TM Piala Malaysia | Suku Akhir – Kedah Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Rabu 6 Ogos 2008
Stadium Darul Aman
8.45mlm.

Perlawanan pusingan pertama peringkat suku akhir bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysia adalah bertemu juara bertahan musim lalu, Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Perak pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil telah tewas kepada pasukan Kedah dengan jaringan 3 – 0.

Agak kurang bernasib baik kali ini apabila pasukan Perak terpaksa pula bertemu dengan pasukan Kedah pada peringkat yang lebih awal iaitu peringkat suku akhir gara-gara “kebijaksanaan” FAM membuat undian yang cukup pelik lagi membingungkan.

Tidak keterlaluan kalau penulis katakan pertemuan ini adalah seperti jalan penamat kepada pasukan Perak dalam kempen Piala Malaysia musim 2007/2008. Rekod pertemuan pasukan Perak menentang pasukan Kedah adalah yang terburuk musim ini.

Buktinya pada saingan Liga Super 12 Januari 2008 bertempat di Stadium Perak, skuad seladang telah dimalukan dengan kekalahan 2 – 5 sebelum sekali lagi kita dibenam dengan jaringan 5 – 1 pada pertemuan kedua di Stadium Darul Aman pada 8 Mac 2008.

Ini menjadikan Kedah telah membelasah Perak dengan aggregat 10 – 3 hanya untuk kempen Liga Super 2007/2008. Mungkin kata-kata penulis seperti tidak memberi semangat kepada para penyokong mahupun pemain namun ini adalah hakikat yang tertulis!.

Pasukan Perak pada musim ini bukan sahaja tidak mampu menewaskan skuad Kenari malah terpaksa pula menanggung malu dengan jumlah jaringan yang besar pula. Ada yang berkata “bola itu bulat” namun sukan apa pula yang menggunakan “bola empat segi”?.

Mungkin benar kata seorang sahabat penulis semalam bahawa Perak memerlukan satu “keajaiban” untuk berhadapan pasukan Kedah namun tanyalah mana-mana pasukan yang bertanding di peringkat suku akhir ini, siapakah yang sudi menentang Kedah seawal ini?

Adakah Kedah terlalu kebal untuk ditewaskan?.

Penulis menjawab “tidak” kerana pasukan Perak juga mempunyai senarai pemain yang tidak kurang hebatnya. Tetapi apalah gunanya mempunyai pemain yang hebat jika tidak mempunyai barisan kejurulatihan yang bijak serta efisen untuk mentelaah strategi.

Penulis sebenarnya sudah “malas” untuk membicarakan tentang “si bebal” namun siapakah “sang bebal” yang membenarkan “si bebal” kekal bersama pasukan Perak sehingga kini?.

Ini Misteri, Bukan Mistik.

YB Corner

TM Piala Malaysia 07/2008 peringkat suku akhir 6 Ogos 2008.

My Team vs Johor FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Terengganu vs Perlis
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Selangor vs PDRM
Stadium Shah Alam

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)

23 thoughts on “TM Piala Malaysia | Suku Akhir – Kedah Vs Perak (review)

  1. matahari_terbit

    tidak guna kita mengeluh kerana jadual yang ditentukan oleh f.a.m, andai pasukan kita teringin untuk menjejakkan kaki ke peringkat seterusnya jangan gentar dengan mana mana pasukan yang ditemui. kalau kita sudah menjangkakan pasukan perak akan tewas maka baik terus berundur diri. jangan jadi sikap orang yang tidak berpelajaran.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi_black

    Pasukan Perak seolah-olah diuji sejak awal musim hingga kini. Memang tidak pernah duduk senang. Sentiasa gusar. Tidak kira pemain mahu pun penyokong masing-masing tidak senang hati memikirkan apa yang akan terjadi dan meratapi masalah yang dihadapi.

    Seperti kata penulis, Kita memiliki rekod yang 'buruk' dengan pasukan Kedah. Tidak perlulah saya huraikan lagi. Apa kah puncanya? Adakah Perak adalah pasukan yang lemah? Atau Kedah terlalu kuat? Jawapan saya mudah. Kedua-duanya tidak. Cuba Saudara-saudari senaraikan nama pemain Perak ketika ini beserta dengan rekod peribadi mereka. Sememangnya kita akan kagum, kerana Pemain-Pemain Perak adalah bintang yang pernah menyinar dan ada yang sedang menggilap sinarnya yang tersendiri.

