AFC Cup 2008 | Perak vs Safa SC (review) – Suku Akhir 1

AFC Cup 2008 | Group E
Selasa 16 September 2008
Stadium Perak, Ipoh
9:15PM

Perlawanan peringkat suku akhir pertama Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak esok ialah menentang pasukan Safa SC dari Lebanon di Stadium Perak, Ipoh yang dijadualkan pada pukul 9:15 malam dan bukannya 8:45 malam kerana sambutan bulan Ramadan.

Untuk rekod, hanya Mario Berrios sahaja yang dikekalkan untuk kempen Piala AFC 2008 ini manakala Carlos Caceres dan Jorge Munoz telah pun pulang ke kampung halaman masing-masing rentetan pembekuan pemain import pada musim 2009 oleh FAM.

Pasukan Perak yang bermain di halaman sendiri pasti cuba mencari peluang untuk memungut mata penuh walaupun diketahui lawan memang bukan calang-calang pasukan. Dimaklumkan satu perubahan baru akan berlaku pada formasi pasukan Perak nanti.

Steve Darby tidak akan menggunakan formasi kegemarannya 3-5-2 tetapi akan digantikan dengan formasi bertahan sambil menyerang balas iaitu 4-5-1 dengan meletakkan Khalid Jamlus sebagai penyerang tunggal dihadapan.

Dengan formasi ini diharapkan semoga pasukan Perak mampu untuk membuat kejutan keatas pasukan Safa SC atau setidak-tidaknya memberikan satu tekanan hebat kepada mereka sebelum bertandang ke tempat lawan pada minggu berikutnya.

Seperti yang umum ketahui melalui sumber dari media arus perdana, Menteri Besar Perak bakal mengambil-alih pasukan Perak pada bulan Oktober ini dan perlantikan tidak rasmi Pengurus Pasukan Perak juga telah diberikan kepada Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan Perak, Jamaluddin Mohd Radzi.

Oleh itu para pemain tidak perlu gusar memikirkan masalah gaji mereka kerana perkara ini bakal diselesaikan tidak lama lagi dengan pembabitan secara langsung Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan.

Kepada peminat dan penyokong pasukan Perak, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan yang mungkin menjadi perlawanan yang terakhir buat sebilangan pemain-pemain Perak yang dikhabarkan bakal berpindah ke pasukan lain musim hadapan.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “AFC Cup 2008 | Perak vs Safa SC (review) – Suku Akhir 1

  1. yong85

    hi...hi...akhirnya.sememangnya betul akan apa yg di kata oleh penulis.itu merupakan perlawanan terakhir bagi sebilangan pemain utama pasukan.cuma yong harap,sebelum pergi akan terhasil satu sejarah bahawa pasukan perak juga mampu memberi sumbangan walau dilanda masalah.dgn formasi yg baru semoga pasukan berjaya.buat pemain seperti kata penulis tumpukan sahaja pada perlawanan tanpa memikirkan isu yg ade..good luck buat semua pemain.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. matahari_terbit

      harap harap yong akan kestadium jugak yea. ajaklah teman teman yang lain bersama sama memberi sokongan kepada pasukan

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. YangIkhlas

    Semoga pasukan Perak dapat menghasilkan keputusan yang boleh dibanggakan pada perlawanan suku akhir 1 ini. Kepada bakal pengurusan baru Perak FA, besarlah harapan para peminat agar dapat mencorakkan pasukan Negeri Perak yang lebih hebat dari musim-musim sebelumnya. Tindakan yang segera pengurusan baru ini nanti mungkin boleh menghalang pemain Perak daripada berpindah ke pasukan lain. Semoga berjaya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi_black

    Salam Ramadhan.

    Harapan Skuad Seladang untuk melakukan perubahan secara 'Total', bakal menjadi kenyataan. Seperti yang dikatakan oleh penulis di atas, MB Perak akan mengambil alih mulai Oktober ini dan bermakna bermulalah Perak Versi 2009.

