TM Piala Malaysia | Suku Akhir – Perak Vs Kedah (result)

TM Piala Malaysia

Sabtu 9 Ogos 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Perak 0 – 2 Kedah

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – K. Nanthakumar – Hardi Jaafar – Danial Fadzly

Carlos Caceres – Fakri Saarani

Minit 6: Cubaan oleh Hardi Jaafar dari jarak 35 meter hasil hantaran K.Nanthakumar terus ke dakapan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza.

Minit 11: Danial Fadzly mendapat peluang menjaringkan gol tetapi berjaya dikekang oleh pertahanan Kedah.

Minit 19: Permainan lebih banyak berlegar di tengah padang dengan kedua-dua pasukan bermain dalam tempo berhati-hati.

Minit 25: Hardi Jaafar mendapat kad kuning setelah menjatuhkan pemain Kedah.

Minit 29: Gol pertama oleh Kedah dijaringkan Fadzly Baharom setelah berlaku pergelutan dan kelam kabut di depan pintu gol Perak.

Minit 35: Pasukan Kedah lebih banyak bertahan. Pasukan Perak meningkatkan serangan akan tetapi tidak berbahaya.

Minit 40: Cubaan oleh Marlon Alex James dari luar kotak penalti melambung tinggi ke atas palang gol Perak.

Tamat

Separuh Masa Kedua

Minit 47: Perak mempunyai peluang tetapi rembatan tersasar ke kanan pintu gol Kedah. Perak mengeluarkan Danial Fadzly dan memasukkan Khalid Jamlus.

Minit 49: Hardi Jaafar diarah meninggalkan padang setelah menerima kad kuning kedua.

Minit 56: Rembatan dari Ahmad Shahrul Azhar ditampan oleh penjaga gol Kedah, Helmi Eliza. Perak membuat pertukaran kedua dengan memasukkan Mohd Noor Hazrul menggantikan Ahmad Fakri Saarani.

Minit 62: Gol kedua Kedah oleh Kyril Muhymeen hasil rembatan deras dari luar kotak penalti.

Minit 75: Pasukan Perak cuba mengawal permainan dan meneruskan serangan namun cubaan-cubaan yang dilakukan kebanyakkannya meliar.

Minit 80: Perak membuat pertukaran ketiga dengan mengeluarkan Khairi Zainuddin dan memasukkan Jorge Munoz.

Minit 85: Kedua-dua pasukan memperlahankan permainan. Mario Berrios menerima kad kuning kerana melakukan kekasaran ke atas pemain Kedah.

Tamat

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “TM Piala Malaysia | Suku Akhir – Perak Vs Kedah (result)

  1. YangIkhlas

    Cuba lagi di tahun hadapan. Sementara ni persiapan suku akhir Piala AFC perlu dimulakan. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.