Majlis Berbuka Puasa | seladang.net

Kepada semua pengunjung dan pengguna halaman ini, pihak pengurusan seladang.net ingin menjemput anda untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa anjuran kami yang pertama kali diadakan pada waktu dan tempat seperti dinyatakan dibawah.

Lokasi: Restoran MMZ, Bukit Jelutong, Shah Alam
Tarikh: Khamis, 4 September 2008
Waktu: 6:30 petang

Kepada yang berminat bolehlah memberikan respon pada ruangan komentar dibawah. Peta Google (Interaktif) ada disertakan sebagai petunjuk ke lokasi berkenaan.

View Larger Map

Lokasi terletak pada BELON A bewarna merah

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Majlis Berbuka Puasa | seladang.net

  1. syidi_black

    Kepada kawan-kawan yang berada di sekitar Lembah Kelang di jemput hadir untuk kita bersua muka dan berkenalan. Mungkin selama ini kita hanya bertemu secara maya dan sekarang kita berpeluang untuk kenal antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.

    Jangan lepaskan peluang ini. Saya akan turut hadir untuk memeriahkan majlis seladang.net ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YangIkhlas

    Terima kasih atas jemputan untuk Majlis Berbuka Puasa anjuran pihak pengurusan seladang.net pada hari Khamis ini. Semoga ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli dan penyokong pasukan Seladang yang sebelum ini hanya berhubung di alam maya ini sahaja. YangIkhlas berada jauh di utara tanahair dan jika ada kesempatan akan cuba untuk menghadirkan diri pada majlis ini nanti. Kepada pengurusan seladang.net terima kasih sekali lagi atas jemputan dan syabas diucapkan atas usaha penganjuran majlis berbuka puasa ini. TERIMA KASIH.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Salam semua...bila lagi nak bersua kalau bukan sekarang lah waktu yang ditunggu...dulu2 nak jumpa di stadium payah sebab bukan kita je kat sana...faham2 je lah...Teman juga ingin mengucapkan terima kasih pada Admin dan kawan2 yang lain kerana membina satu usaha murni demi mengeratkan silaturahim sesama ahli..syabas sekali lagi...ayuh Yob & Yong kita jumpa kat sana okay..wassalam

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. penangMai

    salam semua....
    Selamat berpuasa.... jauh bebenor Penang ke Shah Alam...
    apa pun selamat berbuka teman ucapkan... kalau dekat boleh gak join..

    From Desa Jelita Penang.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.