AFC Cup 2008 | Safa SC vs Perak (review) – Suku Akhir 2

AFC Cup 2008 | Group E
Selasa 23 September 2008
Sports City Stadium
9:30PM
Waktu Malaysia – Rabu 2:30AM

Perlawanan peringkat suku akhir kedua Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak adalah berkunjung ke Sports City Stadium, Lebanon untuk menentang pasukan Safa SC pada Selasa 9:30 malam waktu tempatan dan Rabu 2:30 pagi waktu Malaysia.

Pertemuan pertama dahulu pada 16 September 2008 di Stadium Perak, pasukan Perak telah tewas dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Gol-gol tersebut telah dihasilkan oleh Rony Azar dan Hamid Termina hasil hantaran ketua pasukan dan perancang utama mereka, Amer Khan.

Pada perlawanan ini juga khidmat Khalid Jamlus mungkin tidak dapat digunakan kerana masalah kecederaan peha dan berkemungkinan tempatnya akan digantikan oleh Mohd Nor Ismail sebagai penyerang tunggal dengan formasi 4-5-1.

Secara logiknya peluang pasukan Perak untuk menewaskan pasukan Safa SC ditempat lawan memang sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan namun penulis berharap semoga keputusan yang bakal terjadi nanti tidak akan memalukan rakyat Perak dan kita semua.

Pada masa yang sama pasukan Kedah turut melayan kunjungan kelab dari Bahrain, Muharraq di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Tugas mereka jauh lebih berat kerana telah tewas sebanyak 5 gol tanpa balas di tempat lawan pada perlawanan pertama terdahulu.

Apapun penulis berharap kedua-dua pasukan mampu untuk menunjukkan satu permainan yang baik demi memartabatkan bolasepak Malaysia ke tempat yang sepatutnya.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “AFC Cup 2008 | Safa SC vs Perak (review) – Suku Akhir 2

  1. yong85

    ape pun yg berlaku pada perlawanan tu kita harus terima sbb banyak kemungkinan akan berlaku.dgn ketiadaan penyerang & semua yg berlaku semua dah boleh ramal. buat semua pemain good luck...walau tewas kami sbg penyokong akan terus bersama & mendoakan yg terbaik buat pasukan negeri perak.menang satu bonus & keajaiban buat semua.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. apekehe

    dalam keadaan sekarang, tiada apa lagi yang dapat diharapkan.. melainkan keajaiban. namun begitu, para pemain perlu bersikap profesional dengan mempamerkan semangat melawan serta tidak gentar dengan pemain-pemain dan penyokong lawan. buktikan bahawa perak adalah pasukan terbaik malaysia walaupun pelbagai krisis yang melanda.

    ~teringat zaman kegemilangan...

    kejor yop kejor sorakan kami

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. penangMai

    salam...

    Pemergian skuad seladang ke Labanon kali merupakan skuad yang agak tempang kali ini , seperti yang kita tahu kita tak mempunyai striker yang berwibawa kali ini..Walau apapun kita harap ada tentangan dan tidak dibolosi dengan jumlah jaringan yang besar...

    "SKOR YOB SKOR"

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. m_anip2

    salam yob...
    apa-apa pun lakukanlah yg terbaik ye...biar kalah bermaruah,menang beradat...terlalu lama teman menyepi dek kerana sedih sangat dgn situasi yg melanda team kesayangan ni...

    kejor yob kejor...skor selagi boleh...:-)
    all the best...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. amirfsl

    ayuh skuad seladang!!walaupun tempang dari segi kewangan dan 'bekalan' pemain berwibawa..menang kalah sudah tidak menjadi 'main point' lagi,sebaliknya persembahan yang jitu dan bertenaga yang kita tagihkan!simpan segala masalah di belakang buat 90 minit dan berusahalah!skor yop!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    teman harap pasukan perak dan kedah akan melakukan sesuatu demi menjaga martabat maruah nama negara. dimana ianya juga akan membuka mata afc untuk menaikkan taraf liga malaysia.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YangIkhlas

    Semoga pasukan Perak ataupun Kedah dapat melakukan sesuatu yang luar biasa untuk mara ke peringkat seterusnya. Selamat berjuang kepada kedua-dua pasukan.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.