    Sememangnya ada misteri disebalik prestasi turun naik pasukan Seladang sejak dua menjak ini. Apa kah misteri itu? Mungkin benar apa yang dikaitkan oleh penulis tentang 'Si Bebal'?

    Atau sekadar kiasan bagi menggambarkan keangkuhan individu tertentu? Hanya Allah yang tahu.

    Tetapi percayalah dengan ketentuan Ilahi. Setiap perbuatan ada pembalasannya. Setelah lama kita menderita angkara pihak tertentu, yakinlah, balasan akan tiba kelak. Bila? Hanya Allah yang tahu.

    Kita bersabar sajalah. Doakan kecemerlangan Seladang dicelah kelicikan Sang Kenari yang dikatakan 'hebat' sangat. Teruskan Berjuang!! 'Tahan Yob Tahan, Skor Yob kalau ada Peluang'.!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. hafiez

    ape2 pun,try the best skuad yoep.........sekarang pun perak dlm prestasi yang baik...insyallah,ada peluang perak untuk melangkah ke separuh akhir...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yong85

    semua yg ditulis baik penulis mahupun teman yg lain,yong setuju sgt.tapi apepun semua terletak pada hati setiap pemain samada terus berjuang atau pun tak & yg terakhir kita terpaksa berserah andai ada rezeki insyaallah.walau sekebal manapun andai tersirat sesuatu pasti akan tertulis akan hakikatnya.buat semua pemain tenangkan diri yg penting kamu bermain la sepenuh hati jgn terlalu memikirkan rekod lepas.yong doakan semua dipermudahkan....

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yopjoi

    tang fam tu..undian tu..no komen la...sbb fam terkenal dgn sikap ntah ler..mcm lalang...kejap mcm nie..kejap mcm tu..
    pasai si bebal tu..heheheheh....saya pun tak tau saper yg dicakapkan..mungkin baru nak tau citer bola kat perak...
    pasal suku akhir nie...insyaAllah...kedah bukan kuat sgt pun..kiter tunggu ler musim depan..dgn player import takdernyer..harus diingat..budak presiden kiter bagus..walaupun penyudah takde..masa final tempohari...

    pesanan admin: Kami berharap anda membaca artikel Info | 9 Rules at seladang.net selepas ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Transaevo...

    kalau dilihat sejarah, pasukan Perak adalah pasukan yang paling konsisten...melangkah ke final adalah perkara yang agak biasa bagi pasukan Perak..yang merisaukan Trans sekarang adalah prestasi pasukan Kedah sekarang yang di tahap puncak...

    percaya atau tak Trans rasa Kedah pun kalau boleh cuba nak mengelak dari bertembung dengan Perak...kekuatan Perak masih berada dalam pasukan itu cuma Trans rasa percaturan yang kurang kemas membuatkan kekuatan pasukan Perak gagal menyerlah...keajaiban tu perlu tapi strategi tu lebih penting...good manager don't place hope on miracles...instead they always prepare strategic & contingency plans...

    tentang perlawanan esok,peluang utk menang tu ada walaupun rekod Perak bertembung Kedah dlm musim ni agak buruk...macam kata Syidi,pemain-pemain Perak individually memang hebat...tak boleh dinafikan...good technical if combined with good tactical,the outcome will be invincible...Trans doakan yang terbaik utk pasukan Perak...

    adil atau tak undian yang dibuat FAM susah nak dibincangkan...adil tu sendiri sesuatu yang sangat subjektif...adil bagi satu pihak boleh dianggap tak adil bagi satu pihak yang lain...for me it is just a minor issue...Trans ambil sikap puas hati dengan susunan tu walaupun situasinya sekarang tak menyebelahi pasukan Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. kenari_245

    asalamualaikum...

    perlawanan kedah vs Perak ini, rekod yang lepas tidak boleh dijadikan ukuran untuk layak ke perlawanan seterusnya walaupun dilihat pasukan Kedah menjadi pilihan oleh mana2 peminat bola sepak di negara kita..Tetapi harus diingat kedua dua pasukan yang bermain bersungguh-sungguh, berdisiplin, bermain berpasukan dan mencari goal sebanyak mungkin akan layak ke peringkat separuh akhir..Seperti diketahui, pasukan perak mempunyai pemain2 berpengalaman seperti khalid jamlus dan shahrul azhar yang mampu menjadi nadi utama dalam mencapai kemenangan dan melunturkan keegoaan pasukan KEDAH...

