TM Piala Malaysia | Suku Akhir – Perak Vs Kedah (review)

TM Piala Malaysia

Sabtu 9 Ogos 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Perlawanan pusingan kedua peringkat suku akhir ini menyaksikan pasukan Perak akan menentang Kedah di Stadium Perak, Ipoh. Skuad Perak pada perlawanan sebelum ini telah tewas di Stadium Darulaman, Alor Setar dengan jaringan 3 – 0.

Kesemua gol tersebut dijaringkan oleh penyerang import mereka iaitu Marlon Alex James pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua pasukan Perak mampu untuk bertahan dengan baik sekaligus menafikan peluang pasukan Kedah menambah jaringan.

Ketika pasukan Kedah sudah membayangkan langkah mereka ke peringkat separuh akhir, skuad kendalian “si bebal” sudah tentu tidak akan berbuat apa-apa untuk mengubah sebarang formasi mahupun senarai pemain melainkan mereka cedera ataupun menerima kad.

Pendek kata skuad Perak adalah skuad yang paling mudah untuk diteka siapakah yang bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama. Penulis berkata begini kerana jurulatih sedia ada sebenarnya cukup gemar menurunkan barisan yang sama berulang kali walaupun telah terbukti barisan pilihannya tidak cukup ampuh untuk diturunkan.

Walau apa pun keputusannya “si bebal” bukan sahaja tidak pernah mahu mendengar pandangan orang lain malah “si bebal” juga tidak mampu untuk berfikir secara akal fikiran yang logik dalam menentukan susun atur pemain pilihannya.

Untuk itu penulis berani mengatakan bahawa pasukan Perak tidak akan mampu menewaskan pasukan Kedah pada hati sabtu ini melainkan jika satu “keajaiban” berlaku dimana secara tiba-tiba Marlon Alex James, Nelson San Martin, Bernard Hugging dan Helmi Eliza serta beberapa pemain tonggak Kedah yang lain diserang penyakit misteri.

Penyakit misteri tersebut ialah penyakit angin kus-kus dimana sesiapa yang dijangkiti penyakit tersebut akan mengalami cirit-birit serta sakit perut yang teramat sangat. Ini akan mengakibatkan mereka asyik berlari ke tandas sewaktu permainan berlangsung.

Dengan cara ini penulis cukup yakin pasukan Perak mampu untuk menewaskan pasukan Kedah sekurang-kurangnya dengan keputusan 5 – 1.

YB Corner

TM Piala Malaysia 07/2008 peringkat suku akhir 9 Ogos 2008.

Johor FC vs Johor FC
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Perlis vs Terengganu
Stadium Utama Negeri, Kangar

PDRM vs Selangor
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Piala Malaysia | Suku Akhir – Perak Vs Kedah (review)

  1. udeng

    tak mungkin dia orang boleh kena penyakit misteri tu dgn tiba2..saya cadangkan la.apa kata kita pegi cari degawan.mungkin dia boleh bantu kita merealisasikan hasrat kita ni..hehe.
    berbalik kepada cerita asal.benarlah apa yang dikatakan sedara tu.kemungkinan untuk pasukan kita menang memang tipis sgt2.cuma keajaiban yang kita harapkan.
    sementara tu kita juga mengharap la sgt2 supaya 'si bebal' tu dapat buat benda lain selain yang pernah dibuatnya sebelum ni.kita memang memerlukan kemenangan untuk game ni untuk mengembalikan maruah dan semangat pasukan kita.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YangIkhlas

    Tidak banyak yang boleh diperkata tentang peluang mengalahkan Kedah malam esok. Kedah dengan prestasi Marlon dan pasukan keseluruhannya yang konsisten dari musim lalu, dengan pemain muda yang bersemangat tinggi kelihatan hampir mustahil dapat ditewaskan. Apa yang diharapkan para pemain Perak dapat melakukan sesuatu yang luar biasa pada baki tempoh 90 minit perlawanan untuk memberi saingan kepada pasukan Kedah walaupun ketinggalan 0-3 ketika ini. Kepada penyokong Perak dapat penuhi stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan Perak yang mungkin menjadi perlawanan terakhir Perak bagi musim 2008 ini dalam Liga Malaysia. Selamat berjuang dan semoga berjaya hendaknya. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yobunited

    salam..
    good luck buat skuad yob...
    selamat berjuang.. buktikan perak mampu bangkit dari ketinggalan... kejor yeop kejor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Transaevo...

