TM Piala Malaysia | Suku Akhir – Kedah Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

Rabu 6 Ogos 2008
Stadium Darul Aman
8.45mlm.

Kedah 3 – 0 Perak

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – K. Nanthakumar – Hardi Jaafar – Danial Fadzly

Carlos Caceres – Fakri Saarani

Minit 5: Perak dan Kedah bermula dengan berbalas serangan.

Minit 10: Carlos Caceres mendapat peluang merembat tetapi melayang keluar.

Minit 15:  Keadaan tegang antara Marlon Alex James dan Khairi Zainuddin. Mereka diberi teguran oleh pengadil.

Minit 20: Beberapa keadaan cemas di pintu gol Perak namum berjaya dikawal. Hardi Jaafar mendapat tendangan percuma di luar kotak penalti terkena benteng disambung oleh Danial Fadzly tetapi melewati palang gol.

Minit 25: Kedah cuba menembusi pertahanan Perak namun berjaya dikawal. Nanthakumar dan Nelson San Martin mendapat kad kuning. Keadaan di padang sentiasa tegang kerana provokasi antara pemain-pemain. Marlon Alex James dan Hamsani Ahmad bertembung 50-50, Marlon Alex James disalahkan.

Minit 30: Gol pertama untuk pasukan Kedah oleh Marlon Alex James

Minit 32: Gol kedua dalam masa 2 minit oleh Marlon Alex James sekali lagi. Kesilapan benteng pertahanan Perak.

Minit 35: Perak sesekali membuat serangan namun tidak berhasil.

Minit 40: Gol dari Marlon Alex James hasil sepakan sudut menambah gol ketiga bagi Kedah.

Minit 45: Caceres mencuba tetapi dapat ditangkap kemas oleh Helmi Eliza. Perak cuba merancang pergerakan namun sentiasa dihalang pertahanan Kedah.

Tamat

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Separuh masa kedua dimulakan dengan Kedah meneruskan serangan mereka. Cubaan-cubaan bahaya oleh Marlon Alex James masih menghantui pintu gol Perak.

Minit 55: Perak mengasak hingga mendapat sepakan sudut. Diambil oleh Ahmad Shahrul namun ditanduk keluar oleh pertahanan Kedah.

Minit 60: Carlos Caceres merembat terkena tiang gol Kedah, namun tiada follow up selepas itu. Serangan balas Kedah nyaris menambah gol. Badrol Bakhtiar juga mendapat peluang namun tidak berhasil. Hardi Jaafar mencuba namun Helmi Eliza lebih bersedia. Kad kuning dilayangkan kepada Chan Wing Hoong kerana mengasari Nelson San Martin.

Minit 65: Shahrulnizam pula mendapat kad kuning mengasari Marlon Alex James. Hamsani Ahmad tertewas namun cubaan liar oleh Badrol Bakhtiar. Carlos Caceres mencuba lagi dengan sepakan paras dada namun tersasar.

Minit 70: Khalid Jamlus dan Noor Hazrul dimasukkan. Ahmad Fakri dan Danial Fadzly dikeluarkan.

Minit 75: Kedah terus mengasak kubu pertahanan Perak. Sesekali Perak dengan Carlos Caceres dan Khalid Jamlus membuat serangan namun tak berhasil. Khairi Zainuddin pula mendapat kad kuning.

Minit 80: Noor Hazrul mencuba namun melepasi palang gol sementara Kedah membalas dengan cubaan Badrol Baktiar namun keluar.

Minit 85: Pergeseran Marlon Alex James dan Shahrulnizam berlaku lagi namun tiada sebarang kad diberikan oleh pengadil. Carlos Caceres lemah menanduk ke pintu gol Kedah. Hardi Jaafar mencuba leret namun berjaya diselamatkan penjaga gol lawan.

Minit 90: Permainan agak perlahan dan masih dikawal oleh pasukan Kedah.

Tamat

Keputusan semasa perlawanan lain:

My Team 3 – 1 Johor FC
Terengganu 0 – 0 Perlis
Selangor 0 – 0 PDRM

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “TM Piala Malaysia | Suku Akhir – Kedah Vs Perak (result)

  1. miez3

    Salam semua...apa lagi nak dikata..telan je la...walau apa pun best of luck le hari Sabtu ni...harap2 dapat le kejar balik...sabor je la..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. penangMai

    Salam untuk Warga Seladang.net

    Nampaknya kecundang lagi seladang malam ni, dek hatrik oleh marlon... dapatkah skuad seladang membalas nya sabtu
    ni ??????? Sabtu ni mungkin perlawanan terakhir skuad seladang untuk musm 2007 untuk liga malaysia, melainkan berlaku sesuatu KEPUTUSAN diluar jangkaan MALAM SABTU NI maklumlah “BOLA ITU BULAT”. SKOR YOB SKOR VS PULUN KEDAH PULUN..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. razlan

    sakitnya hati ini.... tapi apakan daya... masih ada lagi 90 minit untuk bertarung.

    adakah ini bermakna kualiti permainan perak telah meningkat sebab dulu kalah 1-5 di Alor Setar ataupun kedah hanya bermain pada tahap 60%?

