Posted in AFC Cup 2008 on September 24th, 2008 9 Comments »

Selasa 23 September 2008
Sports City Stadium
9:30PM
Safa SC 5 - 0 Perak
Barisan Perak
Nasril Nourdin
S. Subramaniam - Mario Berrios - K. Nanthakumar - Chan Wing Hoong
Azlan Zainal
Hardi Jaafar - Ahmad Shahrul - Danial Fadzly - Shahrulnizam
Mohd Nor Ismail
Seperti yang diduga, Perak tumpas pada perlawanan ini dengan jaringan 5 gol tanpa balas dan secara aggregatnya 7 - 0. Perak yang turun tanpa penyerangnya Khalid Jamlus hanya mampu bertahan sehingga minit ke 43 apabila Rony Azar menjaringkan gol pertama Safa SC.
Dua minit berselang, Rony Azar sekali lagi menyumbat gol kedua pasukan mereka untuk memastikan tuan rumah mendahului selesa dengan 2 - 0 pada separuh masa pertama. Tiada sebarang pertukaran dilakukan seawal babak kedua permainan bermula.
Namun pada… Continue reading
Posted in AFC Cup 2008 on September 22nd, 2008 7 Comments »

Selasa 23 September 2008
Sports City Stadium
9:30PM
Waktu Malaysia - Rabu 2:30AM
Perlawanan peringkat suku akhir kedua Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak adalah berkunjung ke Sports City Stadium, Lebanon untuk menentang pasukan Safa SC pada Selasa 9:30 malam waktu tempatan dan Rabu 2:30 pagi waktu Malaysia.
Pertemuan pertama dahulu pada 16 September 2008 di Stadium Perak, pasukan Perak telah tewas dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Gol-gol tersebut telah dihasilkan oleh Rony Azar dan Hamid Termina hasil hantaran ketua pasukan dan perancang utama mereka, Amer Khan.
Pada perlawanan ini juga khidmat Khalid Jamlus mungkin tidak dapat digunakan kerana masalah kecederaan peha dan berkemungkinan tempatnya akan digantikan oleh Mohd Nor Ismail sebagai penyerang tunggal dengan formasi 4-5-1.
Secara logiknya peluang pasukan Perak untuk menewaskan pasukan… Continue reading
Posted in AFC Cup 2008 on September 17th, 2008 11 Comments »

Selasa 16 September 2008
Stadium Perak, Ipoh
9:15PM
Perak 0 - 2 Safa SC
Barisan Perak
Nasril Nourdin
S. Subramaniam - Mario Berrios - K. Nanthakumar - Chan Wing Hoong
Azlan Zainal
Hardi Jaafar - Ahmad Shahrul - Mohd Nor Ismail- Shahrulnizam
Khalid Jamlus
Perak bermula dengan agak baik apabila berjaya melancarkan beberapa serangan ke arah kubu lawan manakala pemain-pemain Safa SC lebih banyak bertahan namun tiada serangan yang benar-benar mampu menghasilkan gol dari pasukan Perak.
Pasukan Perak yang menggunakan seorang penyerang iaitu Khalid Jamlus menerima nasib malang apabila beliau terpaksa ditukarkan kira-kira 11 minit permainan berlangsung dengan Danial Fadzly akibat masalah hamstring.
Pada minit ke 27 Hardi Jaafar berpeluang untuk menghasilkan gol namun tendangan beliau di dalam kotak penalti lawan berjaya dihalang oleh pertahanan… Continue reading
Posted in AFC Cup 2008 on September 15th, 2008 10 Comments »

Selasa 16 September 2008
Stadium Perak, Ipoh
9:15PM
Perlawanan peringkat suku akhir pertama Piala AFC 2008 bagi pasukan Perak esok ialah menentang pasukan Safa SC dari Lebanon di Stadium Perak, Ipoh yang dijadualkan pada pukul 9:15 malam dan bukannya 8:45 malam kerana sambutan bulan Ramadan.
Untuk rekod, hanya Mario Berrios sahaja yang dikekalkan untuk kempen Piala AFC 2008 ini manakala Carlos Caceres dan Jorge Munoz telah pun pulang ke kampung halaman masing-masing rentetan pembekuan pemain import pada musim 2009 oleh FAM.
Pasukan Perak yang bermain di halaman sendiri pasti cuba mencari peluang untuk memungut mata penuh walaupun diketahui lawan memang bukan calang-calang pasukan. Dimaklumkan satu perubahan baru akan berlaku pada formasi pasukan Perak nanti.
Steve Darby tidak akan menggunakan formasi kegemarannya 3-5-2 tetapi akan digantikan… Continue reading