Salam Ramadan 1429 Hijrah | 1 September 2008

Kepada semua pengunjung dan pengguna halaman ini yang beragama Islam, pihak pengurusan dan warga kerja seladang.net mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa Sempena Ramadan 1429 Hijrah bersamaan dengan 1 September 2008.

Pada kesempatan ini juga pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang masih lagi setia melayari halaman ini disamping memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan bolasepak Perak Darul Ridzuan.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Salam Ramadan 1429 Hijrah | 1 September 2008

  1. miez3

    Salam persaudaraan semua geng2 Seladang.net...selamat berpuasa dari teman dan keluarga teman...semoga puasa kali ini memberi keberkatan kepada kita semua...setelah berhempas pulas memberi sokongan kepada team Perak musim ini dengan memenuhi stadium seantero Malaysia tibalah pulak giliran kita untuk sama2 memenuhi masjid2 atau surau2 seantero Malaysia ni bg mengerjakan solat sunat terawih di sebelah malamnya.....ingatan teman juga agar kita semua tidak banyak membazir..beli juadah berbuka tu sekadar yg perlu sahaja...kepada yang ingin berbelanja membeli barangan sempena Hari Raya nanti belilah sedikit demi sedikit supaya tidak bersesak2 di kemudian hari....apapun ingatlah..berbelanja dgn berhemah..beli apa yg patut..almaklumlah ekonomi sekarang pun bukannya bagus sangat...

    Oklah...Selamat Berpuasa Penuh & semoga bertemu lagi...Wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi_black

    Ahlan Wasahlan Ya RAMADHAN.... Bulan kerahmatan bulan keampunan. Gandakanlah amalan dan ibadat. Banyakkan membaca Al Quran kerana ganjarannya berlipat kali ganda.

    SELAMAT BERIBADAH...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Transaevo...

    Di bulan yang mulia ni Trans nak mintak maaf andai kata ada terkasar bahasa & terguris perasaan..Selamat berpuasa & gandakan amalan kerana ganjaran utk setiap amalan di bulan Ramadhan ni juga akan dilipatgandakan..sambil-sambil menahan lapar tu kita muhasabah diri,kenangkan orang lain yang hidupnya susah dan serba-serbinya kekurangan..semoga kita dirahmati Allah hendaknya..amin....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YangIkhlas

    Selamat berpuasa diucapkan kepada semua warga bolasepak Perak Darul Ridzuan daripada pemain & pegawai pasukan hinggalah kepada para penyokong skuad Seladang yang sentiasa setia bersama pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. matahari_terbit

    selamat menyambut ramadhan yang mulia ini dengan penuh kesyukuran dan keberkatan. teman doakan kepada semua umat islam diseluruh dunia amnya, dan juga seluruh pengunjung/ahli seladang.net akan sentiasa bergembira dengan melakukan amal ibadat dan amal jariah yang penuh dengan keberkatan. dalam masa yang sama jangan lupa yea kita bagi sokongan kepada skuad seladang dalam mengharungi suku akhir piala afc. i love u all...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. -adik-

    Salam Ramadhan buat semua pengunjung Seladang.net. Suka adik nak ingatkan kat semua, selain dari membanyakkan ibadah kita juga kenelah juga menjaga tingkah laku. elakkan maksiat & perbuatan yg boleh mencemarkan puasa kita...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yong85

    buat semua umat islam & warga seladang.net,yong juga ucapkan selamat menyambut bulan puasa semoga kita mendapat keberkatan ade peluang tarawih jgn dilupakan....jaga tertib di bulan mulia agar tidak dicemari dgn perangai sumbang kita.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Ya, teman setuju cakap yong, jangan ada yang kena tangkap pulak masa puasa ni, tak kiralah pasal tak puasa ke atau lain-lain yang berkaitan, huhuhuh

      jangan marah ye :-)

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. amirfsl

    Alhamdulillah,berkat limpah,rahmat dan kurnia-Nya,kita semua dapat lagi menikmati bulan ramadan al-mubarak pada tahun ini!sama-samalah kita mempertingkatkan amal ibadah pada bulan yang penuh keberkatan ini dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua umat Islam,bukan sahaja di malaysia,malah di seluruh dunia.selamat berpuasa dan selamat beribadat!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.