AFC Cup 2008 | Perak vs Safa SC (result) – Suku Akhir 1

AFC Cup 2008 | Group E

Selasa 16 September 2008
Stadium Perak, Ipoh
9:15PM

Perak 0 – 2 Safa SC

Barisan Perak

Nasril Nourdin

S. Subramaniam – Mario Berrios – K. Nanthakumar – Chan Wing Hoong

Azlan Zainal

Hardi Jaafar – Ahmad Shahrul – Mohd Nor Ismail- Shahrulnizam

Khalid Jamlus

Perak bermula dengan agak baik apabila berjaya melancarkan beberapa serangan ke arah kubu lawan manakala pemain-pemain Safa SC lebih banyak bertahan namun tiada serangan yang benar-benar mampu menghasilkan gol dari pasukan Perak.

Pasukan Perak yang menggunakan seorang penyerang iaitu Khalid Jamlus menerima nasib malang apabila beliau terpaksa ditukarkan kira-kira 11 minit permainan berlangsung dengan Danial Fadzly akibat masalah hamstring.

Pada minit ke 27 Hardi Jaafar berpeluang untuk menghasilkan gol namun tendangan beliau di dalam kotak penalti lawan berjaya dihalang oleh pertahanan lawan. Safa SC menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke 39 melalui satu tandukan cantik dari Rony Azar setelah menerima hantaran lintang dari ketua pasukan mereka Amer Khan.

Bermula separuh masa kedua permainan, pengadil dari Thailand S. Tongkhan telah melayangkan kad kuning pertama kepada pemain Perak, S. Subramaniam kerana melakukan kekasaran keatas ketua pasukan Safa SC, Amer Khan.

Minit ke 55, Safa SC mendapat tendangan percuma dari sebelah kanan pintu gol Perak dari jarak 30 meter dan disepak cantik oleh Amer Khan ke arah pintu gol Perak sambil Hamid Termina mudah menanduk bola terus ke gawang gol yang dikawal Nasril Nourdin.

Hardi Jaafar sekali lagi merembat deras dari luar kotak penalti lawan pada minit ke 65 tetapi penjaga gol lawan Nazih Tay berjaya juga menolak bola tersebut keluar untuk menafikan gol pertama Perak pada malam tersebut.

Secara keseluruhan permainan pasukan Perak cukup hambar tanpa penyerang dan para pemain seperti tidak mempunyai stamina yang cukup dalam menghadapi perlawanan ini. Safa SC juga lebih banyak membuang masa dengan “baring-baring” diatas padang setelah mendahului pasukan Perak dengan jaringan 2 – 0.

Keputusan perlawanan lain:

Dempo SC 1 – 1 Home United
SAF FC 2 – 1 Al Nahda
Muharraq 5 – 0 Kedah

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “AFC Cup 2008 | Perak vs Safa SC (result) – Suku Akhir 1

  1. yong85

    adat bertanding ada menang ade kalah walaupun..............memang potensi kalah ade tapi sekurang-kurangnya tidaklah kekalahan yg memalukan...ape pun good luck....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yatty_sg

    betul tu yong85.
    memang pahit nak telan kekalahan ni tapi saya bersyukur tak sampai ke tahap dibelasah.
    so all the best ye untuk 2nd leg nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. YangIkhlas

    Keputusan yang seperti boleh dijangkakan untuk satu pasukan yang berada dalam masalah pembayaran gaji. Walaupun begitu kekalahan 0-2 boleh kira bernasib baik untuk Perak daripada dibelasah di tempat sendiri. Keluarnya Khalid Jamlus di awal minit perlawanan, meletakkan Perak kelihatan bermain tanpa penyerang. Bab stamina, bukan hanya pemain yang kelihatan tiada pada tahap kecergasan yang sepatutnya. Para pengurusan Perak FA juga begitu malah mungkin lebih teruk lagi tahap stamina mereka. Semoga mana-mana pihak yang berminat mengambil-alih pengurusan Perak FA selepas ini akan dapat mengembalikan semula 'stamina dan kecergasan' kepada pemain dan bolasepak Perak keseluruhannya. SKOR YOB SKOR......

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sylvershop

    satu perkara yang memeranjatkan..pemain SAFA 'baring-baring' atas padang?? ingat pegi picnic pe?? kalau nak kata player tak commited atau tak professional, cuba cakap player negara mana yang gaji tak berbayor 3 bulan tetapi tetap main? cuba cakap player mana yang berstamina kalau 3 bulan gaji tak masuk?? perak jer....so kita harus beri tepukan dan sorakan gemuruh kepada pemain yang bertungkus lumus menjaga maruah negeri,..majulah perak, majulah terus mara..walau apapun rintangan yang ada kami kan mara bersama!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yatty_sg

      amat bersetuju dengan komentar awak. walau tewas, perak telah menang dari awal kerana bersikap profesional walaupun dihujani masaalah.
      teruskan usaha, perak. cuba yg terbaik pada 2nd leg.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. matahari_terbit

    teman bangga dengan semua player yang terlibat,tanpa kewangan yang kukuh masih mampu bertahan walaupun tewas 2-0. hanya allah mampu membalas

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi_black

    Heboh dikatakan Perak dan Kedah terkena Tempias tindakan FAM yang tidak 'mengadakan' pemain Import.

