: 11:00 pagi
Tarikh: Ahad, 2 November 2008
Lokasi: Stadium MBPJ, Kelana Jaya (Pintu Grandstand)

(Tarikh, masa dan lokasi tertakluk kepada perubahan di saat akhir)

Motif perjumpaan ini adalah untuk seluruh penyokong bolasepak Perak meluahkan pendapat dan membentangkan isu-isu hangat berkenaan kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Perak yang tiada penghujungnya kini.

Anda sebagai penyokong digalakkan untuk membawa sepanduk, bendera atau apa-apa sahaja yang bersesuaian untuk sesi penggambaran tersebut. Pen marker akan disediakan bagi penyokong yang membawa kad manila kosong pada hari tersebut.

Seluruh penyokong yang hadir adalah atas kapasiti mereka sendiri sebagai peminat bolasepak Perak… Continue reading

Sabtu 25 Oktober 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam

Malaysia (5) 0 - 0 (6) Vietnam

Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan dalam kempen Pestabola Merdeka Edisi Ke-40 apabila tewas kepada Vietnam 6 - 5 menerusi tendangan penalti setelah terikat tanpa jaringan dalam masa sebenar permainan dan juga masa tambahan.

Pasukan negara yang membuat sepak mula permainan terus menekan pasukan pelawat sejak dari awal wisel ditiupkan namun gagal mencari jaringan. Tambah menyedihkan apabila jaringan Indra Putra dibatalkan pada minit ke 8 kerana telah pun offside.

Vietnam yang menggunakan pendekatan bertahan sambil menyerang balas seringkali dilihat cuba memperlahankan tempo permainan sambil mencari ruang untuk membuang masa dengan pelbagai cara yang tidak bersemangat kesukanan.

Pasukan pelawat juga dilihat seperti tidak mahu membuat serangan kearah kubu Malaysia apabila hanya meletakkan seorang atau dua pemain untuk membuat gerakan kearah kubu pasukan negara… Continue reading

Khamis 23 Oktober 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam

Malaysia 4 - 0 Myanmar

Pasukan Malaysia menepati ramalan awal apabila mengesahkan tempat di perlawanan akhir bertemu Vietnam setelah menumbangkan Myanmar di peringkat separuh akhir dalam kempen Pestabola Merdeka Edisi Ke-40 malam tadi dengan jaringan 4 - 0.

Indra Putra menjaringkan gol pertama pasukan pada minit ke 26 melalui satu tendangan percuma yang cantik dari luar kotak penalti Myanmar setelah beliau dikasari. Malaysia lebih banyak mengasak sehinggalah wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

Separuh masa kedua bermula agak rancak apabila banyak serangan dilakukan oleh pasukan Malaysia namun masih buntu mencari jaringan hinggalah pada minit ke 61 apabila Safee Sali berjaya memperdayakan 2 pertahanan lawan sebelum merembat bola leret melepasi kawalan penjaga gol Myanmar, Nyi Nyi Lwin untuk gol kedua Malaysia.

Safee Sali menjadi punca gol ketiga Malaysia… Continue reading

Isnin 20 Oktober 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam

Malaysia 6 - 0 Afghanistan

Skuad Malaysia mengesahkan pertemuan dengan Myanmar di peringkat separuh akhir dalam kempen Pestabola Merdeka Edisi Ke-40 khamis nanti apabila membenam cabaran Afghanistan 6 - 0 pada perlawanan terakhir kumpulan A malam tadi.

Gol pertama pasukan Malaysia dijaringkan oleh Ashaari Shamsuddin pada minit ke 22 perlawanan apabila bertindak bijak mendada bola hasil hantaran Nizaruddin Yusof sebelum merembat kencang melepasi penjaga gol lawan untuk gol pertama.

Selepas itu banyak percubaan dari pasukan Malaysia yang berjaya dihalang oleh pertahanan Afghanistan namun pada lewat babak pertama Nizaruddin Yusof bijak memperdayakan penjaga gol lawan hasil hantaran Zaquan Adha pada minit ke 42.

Zaquan Adha pula menambah gol ketiga pasukan Malaysia pada minit ke 45 dengan satu tendangan lambung melepasi penjaga gol lawan, Shamsuddin Amiri apabila menerima hantaran… Continue reading

Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]