AFC Cup 2008 | Safa SC vs Perak (result) – Suku Akhir 2

AFC Cup 2008 | Group E
Selasa 23 September 2008
Sports City Stadium
9:30PM

Safa SC 5 – 0 Perak

Barisan Perak

Nasril Nourdin

S. Subramaniam – Mario Berrios – K. Nanthakumar – Chan Wing Hoong

Azlan Zainal

Hardi Jaafar – Ahmad Shahrul – Danial Fadzly – Shahrulnizam

Mohd Nor Ismail

Seperti yang diduga, Perak tumpas pada perlawanan ini dengan jaringan 5 gol tanpa balas dan secara aggregatnya 7 – 0. Perak yang turun tanpa penyerangnya Khalid Jamlus hanya mampu bertahan sehingga minit ke 43 apabila Rony Azar menjaringkan gol pertama Safa SC.

Dua minit berselang, Rony Azar sekali lagi menyumbat gol kedua pasukan mereka untuk memastikan tuan rumah mendahului selesa dengan 2 – 0 pada separuh masa pertama. Tiada sebarang pertukaran dilakukan seawal babak kedua permainan bermula.

Namun pada minit ke 60 Noor Hazrul telah dimasukkan untuk menggantikan tempat Mohd Nor Ismail dan seminit kemudian Safa SC berjaya membolosi gawang gol Perak yang dikawal oleh Nasril Nourdin untuk gol ketiga mereka melalui Hussein Tahan.

Safa SC menambah gol keempat mereka pada minit ke 67 melalui Mohammad Kassas yang masuk menggantikan Hussein Tahan pada minit ke 66. Gol terakhir Safa SC dijaringkan Mahmoud El Zoughbi pada minit ke 84 sebelum wisel penamat dibunyikan.

Keputusan perlawanan lain:

Home United 3 – 4 Dempo SC
Al Nahda 1 – 0 SAF FC (Extra Time 3 – 0)
Kedah 1 – 2 Muharraq

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “AFC Cup 2008 | Safa SC vs Perak (result) – Suku Akhir 2

  1. Amir_PaSak16

    assalamuailaikum,
    awak nak comment sikit ni tentang pasukan perak kite..
    kenapa asyik kalah sahaja..
    bila lah mat salleh itu nak pergi dari perak ini...
    lagi bagus..kalau boleh saya mahu coach M.Karathu dan coach Raja Azlan memimbing pasukan perak tahun hadapan ok...
    harap-harap impian penyokong perak menjadi kenyataan dan penyokong-penyokong perak akan memenuhi setiap bangku di stadium perak ok..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. jembrong

    nak buat macamana...nak main pun tak ada semangat,poket kosong..fikir macam-macam masalah...semangat saja tak cukup.Gaji yang diharapkan tak kunjung tiba.Sayangilah pasukan bola kite nie....cepat buat tindakan,jangan cakap je bergedang-gedang...tindakan habuk pun tak ade...pikior le sendiri...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. padiltaiping_81

    Salam ramadhan...teman pun setuju jugak ngan Amir_Pasak16 kalo bleh ambil karathu ngan raja azlan jadi coach perak musim depan..biar betul2 fit pemain perak tahun depan.teman tengok player perak tahun ni lembik2 je bila main,tak cergas...

    mgkn corak latihan Steve Darby kurang menekankan aspek kecergasan sbb tempoh masa latihan terlalu pendek..tu yg player2 suka sgt dia..manja sgt..

    apa2pun ni cadangan dan harapan teman je,terpulanglah pada pihak pengurusan PAFA nak ambik sapa yg jadi coach perak tahun depan.reformasi dalam pasukan perak perlu dibuat untuk mengembalikan kehebatan prestasi skuad yob nanti..perak dulu,kini dan selamanya....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. razlan

    alhamdulillah, syukran syukran.... tamat sudah lah musim perak yg penuh dugaan dan cabaran. marilah sama2 melupakan team lama ini dan marilah sama2 berganding bahu menyokong team musim 2009

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yong85

    syukur pada yg maha esa,akhirnya sudah juga saingan & cabaran pasukan perak dlm kancah bola sepak baik dalam mahu pun luar.ape pun rekod yg dah di catat,kita harus terima...menang atau kalah adalah adat bertanding.tanpa skuad yg sempurna kita faham akan kedudukan pskn.tak kita mahupun sesiapa,bila dibelenggu masalah tak akan ada siapa yg mampu fokus dlm perbuatan & itulah yg terjadi pada pemain....sekadar melengkap jadual....pendedahan yg berguna buat pemain muda...ape yg boleh yong kata cuma sekadar ucapan terima kasih & juga tahniah buat semua pemain kerana penat lelah mereka dlm menjulang nama pasukan negeri.mgkn juga buat sebilangan yg akan berhijrah,jasa anda tetap akan dikenang dlm lipatan sejarah pskn negeri.kalah afc cup tak bererti perak tak kuat.ok....good luck buat pskn utk season akan dtg..ubah yob,seladang gegar....

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YangIkhlas

    Persaingan musim 2008 sudah berakhir bagi pasukan Perak. Adalah menjadi harapan agar musim 2009 adalah lebih baik prestasinya dari musim ini. YangIkhlas berpendapat kegagalan pasukan Perak musim ini banyak berpunca dari masalah dan kemelut yang berlaku di luar padang iaitu pengurusan Perak FA itu sendiri. Persembahan di pusingan pertama Liga Super menunjukkan Perak masih bersaing dengan Kedah untuk dua tangga teratas sehingga pertengahan pusingan kedua yang terus menyaksikan Perak terus menggelungsur di tempat kelima. Besar harapan para peminat agar bakal pengurusan baru nanti akan dapat membentuk sebuah pasukan dengan keseluruhannya pemain tempatan yang mungkin lebih baik pencapaiannya dari pasukan tahun 2008 ini. Segala masalah di luar padang diharap tidak berulang lagi di masa hadapan baik dari segi kewangan mahupun politik. Semoga 2009 memberi sinar baru bagi bolasepak Negeri Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. syidi_black

    Salam Ramadhan Semua.

    Memang ramai yang sudah menjangka keputusan yang sebegini. Itu sebenarnya 'sisa' yang tertinggal yang sudah pun diselesaikan untuk menutup lebaran 2008.

    Jangan terlalu kecewa wahai warga Perak. Terutama Warga Seladang.net, kerana saya amat yakin tahun depan mesti 'gempak' dengan Perak versi 2009.

    Harapan saya semoga pucuk pimpinan Perak FA akan berubah 100% seperti dalam komentar saya yang lalu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. amirfsl

    salam..alhamdulillah,tamat sudah saingan dan cabaran pasukan kesayangan kita pada musim ini..tidak dinafikan,banyak yang pedih berbanding yang enak..jadi adalah sangat-sangat diharapkan agar pengurusan pasukan yop dapat berubah 200% pada musim hadapan,khususnya bahagian 'coaching' dan perbendaharaan!bukan nak mengata pihak yang sedia ada,cuma mahukan sesuatu yang 'lebih baik dan expert' pada musim akan datang..dan teman berharap juga agar lebih ramai bakat-bakat muda dapat ditonjolkan di dalam padang!di luar sudah ramai,cuma peluang tiada..insyaAllah,semoga sesuatu yang baik dan cemerlang menanti skuad seladang di masa hadapan!tahniah bagi semua pemain dan staff serta para penyokong yang terus setia menabur bakti kepada skuas Perak!teruskan tradisi kecemelangan!
    Whatever the odds,we are determined to go for the top!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.