    Sebagai fan setia Kedah, saya masih yakin dengan keunggulan dan kehebatan pasukan Kedah yang dianggotai pemain2 muda berbakat seperti kyril muhaimeen,fazli baharom, badrol baktiar yang mampu memporak-peranda pertahanan Perak dengan kepantasan mereka....Sejak tahun lepas, alhamdullilah KFA telah berjaya memilih pemain2 import berkebolehan seperti marlon dan nelson sam martin yang banyak membantu pasukan mengecapi kejayaan selama ini...Tidak lupa kepada pemain yang berpengalaman dan yang paling lama bersama pasukan Kedah iaitu ketua pasukan Victor Andrag dan Bernard Huggin yang akan menjadi tanggungjawab utama dalam mempertahankan gawang daripada dibolosi disamping kecekapan Helmi Eliza...

    InsyaAllah, tahun ini Kedah akan mengekalkan Piala Malaysia dan seterusnya mencari piala ke 4 iaitu Piala AFC...
    Di harap permainan yang menarik ditunjukkan oleh pasukan Kedah dan Perak pada esok harinya...Semangat kesukanan haruslah dipupuk oleh setiap individu..

    Pulun Kedah Pulun!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. dato t

    Ate turun tak stadium?
    kasik penuh la stadium yop!!!
    mana le tau kut kut ini last game tahun ni kat Ipoh hehe..

    Kalah dah biasa dah...menang bonus kut
    apapun teman harap pemain main bermati matian
    demi negeri Perak..

    kalah kalau bertarung habis habisan semua orang dapat terima..kalah kalau main macam budak sekolah..kena maki le jawabnye

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. riezer

    tahniah kepada pasukan perak kerana terpaksa berhadapan dengan skuad kedah di peringkat suku akhir. memang betul perak kalah teruk kepada kedah dalam saingan liga super tapi harus diingat di peringkat kalah mati, tekanannya amat berlainan sekali. pasukan pilihan pun boleh bungkus jika tidak dapat menepis tekanan yang menghimpit dari segala sudut. kalau tidak takkan belanda yang begitu gah diperingkat awal pun tersungkur di suku akhir. selagi perlawanan belum tamat janganlah mengalah. hanya semangat berpasukan yang jitu akan menentukan kalah menang sesebuah pasukan. jadi aku ucapkan selamat berjaya kepada pasukan perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. razlan

    salam,

    walaupun kuciwa dgn keputusan perlawanan terakhir pasukan seladang yg menyebabkan akan berjumpa dgn kedah, teman syukur juga kehadrat Illahi sbb perak telah layak ke suku akhir.

    kepada lapan2 pasukan yg akan mula berjuang esok, kalah menang adat pertandingan. teman tak kisah sangat pasukan mana yg layak ke separuh akhir. apa yg teman mau ialah pasukan2 akan memberi persembahan berkualiti demi membangunkan sukan negara.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. ghostwriter

    Pasukan Perak akan berjaya kali ini...InsyaAllah..

    Ramalan:

    Kedah-1 Perak -2 ( Stadium Darul Aman)
    Perak-4 Kedah-1 ( Staduim Perak)

    Agregat: Perak-6 Kedah 2

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. YangIkhlas

    Biar apapun pandangan yang diberi, atas kertas Kedah diakui adalah pasukan yang terbaik di Malaysia masa kini. Kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala FA untuk tahun kedua berturut-turut adalah bukti kehebatan mereka, disamping mendapat pemain import yang amat berbisa dan pemain muda yang seperti bersemangat membuktikan mereka amat berbakat dan berupaya membawa kejayaan pada pasukan Kedah. Kepada pasukan Perak, gunakanlah 180 minit++ perlawanan suku akhir nanti untuk menunjukkan kepada peminat bolasepak Malaysia Perak mampu untuk menewaskan Kedah. Jika Kedah berjaya diketepikan , Yang Ikhlas percaya Perak akan ke perlawanan akhir Piala Malaysia sekali lagi tahun ini. Selamat berjuang dan semoga berjaya. SKOR YOB SOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. udeng

    yakinlah wahai penyokong perak sekalian....perak pasti menang game ni. kita tak boleh pandang rekod je.yang penting semangat.apa yang aku lihat team perak ni bila dah terdesak mesti boleh menang.kat sini kita boleh nampak yang semangat pemain2 perak ni tak sentiasa konsisten.

    pesanan admin: Kami berharap anda membaca artikel Info | 9 Rules at seladang.net sebelum membuat sebarang komen.

    Terima Kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. penangMai

    Salam untuk Warga Seladang.Net..