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Transaevo...

    Trans tak tau nak cakap aper sebab Trans tak menyaksikan perlawanan semalam...mungkin ramai yang dah menduga kekalahan...yet let us be positif...perhaps they'll win at home field...datanglah beramai-ramai hari sabtu ni...Trans pun datang...jumpa di sana..!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi_black

    Apa boleh buat. Sebelum Kempen Piala Malaysia bermula memang ada yang andaian. Kalau Perak jumpa Kedah memang Perak kalah. Itulah hakikat yang dizahirkan. Cuba lah kita ubah sedikit kepada minda yang positif agar hati kita tidak pedih sangat.

    Insya Allah, perlawanan di Ipoh, sekiranya barisan pengurusan dan latihan Skuad Perak 'insaf', mungkin kita akan bagi tentangan hebat lagi dahsyat. Itu lah kemungkinan yang saya ramalkan.

    Atau, kita akan mengakhiri Musim ini dengan kesedihan.

    Teruskan berjuang!! Pantang Maut Sebelum Ajal.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    jangan mudah mengalah walaupun sudah ketinggalan 3-0, ingat kami sentiasa berada dibelakang pemain bukan dibelakang persatuan bola sepak perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YangIkhlas

    Satu keputusan yang boleh dianggap baik juga jika hendak dibandingkan dengan keputusan pada Liga Super yang lalu. YangIkhlas berpendapat majoriti peminat Seladang sudah dapat merasakan bahang kekalahan yang mungkin akan diterima di Alor Setar semalam. Kedah sememangnya hebat terutama ayam tambatannya Marlon Alex James. Bagi Perak pula, barisan pertahanan adalah masalah utama,tidak konsisten dan sering hilang kawalan bola dalam kotak penalti. Walaubagaimanapun masih ada 90 minit lagi untuk Perak menterbalikkan defisit 3 gol untuk kembali membuka peluang untuk ke separuh akhir. Menjelang Sabtu nanti, diharap pasukan Perak akan dapat memperbaiki kesilapan semalam dan tingkatkan usaha untuk mengatasi Kedah.....jika berjaya, YangIkhlas pasti Perak adalah pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia 2008. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yong85

    waduh yong dpt tau result masa tgh drive dari kulai ke shah alam...terima je next game cube lagi....semua org nak menang tak de sape nak kalah begitu juga player kita.deme dah usaha....teruskan yob....

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. arewie

    semalam aku menyaksikan perlawanan tersebut dan didapati ada beberapa kelemahan yang sangat ketara dalam pasukan Perak.
    1. kawalan bola kurang kemas
    2. banyak percubaan dari jarak jauh, hanya ada2 atau 3 hantaran sahaja ke dalam kawasan penalti
    3. pemain bermain dengan emosi
    4. kurang kawalan di kiri dan kanan padang, Kedah menguasai bahagian tersebut. semua jaringan Kedah dari sebelah kanan gol Perak.
    5. Pemain Perak kurang tangkas menyerap asakan
    6. pertahanan longgar.
    7. Hardi banyak membuat percubaan jauh sendirian. sepatutnya dia harus membuat hantaran yang lebih barmutu.
    6. semua Pemain Perak gugup
    harap pasukan Perak dapat memperbaiki kelemahan yang ada agar dapat menampilkan persembahan yang lebih baik untuk pasukan Perak

    Pulun Kedah pulun
    anak Kenari

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. riezer

    rekod perak-kedah memang memihak kepada kedah. tak sangka pulak di suku akhir kedah menjadi lagi. tapi pemain perak macam hilang sesuatu. mungkin isu gaji ada kesannya. hendak salahkan pemain seratus peratus pun tak boleh juga. apapun yang kalah tetap dah kalah. perak masih ada satu game lagi di tempat sendiri untuk buat sesuatu. jangan putus asa....

    kalah menang adat permainan. kata orang kalau nak kalah biarlah melawan. ada satu game lagi kat ipoh. kalau boleh kasi ikat marlon sampai dia tak boleh bergerak. guna tali kapal pun tak pe. harap2 perak dapat kalahkan kedah. nanti boleh jumpa selangor. senang sikit kerja selangor……

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. kenari_245

    asalamualaikum...

    Biasalah adat permainan..ada yang menang ada yang kalah..pasukan yang menang boleh bergembira dan pasukan yang kalah meratapi kesedihan...itu memang lumrah bola sepak..:)...Bagi aku, Perak masih ada harapan untuk menidakkan Kedah untuk layak ke separuh akhir..berusahalah sehingga tiupan wisel yang terakhir..tiada yang mustahil di dalam perlawanan bola sepak...

    Sebagai penyokong Kedah, aku masih yakin dengan kebolehan dan kemantapan pasukan Kedah...Dan aku yakin Kedah akan layak ke peringkat akhir dan menjuarai Piala Malaysia..Pulun Kedah Pulun!!

    Predict!!

    Perak 2 vs Kedah 2 (di Ipoh)

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. udeng

    terima..memang la kena terima kenyataan team kita kalah.tapi harap2 ada la tindakan untuk game kedua nanti.apa2 pun tahniah untuk kedah..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.