Thailand yang diwakili oleh pemain bawah 21 tahun mereka mengekalkan kejuaraan kali keenam berturut-turut pada Kejohanan Futsal AFF 2008 apabila menewaskan Indonesia di perlawanan akhir dengan jaringan 5 – 1 di Stadium Nimibutr, Bangkok semalam.
Sementara itu dalam penentuan tempat ketiga dan keempat, pasukan Malaysia berjaya menewaskan pasukan Brunei dengan jaringan 8 – 2 untuk meraih tempat ketiga. Gol-gol pasukan Malaysia disumbangkan oleh Ahmad Hanif Karnim – 3 gol, Muhammad Fadhil Yusof – 3 gol serta satu gol dari N. Saravanan dan Safar Mohamad.
Keputusan & Perlawanan
27 Ogos 2008
Malaysia 4 – 2 Laos
Indonesia 4 – 2 Myanmar
Vietnam 5 – 4 Brunei
Thailand 5 – 4 Filipina
28 Ogos 2008
Laos 5 – 2 Vietnam
Filipina 0 – 7 Indonesia
Brunei 1 – 7 Malaysia
Myanmar 2 – 7 Thailand
29 Ogos 2008
Vietnam 2 – 3 Malaysia
Myanmar 6 – 2 Filipina
Thailand 1 – 3 Indonesia
Brunei 6 – 1 Laos
30 Ogos 2008
Indonesia 8 – 1 Brunei
Malaysia 0 – 4 Thailand
31 Ogos 2008
Brunei 2 – 8 Malaysia
Indonesia 1 – 5 Thailand
Juara: Thailand
Naib Juara: Indonesia
Ketiga: Malaysia
Fair Play: Brunei
Penjaring Terbanyak: Topas Pamungkas (Indonesia)
Pemain Paling Berharga: Suphahut Thueanklang (Thailand)


Tahniah Malaysia utk tempat ketiga..tahap permainan sangat perlu dipertingkatkan lagi..Trans tak hairan Thailand menang sekali lagi sebab deorang memang hebat & kental..Doa Trans agar bolasepak Malaysia akan bertambah maju dan mampu memberi saingan di peringkat antarabangsa..
Admin, penjaring terbanyak Topas Pamungkas ade kene mengena dgn Bambamg Pamungkas ker...??
Ye le Trans...macam sama je nama hujungnya tu...adik beradik kut..takpe nanti sama-sama le kita tunggu jawapan dari admin..
Tahniah kepada Thailand. Tahniah juga kepada Malaysia berjaya menduduki tempat ketiga. Semoga para pemain dapat meningkatkan prestasi untuk lebih berjaya di masa hadapan. Adalah menjadi harapan YangIkhlas semoga pada suatu hari nanti pasukan Negeri Perak mempunyai satu pasukan Futsal yang hebat dan disegani oleh lain-lain pasukan. MALAYSIA BOLEH.
sudah rezeki skuad kebangsaan hanya disitu nak buat macam mana. teman harap kepada seluruh insan yang terlibat didalam bidang sukan negara,tolong lakukan tugas dengan sejujur yang boleh. jangan harapkan duit haram sahaja. jangan pilih bulu sendiri saja. kalau tidak masa depan skuda negara hanya mampu berada di ranking yang terbaik seperti hari ini...... fikir fikirkanlah fam,koam,kbs......