    Adakah anda setuju?

    Untuk pengetahuan, pemain import sedikit sebanyak menyumbangkan sesuatu yang berlainan daripada pemain tempatan. Namun begitu, tidak semua pemain import itu 'berguna'. Ada juga yang sekadar menjadi 'pasu bunga'.

    Pada saya, perak mensia-siakan peluang bermain di tanah air sendiri dengan ketinggalan 0-2 secara agregat. Ketumpulan jentera serangan jelas menjadi punca. Dikala ini, saya amat rindukan sentuhan Razali Umar. Saya amat terkilan dengan apa yang telah berlaku. Sekiranya Razali Umar ada pada malam berkenaan, Insya Allah, ada gol dari Perak.

    Sekiranya ini lah yang dipamerkan untuk musim 2009, bermakna sesuatu yang buruk bakal menimpa kita. Tapi saya tetap yakin dengan perubahan yang bakal berlaku selepas ini.

    Ayuh YOB Gapai Kecemerlangan Untuk menjadi Penyokong Perak yang GEMILANG ...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. yong85

      sebenarnya ade pro & kontra tentang soal 'tempias' tu.tapi bagi yong,yong setuju akan pendapat syidi bahawa seandainya bahagian hadapan @ mane-mane bahagian tidak mensia-siakan peluang mgkn keputusan menjadi sebaliknya...bermain di tmpt sendiri kini bukan lagi suatu kelebihan.apepun syidi yong percaya perak akan kembali ke landasan kegemilangannya semula....

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi_black

        Memang ada pro dan kontranya tentang pemain import di Malaysia. Sedar atau tidak, bahawa kepetusan FAM ini merencatkan pembangunan Bola sepak negara kita?

        Apa tidaknya, jalan cerita Bola sepak Malaysia tidak pernah sunyi dengan isu-isu yang membosankan. Susah kita hendak mendengar berita baik tentang bola sepak Malaysia. Antaranya masalah rasuah yang suatu ketika dulu memang kecoh sampai ada pemain yang sepatutnya menjadi teras pembangunan bola sepak di malaysia terpaksa 'menggantungkan But' nya lebih awal kerana dibuang daerah.

        Reda dengan masalah itu, timbul pula tiada pemain import pada tahun berapa saya tidak pasti dan mulai saat itu juga penyokong mula renggang dengan bola sepak tempatan. Di tambah lagi dengan pembangunan teknologi penyiaran canggih yang membolehkan rakyat malaysia berada di Anfield, Stamford bridge, Highbury atau Oldtrafford dengan hanya bayaran RM 59.90 atau 90.00. Maka makin suramlah bola sepak tempatan kita.

        Sekali lagi pemain import tidak mendapat tempat pada 2009. Dengan ini, terencatlah pembangunan bola sepak kita yang baru cuba bertatih dititian usang yang bakal merudum entah bila.

        Kita teruslah menjadi nadi kepada bola sepak kita. Tiada kita, mungkin tiadalah bola sepak tempatan. Buat lah setakat termampu. Jika tidak mampu melakukan pengorbanan yang besar, sekurang-kurangnya lakukanlah pengorbanan yang 'kecil' seperti mengagung-agungkan Bola sepak kita lebih daripada yang lain. Kerana kita Orang Malaysia. Kad Pengenalan kita dalam bahasa Malaysia, Lahir di Malaysia dan mungkin mati juga di Tanah Melayu ini.

        Sokonglah Apa yang ada di Tanah Malaysia.

        Likes(0)Dislikes(0)
  7. penangMai

    Salam,,,
    Apa pula strategy Steve Darby untuk 2nd game di padang SAFA FC...
    Kita tak nak lihat keputusan diluar jangkaan seperti sang Kenari yang dibolosi dengan jumlah jringan yang besor..
    Apa pilihan yang kita ada,,satu satu nya striker kita asyik injured aje...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. matyeop

    Salam...

    kekalahan tempoh hari sememangnya diduga oleh semua penyokong yeop cuma mengharapkan kekalahan tidak dibolosi dengan jaringan yang banyak...

    syabas pskn yeop dapat mengekang asakan lawan dan harap berusaha untuk perlawanan yang kedua nanti....steve perlu merencana utk perlawanan nanti terutamanya di posisi serangan..bagi tajam sikit.....

    ayuh yeop serlahkan semangatmu......

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.