    Hi ghostwriter....
    Banyak sangat jaringan gol yang anda predict untuk untuk pertemuan sang kenari dan seladang malam ni... kalau dapat seri di tempat lawan pun dah cukup baik kan...... apa pun kita skuad seladang dapat menunjukkan permainan yang berkualiti malam nanti di stadium darul aman , yang lebih penting elakan kad merah......

    Good komen from kenari_245..
    SKOR YOB SKOR….

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. lee_dado

    Pertemuan yg menarik sebenarnya antara finalis Piala Malaysia 2007. Sayangnya kali ini bertemu awal nampaknya.

    Berlandaskan rekod Liga Super 08 ternyata Kedah mudah mengatasi Perak tahun ini, namun lain padang lain belalang, Kini dalam perjalanan pemburuan slot ke separuh akhir mungkin Steve Darby sudah mengkaji kekalahan lampau, jika tidak skrip yg sama bakal berulang.

    Namun kedua-dua pasukan tidak harus terlalu menghormati lawan dengan reputasi masing-masing, so dalam perlawanan getir ini siapa yg dapat memanfaatkan peluang yg terhidang maka mudah perjalanannya, Tidak sama sekali mendabik dada Kedah menang besar dlm Liga Super bermakna sudah bole senyum bertemu Perak Rabu ini, tidak...Memanfaatkan peluang itu penting dari membuat kesilapan yg memungkinkan jalan berliku pada saingan Suku Akhir ke 2 nanti di Ipoh.

    PULUN KEDAH PULUN

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. mie

    Untuk pertemuan malam nie, saya berharap Steve Darby mengambil iktibar dari kekalahan besar dlm liga super tempoh hari. Kita bukan tak setanding dengan kedah, cuma taktikal yang berkesan dan komitmen yang tinggi dari setiap pemain yang dapat mengekang kemenangan Kedah.

    Kejor Yob kejor..
    jgn tak skor..

    Ramalan malam nie..
    Kedah 1 - 2 Perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. miez3

    Salam semua...memang le secara agregat jumlah gol pada pertemuan lalu menampakkan kelebihan pasukan Kedah..ibarat juga kalau dah atas kertas tu jelas Kedah mempunyai reputasi yang tidak perlu dipersoalkan lagi..Bola tu bulat atau bersegi bukan lagi jadi arah tuju atau ungkapan penyedap halwa telinga atau rasa...yang menjadi faktor utama sekarang adalah inisiatif pemain untuk merealisasikan sesuatu...teman sokong juga kata2 artikel di atas tentang "si bebal" tapi itulah bagi teman tak guna lah lagi difikirkan dlm keadaan waktu yg amat terdesak ni...apapun terserah kpd pemain2...biarlah deme pulak yg menggunakan kudrat & kederat yg ada utk bersemuka dgn Kedah mlm ni...semoga berjaya...fokuskan kejayaan...seri pun jadi le mlm ni...Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. sylvershop

    a'kum, kepada pemain perak jangan takut dan jangan gentar, pedulikan rekod lama, yang lepas jgn dikenang, player kedah manusia biasa juga, makan nasi, orang malaysia, di pimpin barisan kerajaan sama..apa mau takut?? yang penting fokus dan jangan putus asa. ingat ' berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'...kejor yob kejor, skor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  19. Pakcu

    Teman setuju dengan pendapat lee dado diatas tu... untuk perlawanan malam ini.. pasukan mana yang tidak banyak membuat kesilapan serta bijak mencuri peluang maka pasukan itu bakal menemui jalan yang mudah. Kesilapan disini banyak artinya... gagal mengawal perasaan dalam permainan juga merupakan salah satu daripadanya. Pasukan Perak sudah terkenal dengan kesilapan2 seperti ini maka untuk malam ini harapan teman... kurangkan lah atau jangan langsung melakukan kesilapan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. keanu147

    persoalan untuk perlawanan malam ini:

    adakah steve darby masih menggunakan formasi 3-5-2 untuk perlawanan ini?

    sekiranya ya, dapatkah 3 pemain pertahanan itu mengawal kepantasan hasmawi, marlon, khyrill dan pemain-pemain kedah yang lain?

    mampukah pula barisan depan pasukan perak merobek gawang helmi eliza?

    dapatkah shahrul azhar mengawal panas barannya dan juga mengemudi pasukannya?

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. abgcho

    pihak admin..adakah lintas langsung akan dibuat pada malam ni??

    jawapan admin: Ada, namun tertakluk pada perubahan disaat akhir.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.