    Lantaran itu, harapan peminat serta penyokong agar para pemain dapat mencipta sesuatu yang unik dan luar biasa terutama pemain yang akan berpindah pada musim depan. Saya ingin menyatakan sesuatu kepada para pemain Perak. 'Sesungguhnya, perkara yang paling penting dalam hidup adalah apa yang kita tinggalkan dan bukannya apa yang kita telah lakukan'. Kesan yang ditinggalkan adalah lebih efektif yang mana ianya akan terlekat dalam catitan sejarah dan akan dikenang sampai bila-bila, fikir-fikirkan lah.

    Esok peluang telah terhidang. Jangan terlalu memikirkan kekuatan pihak lawan, sebaliknya, bangga dengan keupayaan diri sendiri dan pasukan. Perak memang kuat, jika tidak masa kan kita boleh sampai ke peringkat ini?

    Berusahalah. Selamat Berjuang. Skor YOB skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    diharapkan dengan adanya mario dibahagian pertahanan akan dapat menguatkan sedikit kekuatan pasukan dibahagian pertahanan. tapi bagi teman tidak berbaloi meletakkan khalid jamlus dibahagian serangan seorang diri kerana beliau bukan macam zaman remaja dulu mampu berlari pantas dan melakukan tindakan dengan cepat. biarlah pemain pemain ingin berhijrah kerana ini adalah periuk nasi mereka. bila sudah tua nanti tiada siapa yang nak ambil mereka jadi pemain lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. apekehe

    akhirnya, S Darby terpaksa akur dengan kehendak penyokong dengan menukar formasi pasukan. persoalan keberkesanannya akan terjawab pada 16 hb ini. teman menyeru kepada semua penyokong, marilah beramai-ramai kita membanjiri stadium ipoh. tunjukkan kepada pemain bahawa kita sentiasa bersama walau susah atau senang.

    lepas tu kite berjemaah pula sembahyang terawikh ya!

    kejor yob kejor sorakan kami

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. mim

    dah lame da rasenyer tak hantar komen di sini..busy dengan kolej....harap coach dapat menyusun strategi yang mantap untuk mencipta sesuatu yang mampu mengembalikan kepercayaan penyokong untuk kembali ke stadium....
    walaupon tanpa beberapa pemain yang tidak dapat beraksi kerana mengikuti latihan persiapan skuad kebangsaan mahupon perpindahan atapun masalah kecederaan ini bukan patut dijadikan alasan....harap player bermain bermain bermati matian untuk mengharumkan nama negara disamping negeri perak yang kita sayangi ini...

    kejor yob kejor
    skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Transaevo...

    Trans cuma harap team Perak menang perlawanan ni..Trans tak dapat datang sebab kene turun melake ptg ni & balik pulak pagi 18hb atas urusan kerja..Trans harap penyokong Perak khususnya yang berdekatan akan datang ke stadium menyorak untuk pasukan kesayangan kita..Trans doakan dari jauh...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. nemophat86

    salam warga seladang.net semua..
    pertama sekali nak ucapkan selamat berpuasa pada warga seladang.net ni..
    Teman baru tergerak hati nak beri komen...Dengan adanya beberapa perubahan yang akan berlaku kini maka dapatlah kita lihat hasilnya.Teman berharap MB perak kita dapat menerajui pimpinan perak fa penuh dengan kejayaan yang akan lebih lagi dari sebelumnya..Sesunguhnya lakukan yang lebih baik dari hari ini dari semalam dan lakukan yang lebih baik dari hari ini untuk esoknya lagi lebih baik dari hari ini.saya berharap seladang.net akan terus membawa segala perkembangan terkini mengenai aktiviti dari skuad perak.Semoga perak akan perolehi kejayaan pada malam ini dengan bergaya walaupun penuh dugaan.Sesungguhnya di bulan puasa inilah akan menguji keimanan seseorang...kejor yop kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. penangMai

    Salam utk Warga Seladang.net

    Teman harap ada keputusan menarik memihak kepada
    kepada skuad seladang malam ni.. Teman tak dapat menghadirkan diri malam atas tuntutan kerja...

    Selamat maju jaya skuad seladang "skor Yob skor"

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.