    Permainan Perak semakin mudah diramal...Perlawanan lebih banyak bergantung kepada teknikal individu sebab taktikal sangat tak berkesan & dah dibaca...Pastinya penyokong Perak sekarang sangat merindui zaman dimana Perak digeruni...

    Trans sangat-sangat bersetuju dengan penulis...jurulatih perlu membuka minda,reform,put aces in thier places,player yg betul di posisi yg betul...jangan asyik syok sendiri jer...banyak pemain hebat dalam pasukan Perak tapi tak disusun dengan elok...kalau struktur pun tak kuat macam mana nak menang...kalau terus bermain macam ni,tak ada harapanlah nak menang...doa je lah kot-kot bintang-bintang kedah dapat angin kus-kus masa perlawanan tu nanti...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yong85

    memang ada betul akan ape yg di kata penulis.jika 'miracle' hadir dlm perlawanan itu pasti kita akan menang.tapi takkan nak mengharapkan keajaiban saje tanpe usaha & taktikal yg berkesan.setiap yg berlaku pd 'si bebal' ibarat "mencurah air ke daun keladi".kalo penulis kata tunggu tonggak kedah kena penyakit misteri tapi yong pulak andai tonggak kedah kena tiau ngan ubat tido pasti kita ke semi-final.ye la memanjang je menguap.apepun bagi yong esok dah boleh diibaratkan sbg final gak.yong doakan semua baik & kita tak di malukan secara terlampau.siape je yg diturunkan yong harap buat la bebaik sbb setakat benda yg same je si bebal buat maknanya kita harus terima ape jua keadaan.buat pemain kawal le emosi....good luck yobsssss.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. nagabersembor

    perak memerlukan keajiban pada perlawanan ini, tak mustahil utk di lakukan , di harap perak dpt memperbaiki mutu permainan lagi

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. matahari_terbit

    bagi teman pemain kesebelasan utama skuad steve tidak mampu membawa cabaran pasukan dengan lebih jauh. pasukan hanya mengharapkan kepada beberapa pemain sahaja iaitu ahmad fakhri, mario,shahrul azhar,hardi,ceceras. masalah sekarang banyak perlu di ubah biar hardi bermain di sayap kiri, shahrul azhar diposisi tengah digandingkan dengan daniel, sayap kanan diserahkan kepada pemain muda bernombor 28. dibahagian pertahanan pula, nantha,azlan,subramaniam dan khairy. dibahagian serangan letak saja razali umar dan carlos ceceras. untuk pemain gantian dimasa kedua dibahagian serangan carlos harus dikeluarkan dan memasukkan ahmad fakhri dan bahagian pertahanan keluarkan azlan masukkan chan wing hong. penjaga gol kekalkan hamsani. teman rasa ini sahaja pemain yang mampu bertarung dengan sang kenari

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. razlan

    salam,

    teman doakan perak berjaya mlm esok.

    kedudukan agregat
    Perak (0) lwn (3) Kedah
    PDRM (0) lwn (0) Selangor
    Johor FC (1) lwn (3) MyTeam
    Perlis (0) lwn (0) Terengganu

    pasukan yg akan bertemu di separuh akhir:
    Perak/Kedah lwn Perlis/Terengganu
    PDRM/Selangor lwn Johor FC/MyTeam

    jangkaan teman
    kedah lwn perlis
    selangor lwn myteam

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Pakcumy

    Kalau dulu2 Perak sering melakukan keajaiban disaat akhir.. tapi bagi kali ni entah lah... kalau dulu istilah lambat panas sering disebut-sebut tapi kali ini... entah lah... dilihat engine2 pasukan Perak nampak gayanyer... terus sejuk .. tak panas2..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.